Thursday, April 12, 2012

KeK KaraMeLL


Hehehehehehe... pandai pandai je kan tukar ejaan nama kek ni... nasib la aku ni  tak tulih kek karaMeLL merah... hahahaha...

Resepi di ambil dari lovely kitchen...memang sedap makan kek ni...lembut dan lembab...x muak bila makan banyak pun...ni pun dah 3 kali buat...ni pun ada rasa nak buat lagi...hehehehehe

Resepi ni puding karamel  nye tebal..nnt len kali aku bagi resepi yang puding karamel nye nipis... kalau nak belajar step by step macam mana nak buat kek ni boleh la jengah ke dapur lovely kitchen k...

Untuk resepi ni aku guna loyang petak 9 inci..itu pun bila bakar kek nye naik melebihi loyang... tapi siket je la..

Moh Masak Kek Karamel


Bahan-bahan untuk Gula Hangus:
2 sudu besar gula

Masukkan gula di tengah loyang kek.Panaskan dengan api perlahan di atas dapur. Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang dan tidak perlu di kacau. Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang . Ketepikan dan sediakan pula adunan puding. Air gula akan mengeras, biarkan sahaja. Gula ini akan cair apabila di bakar bersama dengan adunan puding dan kek nanti.
Bahan-bahan untuk Puding
400 ml susu segar
3 bj kuning telur (Putih telur masukkan terus ke dalam mangkuk pengadun untuk meringue nanti)
2 biji telur
140 gram gula castor
1 sudu kecil esen vanila
  1. Asingkan 3 biji putih telur dan kuning telur. Masukkan 3 kuning telur di dalam mangkuk kecil dan 3 biji putih telur ke dalam mangkuk pengandun untuk bahan kek adunan 1 (meringue) nanti..
  2. Masukkan 2 biji telur ke dalam mangkuk telur kuning dan kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
  3. Kemudian satukan telur dan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk besar. Kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
  4. Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi.
  5. Semasa memasukkan bancuhan puding, gula hangus akan berbunyi seperti kaca pecah.
  6. Tidak perlu dibakar dahulu adunan ini.Ketepikan. Sediakan pula lapisan untuk kek bahan 1.
Bahan-bahan untuk Kek:

Adunan 1 (Meringue)

6 biji putih telur ( 3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur baru)
70 gram gula castor
1 sudu kecil cream of tartar
  1. Pukul putih telur sehingga berbuih.
  2. Masukkan gula castor dan cream of tar tar.
  3. Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku.
  4. Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah.
  5. Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh terus buat adunan 2 untuk kek.
Adunan 2:
3 bj kuning telur ( kuning telur dari bahan meringue tadi)
130 ml air
50 ml minyak masak
70 gram gula castor
140 gram tepung gandum
1 sudu teh baking powder
  1. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
  2. Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
  3. Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang
  4. Matikan mixer.
  5. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul sebati.
  6. Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2. Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata secara kaup balik.
  7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak.
  8. Warnakan dengan warna pilihan anda.
  9. Sudukan ke dalam loyang puding tadi. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding. Adunan akan bergerak kiri kanan...bila sudah separuh adunan dimasukkan baru stabil.
  10. Sudukan 3 sudu besar adunan purple, diikuti 3 sudu besar adunan biru di tengah adunan purple, 3 sudu besar adunan merah diletak tengah adunan biru.  (2 kali untuk 3 sudu setiap warna)
  11. Kemudian 2 sudu besar adunan purple, 2 sudu besar adunan biru diikuti 2 sudu besar adunan merah sebanyak 2 kali lagi.
  12. Diikuti dengan 1 sudu besar setiap warna sehingga adunan habis.
  13. Panaskan oven 160 degree. (panaskan sekali dgn tray oven yang ada air utk bain marie nanti)
  14. Bakar secara water bath atau bain marie selama 1 jam atau sehingga kek dan puding masak di rak paling bawah dalam oven.
  15. Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang.
  16. Terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri.
  17. Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah.
  18. Potong kek semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk.





Selamat Mencuba!


RoNa RoNi MacArOni

hye....ermmmm dah lama tak update blog....minggu ni semakin busy...minggu depan lagi la busy...mungkin minggu depan langsung tak boleh nak jengah blog ni...coz ada kerja yang perlu disettle kan di singapore...harap harap tiada masalah la nak ke sana...memandangkan gempa bumi yang baru berlaku semalam di utara sumatera Indonesia...dan gegaran ini juga dirasai di singapore..aku risau sekiranya perkara ini membuatkan kerja di singapore terhalang...insyaallah tiada apa apa yang berlaku....


Sedikit risau juga keadaan di sini, maklumla aku ni kan dok tepi pantai...kalau diikut kan kesan dari gempa bumi ini akan menghasilkan tsunami...janganlah sampai ke dungun...bukan dungun sahaja...di malaysia juga...terutama di pantai barat....Ya Allah minta mintalah di jauhkan segala bala bencana...


ermmmm...ok lah dah banyak pulak aku ni berceloteh...hari tu sempat buat Baked Macaroni...tapi tak sempat nak update...so ari ni ada masa siket boleh la masukkan...

Moh Masak Baked Macaroni


Bahan Macaroni

350 gm Macaroni, Rebus sampai masak
4 sb Minyak
3 bj Bawang besar, dadu kecil
3 bj Tomato, dadu kecil
1 pkt Daging cincang
1 tin Cendawan butang, hiris nipis
1 tin kecil Tomato Puree
2 sb Oregano
Garam
Gula

Bahan Sos

3 bj Telur
400 ml Susu segar
3 sb tepung gandum
garam

Bahan Tabur

Cheddar cheese
Mozarella cheese

  1. Mula mula panaskan minyak, tumis bawang sehingga layu.
  2. Masukkan daging dan goreng sehingga daging masak.
  3. Kemudian masukkan tomato, cendawan dan tomato puree.
  4. Masukkan macaroni dan oregano. perisakan dengan garam dan gula.
  5. Untuk membuat sos pula, campurkan telur, tepung dan susu, kacau sehingga sebati. masak sekejap sehingga berasap sahaja. perasakan garam.
  6. Gunakan loyang 10 inci, masukkan macaroni yang telah siap di goreng separuh dalam loyang. padatkan dan tuangkan sos serta taburkan cheese.
  7. Kemudian tuang lagi sehingga habis macaroni. masukkan sos dan taburkan cheese lagi.
  8. Bakar pada suhu 170 c selama 40 minit.




Selamat mencuba!

Saturday, April 7, 2012

Pau GoReng


Pagi tadi sebelum pegi keje sempat la buat pau goreng...inti kelapa...itu pun lebihan dari buat tepung gomak itu hari...sayang pula inti nye terbuang macam tu je...so buat la pau ni... Adunan pau goreng ini juga boleh di buat donut..

Moh Masak Pau Goreng


412.5 gm Tepung roti
52.5 gm Gula Kastor
45 gm Margarine
15 gm Yis
187.5 gm Susu segar / air
1 1/2 bj Telur

Campur semua bahan kecuali margarine. uli sehingga menjadi doh. apabila sudah menjadi doh, masuk kan margarine sedikit demi sedikit sambil menguli. Teruskan menguli sehingga doh menjadi lembut dan tidak melekat. Rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda. Tutup doh dengan kain yang lembab.



Tumbuk doh yang telah direhatkan . ambil lebih kurang 40 gm doh dan masukkan inti. uli menjadi bulat dan tekan supaya leper sedikit. biarkan seketika sehingga doh naik lagi sekali. kemudian baru lah di goreng.

ApaM PoLkadoT


Tercapai jugak impian nak buat apam polkadot...nama jer polka dot tapi satu polka dot pun x der...hehehehehehe....memang dah lama nak buat apam ni...tapi baru semalam dapat dibuat... itu pun tempahan dari azlina untuk bagi kat student nye sebagai breakfast dalam bas...


Apam ni ada pelbagai filling..antaranya blueberry filling, chocolate filling dan strawberry jam. tapi kalau nak letak kaya, kelapa atau kacang merah pun sedap jugak. Resepi di ambil dari dapur 'from bakery 2 embroidery'..terima kasih mintak share di sini...resepi ynya memang menjadi dan sedap. cuma aku ada tambah ssedikit sukatan gula. nak bagi manis sket....


Moh Masak Apam Polkadot

Bahan A

3 bj Telur - sejuk
220 gm Gula kaster - sejuk
1 sk Ovalette - sejuk

Bahan B

3/4 cwn Susu segar - sejuk
255 gm Tepung gandum - ayak
1 sk Serbuk penaik - ayak

Bahan Lain

Blueberry filling, chocolate filling, strawberry jam
Pewarna
Untuk menghasilkan warna hitam aku campurkan merah + Biru + Chocolate emulco

Sejukkan besi pemutar.
  1. Pukul bahan A hingga putih dan kembang. pastikan adunan pada ketika ini sangat likat.
  2. Bila adunan dah cukup likat, masukkan susu sedikit demi sedikit sehingga habis.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, pukul pada kelajuan perlahan. pastikan apabila meletakkan tepung, tunggu sehingga tepung hilang dalam adunan baru lah diletakkan tepung lagi.
  4. Bahagikan adunan kepada warna pilihan.
  5. letakkan paper cup kedalam acuan lompang. tuangkan adunan ke dalam papercup hampir penuh. kemudian isikan filling. dan tuangkan lagi adunan sehingga penuh paper cup.
  6. Kukus apam selama 15 minit.
Apam ladybird sebelum dikukus
Apam Bee
ini apam yang telah dikukus...ala tomei ...tomei

Resepi ini boleh menghasil kan lebih kurang 30 - 35 biji apam.

kalau nak senang letakkan filling dan mencorakan apam, guna piping bag.




Selamat mencuba!

SpaGheTTi AgLio OLio ( Garlic + Olive oil)


Semalam...hari jumaat...cuti....

Bila dah cuti malas la nak kuar pagi2 cari makan....selongkar je la dapur tu...mesti ada sesuatu yang boleh dimasak...ada crab stick lebihan dari buat Futomaki hari tu...ok la tu.. ada spaghetti..n telur... set..boleh buat spaghetti olio ciptaan sendiri...hehehehehe

Spaghetti aglio olio ni sangat ringkas...hanya mengunakan olive oil...tak seperti spaghetti yang biasanya kite jumpa ada sos..yang warna merah tu kan...so...bahan asas untuk masak spaghetti ni sebenarnya sekadar ada olive oil and bawang putih...tapi kalau kosong macam tu jer x best jugak kan...makanya aku tambah la crab stick...kalau nak letak udang, isi ayam, daging pun kira ok jugak...


Moh Masak Spaghetti Aglio Olio

200 gm Spaghetti, direbus sehingga masak.
3 ulas Bawang putih, dicincang halus
1 bj Bawang besar, di hiris
4 bj Cili api, dihiris (kalau dah nama melayu, x pedas x sah...)
4 sb Olive oil
4 btg Crab stick, dihiris
1 bj Telur ( aku tambah)

Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga kekuningan, kemudian masukkan bawang besar dan cili. bila bawang dan cili sudah layu boleh masukkan spaghetti dan 3 sudu besar air. perasakan garam. masukkan crab stick. kemudian masukkan telur. goreng sehingga kering. siap untuk di hidang.

ChCoLatE FiLLinG

Assalammualaikum...hye...apa kabar semuanya hari ni....harap harap semuanya berada dalam lindungan dan rahmat Allah...hari sabtu ari ni...tapi ada kerja yang perlu diselesaikan di ofis...cuti pun macam tak cuti...tapi x pe...aku ok jer...

Hari khamis malam sempat aku membuat chocolate filling...filling ni untuk apam polka dot yang ditempah oleh azlina untuk sarapan pagi didalam bas nnt sewaktu  perjalanan menuju ke Gambang Water Park... amboiiii seronoknye...Aku ada juga beli blueberry filling, tapi saja nak pelbagaikan flavor...so aku pun buat la chocolate filling ni...sedap!

resepi di ambil dari dapur mas / duniaku...minta share disini pula yea...


Moh Masak Chocolate Filling

250 ml Susu segar
180 ml Air suam
200 gm Gula castor
60 gm Mentega
60 gm Serbuk koko
40 gm Tepung jagung
1 sk Esen vanila
3 sb Tepung gandum

Campurkan serbuk koko dan air suam. kacau sehingga sebati. kemudian masukkan susu, gula, tepung jagung dan tepung gandum ke dalam adunan koko tadi.

Masukkan adunan ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga semuanya sebati. masukkan dalamm periuk dan masak dengan api perlahan sehingga pekat. apabila adunan sudah mula pekat, boleh la masukkan mentega dan esen vanilla. kacau.

sejukkan dan simpan dalam peti ais.



Selain digunakan untuk membuat apam polka dot, chocolate filling ini juga sesuai untuk diisi ke dalam bun, pau dan juga di sapu di atas roti. sekiranya ingin disapu di atas roti, tak perlu di letakkan tepung gandum.

Wednesday, April 4, 2012

TepUnG GoMak

Muka macam tepung gomak...hahahahahahaha...penah dengar tak orang cakap macam tu... ermmm ini la puncanye...macam kuih tepung gomak...pasal ini kuih nampak berbedak tetapi sedikit comot...dan bedak nye pulak tebal mak aihhhh....tengok la gambar tu...ye tak?





 Biasanya kalau nak makan kuih tepung gomak ni boleh jumpa masa bulan ramadhan...kalau tak ermmmmmm payah la...aku pulak..tetiba jer nak makan kuih tepung gomak ni...nak buat bukan lah susah sgt....yang susah nye nak cari tepung kacang hijau....habis satu bandar aku ronda...nak cari tepung kacang hijau punya pasal....keputusannya sangat mendukacitakan....akhirnya buat la sendiri tepung kacang hijau...


Cara nak buat kuih ni sama seperti nak buat buah melaka. guna tepung pulut dan kemudian kuih nye direbus. bila timbul baru diangkat...kan sama tu...bezanya inti sahaja. untuk kuih tepung gomak ni...sesetengah orang suka inti kacang hijau...tapi bagi aku pulak...aku lebih sukakan inti kelapa... haaaa tak yah la cerita panjang panjang....

Moh Masak Tepung Gomak

Bahan Tepung

300 gm Tepung pulut
1 cwn Air
secubit garam

Campurkan Tepung dan garam. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh. sekiranya air tidak mencukupi boleh la di tambah lagi.

Bahan inti

200 gm Gula merah
1/2 cwn Gula putih
1/2 cwn Air
1 bj Kelapa parut
2 st Tepung gandum
2 helai Daun pandan

Campurkan gula merah, gula putih, air dan sehelai daun pandan. masak sehingga gula larut. tapis air gula. Masukkan semula air gula didalam kuali. Campurkan kelapa dan sehelai lagi daun pandan. masak sehingga kering. akhir sekali masukkan tepung.

Tepung kacang hijau

200 gm kacang hijau

basuh kacang hijau sehingga bersih. goreng tanpa minyak di dalam kuali sehingga kekuningan. kemudian dikisar halus. ayak tepung sebelum digunakan untuk mendapat hasil tepung yang halus.



Cara membuat tepung gomak

ambil sedikit adunan tepung. leperkan dan masukkan inti. bulatkan dan tekan sedikit sebelum direbus. apabila kuih telah timbul didalam air rebusan. angkat dan salutkan dengan tepung kacang hijau. resepi ini boleh menghasilkan lebih kurang 20 biji kuih tepung gomak.

Selamat mencuba!

Sunday, April 1, 2012

TaLam Roti LaPis CokLat

Petang semalam sempat lagi menjengah ke dapur izah muffin lover...nahhhh jumpa la resepi ni...nampak sedap...resepi ni plak izah amik dari kak wan...so thanks for both of u....so, malam semalam cuba buat...boleh jugak bawak g ofis nnt...



Nak buat kuih talam ni mudah aja...dan rasanya pun sedap...aku guna acuan lompang dan dapat 15 biji...
Ada kawan kawan kata kurang manis...tapi ada yang kata ok...kalau rasa suka manis manis tu bolehlah tambah lagi 20 gm gula nnt...

Moh Masak Talam Roti Lapis Coklat

4 keping Roti putih - buang tepi, koyak kan kecil2 dan rendam dalam 100 ml air
50 gm Gula pasir
1/4 sk Garam
200 ml Santan
100 ml Air
60 gm Tepung Beras
20 gm Tepung ubi
1 sk Chocolate emulco

  1. Masukkan roti dalam pengisar.
  2. Didalam periuk, masak santan, gula, garam dan air. masak sehingga gula larut. tutup api. Biarkan sebentar sehingga adunan santan suam.
  3. Masukkan tepung beras dan tepung sagu. kacau sehingga rata, kemudian tuang ke dalam pengisar yang mengandungi roti tadi. Kisar sehingga halus.
  4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. satu bahagian di letakan chocolate emulco.
  5. Tuang adunan putih kedalam acuan. kukus selama 5 minit.
  6. Tuang adunan chocolate pula, kemudian kukus selama 10 - 15 minit. pastikan tutup pengukus dibaluti kain dan menggunakan api sederhana semasa mengukus.
Selamat mencuba!