Thursday, May 24, 2012

KeK PanDan LapIs Sri Kaya

Bersua lagi...kalau dah puasa tu...mula la semua benda nak makan...tetiba tekak ni rasa nak makan kek pandan..tu yang selongkar dapur orang cari resepi kek pandan...Jumpa la kat lovely kitchen.. thankz kerana sudi berkongsi resepi..






Lovely kitchen buat 2 lapis jer...aku buat 3 lapis...saja nak menghabiskan terus kaya tu...nnt kalau disimpan tak tau plak bilenye nak makan kaya tu...sudah nye terbuang jer nanti...


Kek nye memang lembut..rasa macam kek gulung...sedap...cuma sedikit ralat corak nye agak kasar... next time kalau buat lagi nak rapat rapat siket garis nye tu...baru cantik...resepi ni telah digandakan 2..kalau resepi asal siket sangat...hehehehehe...bila dah buat tu nak la bagi kat kawan2...tu yang saja buat lebih...


Moh Masak Kek Pandan Lapis Sri Kaya

Bahan A:
120g Butter, dicairkan
120g Gula kastor
120g Tepung gandum
400g Telur 
1 sk Ovallete
1 sk Serbuk Penaik
Sedikit Perisa pandan
Sedikit Pewarna hijau
Bahan B:

Seri Kaya Secukupnya
 
  1. Campurkan semua bahan-bahan A KECUALI butter cair ke dalam bekas.
  2. Pukul dengan kelajuan maksimum selama 8 minit sehingga adunan kembang dan berkrim.
  3. Masukkan butter cair dan kaup balikkan dengan spatula sehingga sebati dan rata.
  4. Ambil 1 sudu besar adunan dan tambahkan beberapa titik warna hijau, kacau rata. Masukkan ke dalam penjuru plastik. Ketepikan.
  5. Panaskan oven dengan suhu 170 degree.
  6. Lenser sedikit marjerin pada loyang 9 x 9 inci dan alas dengan kertas.
  7. Tuang semua adunan ke dalam loyang dan ratakan.
  8. Ambil adunan dalam plastik tadi, gunting sedikit hujung penjuru plastik.
  9. Paipkan secara bulatan bermula dari bahagian tengah adunan sehingga ke penuh permukaan adunan.
  10. Dengan menggunakan lidi tarik hujung lidi di atas adunan secara lembut dari bahagian tengah ke tepi loyang sebanyak 8 garisan (4 penjuru dan 4 di antara penjuru).
  11. Kemudian tarik pula hujung lidi diantara setiap bahagian lorek tadi dari hujung loyang ke bahagian tengah(berlawanan arah pula). Maka akan terhasil bentuk lorekan.

12. Sekiranya mengunakan loyang petak, buat garisan lurus memanjang. kemudian tarik secara berselang seli dari arah bertentangan.

13. Bakar dengan suhu 170 degree selama 45 minit.
14. Sejukkan dan belah tiga.Sapukan seri kaya, potong kecil untuk di hidangkan.





      Wednesday, May 23, 2012

      KeK KaCanG TanaH

      Hye..semalam ada buat kek kacang tanah...saja saja jer, asalnye menjengah dapur dapur blogger lain, aikkk terbekenan pulak dengan kek kacang dari dapurku sayang DJ...ish tak sabar sabar nak buat... balik kerja beli kacang terus mengadun kek...


      Bau kek ni memang sungguh memikat...tak kurang juga dengan rasanya...kawan2 serumah semua suka rasa kek ni...sedap... Tapi aku adjust sket...bukan nak derhaka..tapi malas..hehehehe...DJ guna Kacang tanah kemudian di panggang dan dikisar... manakala aku pulak beli jer kacang yang dah siap digoreng tapi tanpa garam...balik rumah kisar jer...senang sket...





      Loyang yang aku guna untuk membakar kek loyang 4 segi 10x10...


      Moh Masak Kek Kacang Tanah

      1 1/2 cwn Tepung gandum
      1 1/2 cwn Kacang Tanah, di goreng dan dikisar
      1 sk Serbuk penaik
      1/2 sk Soda bikarbonat
      5 biji Telur
      1/2 cwn Susu segar
      200 gm Mentega
      1 cwn Gula perang
      1/4 cwn Gula kastor
      2 sk Esen Vanila

      1. panaskan oven pada suhu 170c. Lenserkan loyang dengan mentega dan alas.
      2. Ayak tepung bersama serbuk penaik dan soda bikarbonat. Setelah ayak campurkan bersama kacang tanah yang telah dikisar.
      3. Didalam bekas lain, putar mentega bersama gula perang dan gula kastor hingga kembang dengan kelajuan tinggi.
      4. Masukkan telur satu persatu. Kemudian masukkan esen vanila.
      5. Dengan menggunakan senduk kayu atau spatula, masukkan susu sedikit demi sedikit di selang selikan bahan kering.
      6. Kacau adunan hingga sebati. Tuang adunan dalam loyang dan bakar selama 45 minit.

      selamat mencuba!

      Monday, May 21, 2012

      Kek CokLat LeMbuT KuKus


      Assalammualaikum...semalam membelek belek buku resepi...teringin plak nak buat kek..so cari la resepi kek yang mudah nak di buat..terpandang la resepi kek coklat lembut kukus yang di ambil dari dapur Hasue..bila menjengah ke dapur orang lain...ermmmm positive jer komen nya...so tak salah kan aku mencuba...cuma...hehehehehe...aku tak kukus..aku bakar sebab pengukus nye tak muat nak masukkan loyang kek...nnt la nak g beli pengukus yang besar sket...

      Kek ini walaupun di bakar memang sangat lembab, lembut dan sedap. kalau lah di kukus ishhhhh x dapat nak bayang kan...mesti lagi lembut dan lembab...

      Tapi ada member yang bagi tau kek ni kurang manis...insyaallah kalau lagi sekali aku buat kek nye... aku akan tambah lagi sedikit gula...kalau x manis x sedap jugak kan...

      Moh Masak Kek Coklat Lembut Kukus/ Bakar


      100 gm Serbuk koko
      1 tin Susu cair
      200 gm minyak masak - aku guna minyak jagung
      250 gm Susu pekat
      200 gm Gula kastor - kalau nak tambah boleh tambah lagi 50 gm
      4 biji Telur, di pukul hingga berbuih
      150 gm Tepung gandum
      1 sk Serbuk penaik
      1 sk Soda bicarbonat

      1. Campurkan serbuk koko, susu cair, minyak masak, susu pekat dan gula kastor. Masak dengan api perlahan dan masak sehingga licin. Tidak perlu sampai mengelegak.
      2. Satukan dengan telur yang di pukul tadi dengan mixer. Gaulkan bahan bahan kering dan capurkan sedikit demi sedikit sehingga semuanya sebati.
      3. Masukkan dalam tin pembakar yang dilapik kertas dan di lenserkan marjerin. Kukus selama 1 jam dengan api sederhana. Pastikan air telah mengelegak sebelum dikukus. kalau di bakar gunakan suhu 170 c selama 40 -45 minit.
      4. Sejukkan dahulu sebelum diletakkan ganache.

      Aku guna loyang 10 x 10 inci.

      Coklat Ganache mudah dan sedap

      1 cwn Susu pekat
      1 cwn Serbuk koko
      1 sb Butter

       
      Campurkan semua bahan dan masak atas api sehingga likat dan larut sepenuhnya.

      Sunday, May 20, 2012

      BuRung PuYuh MaSak HaLia Lada HitaM

      Assalammualaikum....

      Apa kabar semua...aku harap sehat la hendak nya... semalam ada la masak burung puyuh...sebenarnya resepi asal tak der pun kicap...tapi memandangkan anak saudara aku yang nak makan...nnt tak berkuah pulak...tu yang tambah kicap dan kasi berkuah sket...malas nak berceloteh panjang..hehehehehe...moh la kite masak je wehhh.....


      Moh Masak Burung Puyuh Masak Halia Lada Hitam

      6 ekor Burung Puyuh, dipotong dua, gaul kunyit dan garam kemudian goreng
      3 ulas Bawang Putih, hiris nipis
      1 biji Bawang besar, hiris nipis
      4 inci Halia, dihiris dan dipotong panjang - seperti mancis
      1 biji Cili merah, dihiris
      3 sb Sos tiram
      1/2 cwn Air
      3/4 cwn Kicap manis
      2 sb Lada hitam, tumbuk. kalau suka lagi pedas...boleh la ditambah lagi


      Cara nak memasak mudah saja... mula mula tumis bawang putih dan halia sehingga garing. kemudian masukkan bawang besar.

      Apabila bawang besar sudah layu, masukkan sos tiram, kicap dan air. perisakan garam dan gula. Masukkan cili merah dan lada hitam. Masak sebentar.

      Last sekali masukkan burung puyuh dan gaul sehingga rata.


      Tadaaa! siap.

      Tuesday, May 15, 2012

      Lama Menyepi...

      hurmmmm...sudah hampir sebulan langsung tak menjengah blog...busy dengan hal hal kerja dan urusan peribadi...

      Alhamdulillah perjalanan kerja ke singapore akhirnya membuahkan hasil walaupun tidak mencapai  target...namun masih ada rezeki untuk memperoleh pingat untuk dibawa pulang... Tahniah kepada pemenang pemenang semoga lain kali anda dan saya akan lebih cemerlang...hehehehehe

      Setelah selama hampir 10 hari ke singapore, sambung kerja di Kuala Lumpur pula...di KL selama lebih kurang 3 hari... habis kerja terus balik kampung...memandangkan banyak urusan perlu diselesaikan sebelum bulan 6 ni...kelam kabut jadinya...ni baru masuk kerja...haishhhhh penat sungguh...

      Tapi dalam penat penat pun sempat lagi buat Kek karamel 2 biji untuk di buat buah tangan untuk...ehem ehem...rahsia...dan kek karamel ni memang memuaskan hati betul...resepi untuk kek karamel boleh diambil disini ok...kite tengok gambar je yea...


      Kek Karamel ni kalau warna nye terang terang pekat pekat macam ni memang cantik...