Friday, August 24, 2012

JapChAe

Hari ni tetiba teringin nk makan japchae...tu la gatai lagi nengok drama korea...dulu aku selalu gak wat japchae ni...tapi x penah pun share kat sini...so hari ni moh kite nengok sket mcm mana nak buat japchae ni...

Moh Masak Japchae

100 gm bayam
1/2  btg lobak merah-dipotong jullienne
6 kpg cendawan tiram- di potong memanjang
5 tgkai daun bawang- di potong serong
1 bj bawang - dihiris nipis
100 gm soon - dicelur dan digaul minyak
50 gm daging- dihiris halus dan panjang
3 ulas bawang putih - dicincang halus
garam
gula
2 sb bijan - goreng tanpa minyak
1 sb minyak bijan
kicap cair mengikut rasa


Potong bahan-bahan dan goreng dengan minyak sedikit secara berasingan. cendawan tu aku guna cendawan tiram, tapi kalau resepi asal guna cendawan shitake. boleh juga letak lada benggala...tapi aku x letak..tak suka...hehehehehe



Untuk daging pula, dah hiris halus tu boleh la diperap bersama garam, gula, kicap cair dan bawang putih. kemudian goreng juga dengan minyak yang sedikit.



Boleh dicampurkan soon yang telah direbus ke dalam sayuran tadi, daging dan bijan. kemudian gaul hingga sebati dan perasakan minyak bijan, kicap cair dan garam...ermmmmmm sedap nye!


Selamat mencuba...!




Sunday, August 19, 2012

KeTuPaT PaLas

Dah settle ngan ketupat daun kelapa...aku meneruslan pula dengan ketupat palas. ketupat daun kelapa dan palas sangat berbeza...selain dari bentuknya...jenis beras yang di gunakan juga turut berbeza. ketupat palas menggunakan beras pulut...manakala ketupat daun kelapa menggunakan beras biasa...


Kukus dulu pulut sebelum di masukkan kedalam sarung daun palas.

1 kg beras pulut
500 ml santan
garam

kukus pulut selama 30 minit.

kemudian boleh la di masukkan kedalam sarung daun palas.


Dah siap masukkan, boleh la direbus. kalau nk berlemak sedikit rebus dalam santan cair. kalau x nak dalam air biasa pun boleh.


selepas di rebus boleh la dihidang bersama serunding ataupun rendang...korang juga boleh goreng sekejap untuk mendapatkan luaran yang rangup. selamat mencuba!

Saturday, August 18, 2012

KeTupAt dAun kELaPa

Ermmmm dah siap merebus ketupat...tau tak macam mana nk anyam...? susah jugak aku nak ajar kat sini...apa kata kamu semua bukak youtube...kot kot la ada cara cara nak anyam ketupat...boleh la belajar...


Memangla sekarang ni orang cakap x yah susah susah nak buat ketupat...beli jer ketupat segera tu...tapi kan aku cakap ngan korang...x sama weh rasanya...kalau guna daun kelapa ada satu rasa dan bau yang wangi...x caya? cuba la buat...hehehehe



Bila kite mengisi beras dalam sarung ketupat ni...pastikan beras dah pun dicuci dan di toskan airnya...masukkan beras ni separuh daripada sarung...nanti bila kite rebus..beras ni akan kembang dan memenuhi sarung...tapi kena pastikan tidak kurang atau lebih berasnya...kalau tak nanti jadik ketupat keras atau lembik pulak...kui kui kui...

Rebus la sampai masak yea...beberapa jam jugak la...bila dah masak tu.. basuh ketupat tadi kemudian rebus lagi sekali dengan air baru...tujuan nye ialah supaya ketupat kite tu nanti x bewarna coklat atau lebam...


Dah siap rebus...gantung kat batang kayu...tak kesah la kayu ke...besi ke...asalkan boleh gantung...untuk tos airnya...kalau ketupat x digantung...nanti dia bertakung ngan air jadi cepat basi...


ok...selamat mencuba...ehh datang la beraya ke rumah...boleh la merasa ketupat MeLLMeRaH...

selamat hari raya...





RenDaNg CaMpuR

Assalammualaikum..hari ni dh ada di kampung...dah pun start memasak...tapi confirm ke ni esok raya...semalam x de plak pengumuman..tapi kalau ikut pengiraan confirm esok raya...


Tahun ni lagi sekali aku tak ada baju raya...x sempat..terlalu sebuk nak mencari kain dan nak g menempah...nampak gayanya pakai baju lama je la jawabnya...its ok la..beraya tu x semestinya berbaju baru, perabot baru..langsir baru kan...cukuplah sekadar kite meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa..



so pagi pagi lagi tadi dah mula merendang..rumah aku ni kalau beraya x sah kalau x de lemang, ketupat dan rendang...tu yang pagi tadi buat rendang campur..campur apa? moh kite nengok resepinya...




Moh Masak Rendang Campur



1/2 kg Daging 
1/2 kg Paru
1/2 kg Perut lembu
50 gm Halia
4 btg Serai
8 ulas Bawang putih
1 bj Bawang besar
50 gm Lengkuas
cili api mengikut kepedasan
4 bj kelapa diambil santan
kerisik mengikut warna
garam dan gula

kisar semua bahan. masukkan dalam kuali dan campur santan. biarkan mendidih.



apabila hampir kering boleh lah dimasukkan kerisik, garam dan gula.


mudah je kan.

ni jap lagi nak buat rendang ayam pula...nanti kalau sempat aku update..

Wednesday, August 15, 2012

ChoCoLatE BoTTom BaNaNa SquAre

Hye...x mo berceloteh panjang...moh kite nengok je resepi chocolate bottom banana square. kek ni memang sedap dan bahan yang digunakan juga sangat mudah....rugi tau kalau tak buat...rasanya memang sedap...aku dah 3 kali buat kek ni...resepi diambil dari blog azlita aziz masam manis...kak minta share disini pula...




Moh Masak Chocolate Bottom Banana Square
1/2 cawan Mentega
1 cawan gula kaster
1 biji telur
1 sk esen vanila
1 1/2 cawan pisang lenyek
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 sk baking soda
1/2 teaspoon salt
1/4 cawan serbuk koko
1 cawan chocolate chips dan kacang nibs
1/2 cawan kismis
Dalam mangkuk, pukul mentega dan gula. Masukkan telur, esen vanila dan juga pisang lenyek. Pukul sebati.

Dalam mangkuk lain, satukan tepung, baking powder, soda dan juga garam. Ayak dan masukkan ke dalam adunan. Gaul sebati.

Bahagikan kepada 2 bahagian. Masukkan satu bahagian dengan serbuk koko dan kacau rata. Tuang adunan secara berselang seli atau ikut suka. Taburkan choc-chips dan almond@kacang nibs dan kismis.

Bakar suhu 170 selama 30min atau hingga masak. Sejukkan dan potong.

BisKut SaRanG SeMut

Hye...semalam aku buat biskut sarang semut. ni pun atas permintaan azlina samsudin yang suka makan biskut ni. siap demand nak semut nye banyak. haaaaa jangan makan semut banyak banyak...nanti jadi pelupa...apatah lagi siap makan dengan sarangnye sekali..kui kui kui...



nak buat biskut ni memang simple je...cuma amik masa apabila nak parut doh nye menjadi halus. aku guna penapis santan yang  kasar je.

ni penapis yang aku gunakan

selain dari itu kawan2 semua boleh jugak guna pemarut cheese yang halus.


ada jugak ternampak di blog potretkasih... lagi mudah caranya cuma guna pelenyek kentang... potretkasih minta share disini yea...terima kasih...



apabila nak memasukkan adunan ke dalam cawan kertas..guna garfu supaya tidak merosakkan bentuk doh yang telah dibentuk tadi...ok la...banyak sangat plak cerita nye...moh kite nengok resepi dan cara nak buat biskut sarang semut ni...



Moh Masak Biskut Sarang Semut
Sumber: Chef Hanieliza



250 gm mentega
100 gm gula kaster
350 gm tepung gandum( diayak)
100 gm tepung jagung (di ayak)
1 biji kuning telur
1 sk esen vanilla

hiasan
Sedikit coklat rice
secukupnya paper-cup kecil


Pukul kembang mentega dan gula. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.  Masukkan tepung dan gaul rata. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper-cup. Taburkan coklat rice. Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit). Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.



hehehehehe...aku punya ada yang terhitam siket...tu la leka sangat nak nengok darama kat tv sambil buat biskut...haaaa amik itam siket biskutnye...tak pe...janji sedap...

huhuhu..ni la rupanya...terhitam sket...


Selamat mencuba!

Monday, August 13, 2012

HaRi RaYa HampiR MenjeLang TiBa....

Assalammualaikum...

hmmmm...dah sebulan tidak bersiaran...nampaknya sepanjang bulan puasa ni aku sangat sangat busy sehinggakan x sempat nak menjengah langsung ke blog ni...banyak juadah juadah berbuka puasa x dapat dikongsikan...tak sempat langsung...ralat pula rasanya...

tapi apabila hampir menjelang hari raya ini...aku gagahkan jua...mencuri sedikit masa agar dapat berkongsi resepi biskut / kuih raya bersama kamu semua...

sabtu lepas sempat aku membuat 2 jenis kuih raya...pertamanya kuih goyang atau kuih ros...very tradisional kuih kan...hehehehehe...ini antara kuih faveret yang aku suka buat...dari kecil hingga la tua...hehehehe...




moh kite nengok sket resepi nak buat kuih goyang ni...

Moh Masak Kuih Goyang

1 paket Tepung beras
1 biji kelapa- di buat santan
190 gm gula
1 biji telur

campurkan semua bahan. kuantiti santan boleh la agak agak...jangan terlalu pekat...nnt kuih akan jadi tebal.

panaskan minyak dan acuan kuih goyang. apabila acuan sudah panas boleh la mencelup acuan ke dalam adunan.




masukkan dalam minyak dan biarkan seketika..jangan terus dikeluarkan dari acuan...nnt bentuk nya tak cantik...biarkan kuih sedikit keras barulah dikeluarkan dari acuan... masak hingga kekuningan...tadaaa...dh siap..


satu paket kuih goyang tu boleh dapat banyak...itu pun jenuh juga membuat nya...sampai ke petang pun x siap lagi... hehehehe...selamat mencuba...!





Kuih keduanya pula aku buat popia nestum...ermmmm sedap dan mudah di sediakan...

Moh Masak Popia Nestum
2 paket kulit popia
1/2 cwn nestum - kisar
1/2 cwn Gula- kisar
1/3 cwn horlicks
2 cmb tepung dicampurkan sedikit air untuk dijadikan gam


Gulung kulit popia dan gam kan di bahagian hujung. gunting menyerong dan goreng dalam minyak yang banyak.





Apabila sudah sejuk gaulkan dengan gula, nestum dan horlick yang telah dikisar halus.










Gaul hingga sebati dan simpan dalam bekas kedap udara...yummy!