Orang dah abih demam pavlova...aku ni baru la terhegeh hegeh nak buat kan....tapi tak pe la janji buat...tau rasanya, tau rupanya, tau teksturnya macam mana. tak der la bercerita je lebih tapi biji butirnya tak tau. iye dak?
Buat pavlova ni sebenarnya senang je cuma rasa rugi sket bila telur kuning tak tau nak buat apa. semalam masak megi kat en.azam aku masukkan telur kuning je dalam megi tu. hehehehehe. tapi ye la...tak kan la nak dimasukkan 4 biji. kolestrol u all. maka selebihnya di buang. ish!ish!ish!
Untuk topping pavlova aku menggunakan non-dairy whipped cream jenama rich. dan buah buahan yang aku gunakan strawberry, anggur hitam tanpa biji dan kiwi. satu dungun dok pusing cari manggo semuanya tak mencapai tahap. so cukup lah 3 jenis buah itu saja.
Satu resepi pavlova ni aku boleh dapat 3 biji saiz 5 inci diameter. untuk ketebalannya pulak...nengok gambar tu, tebalkan?
Hah! so apa tunggu lagi...
Moh Masak Pavlova
4 biji Telur putih
3/4 cwn Gula Kastor
1 tbsp Tepung jagung
1 sk Cuka makan
1 sk Esen vanila
Panaskan oven pada suhu 170 C menggunakan api bawah. apabila pavlova sudah dimasukkan turunkan suhu oven ke 100 - 120 C dan bakar selama 1 jam atau 1 jam 15 minit.
1. Pukul telur putih menggunakan kelajuan maksima sehingga betul betul kembang. apabila bekas diterbalikkan ianya tidak jatuh.
2. Masukkan gula sedikit demi sedikit dengan kelajuan yang sama sehingga habis.
3. Dalam bekas kecil, campurkan tepung jagung, cuka dan esen.
4. Dengan menggunakan spatula, masukkan campuran tepung jagung kedalam adunan putih telur.
5. Guna kaedah kaup balik menggunakan spatula supaya bahan bahan sebati.
6. Ambil kertas minyak dan letakkan dalam loyang pembakar.
7. Tuangkan adunan pavlova dan bentukkan bulat. pastikan bahagian tengah tenggelam sedikit.
8. Bakar pavlova. apabila pavlova siap dibakar, biarkan dulu selama 30 minit didalam oven.
9. Pukul whipping cream sehingga kental.
letakkan whipping cream diatas pavlova dan hiaskan dengan buah buahan. siap untuk dihidang.
cantiknya pavlova...
ReplyDeleteTerima kasih... :)
ReplyDeleteKlu ikut selera sy, 1st time mkn pavlova kat Serai.. Rs muak sbb pki putih telor.. So, klu sy nak buat sy kna make sure buah yg masam2 n byk utk cover muak td.. Hahaha
ReplyDelete