Pages

Tuesday, May 21, 2013

CuCuR Nasi IkAn BiLis

Assalammualaikum...
Sejak dua menjak ni malas nye laa nak menaip. apa penyakit pun tak tau. padahal aku ni dah masak macam macam ni. simpan je la yek sampai berabuk..hehehehe. ni ntah tahun bila aku buat. tak ingat. sekarang baru ada kesempatan nak kongsikan disini. cucur nasi ni sangat sesuai wat bila kite ada nasi lebihan. tak der la membazir buang macam tu je kan. so dari nasi lebih tu rajin rajinkan diri buat la cucur plak k. Resepi ni diambil dari dapur CMG. Thankz yea CMG. mintak izin share kat sini.
ermmmm...memandangkan mood malas ada lagi saki baki dalam diri ni, makanya terus sahaja la kite nengok resepi pada hari ni ek. oh lagi satu, satu resepi dapat sangat banyak. kalau nak buat siket silalah kurangkan bahan bahan.
Moh Masak Cucur Nasi Ikan Bilis

2 cawan nasi
2 cawan air
2 1/2 cawan tepung gandum
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1/2 biji bawang besar, didadu
1/2 cawan ikan bilis, cuci dan rendam sekejap, toskan
1 biji lada merah, hiris halus
Daun sup/daun bawang, hiris halus (mat guna daun kuchai)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
  1. Satukan nasi, air, bawang besar, bawang putih dan ikan bilis dalam alat pengisar. Kisar hingga halus. Gaul bahan2 kisar tadi bersama tepung gandum, daun sup/daun bawang, cili hiris, bawang besar dan perasakan dengan garam secukupnya. Gaul hingga rata. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Basahkan sedikit hujung jari dengan air dan jemput adunan tadi dan masukkan ke dalam minyak panas, berhati. Buat hingga memenuhi kuali, tapi pastikan ada ruang.
  3. Masak dengan api sederhana hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan, letak atas paper towel. Buat selebihnya hingga siap.Hidangkan bersama sos cili atau sos kegemaran anda.

1 comment: