Pages

Monday, July 8, 2013

PasTry CreAm / KriM KaStaRd

Hye...

ermmmm...marathon resepi dah nak bermula ni...hehehehe...maklum la sebulan menyepi diri. banyak longgokan resepi yang terbengkalai tak sempat nak kongsi di sini. bila dah ada masa tu boleh la aku ni merajin kan diri memasukkan seberapa banyak resepi yang sempat. komputer ni pulak lately banyak pulak masalah nye. nak upload gambar pun susah.ini lah dugaan pada orang orang yang rajin. kukuikui.

hari ni aku nak share resepi filling atau dalam bahasa ialah inti. Orang putih panggil pastry cream manakala orang melayu kite panggil krim kastard. biasanya pastry cream ni kite ada gunakan bila nak buat krim puff. ada juga gunakan apabila nak buat fruit tartlet. Aku ada guna dalam pembuatan Fruit Flan kat sini.

Moh Masak Pastry Cream atau Krim Kastard



50 gm Gula kaster
1 bj Telur
1 sk Esen vanilla
25 gm Tepung Kastard
250 ml Susu segar

Untuk membuat pastry cream. campurkan semua bahan dan kacau dengan menggunakan whisk sehingga rata. masukkan dalam periuk, diatas api sederhana, kacau krim tersebut sehingga kental. alihkan dari api.



haaaa mudah jer kan. selamat mencuba!

2 comments:

  1. hai.. salam kenal,
    follower no.39
    done follow sini,
    jom follow teman yea yunk..=)

    http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog

    ReplyDelete
  2. suami sy suka makan cream puff ni...nmpk mcm senang je nak buat..tapi aritu sy ade try...tp berketul2 la pulak...hihi tangan xmenjadi je bab masak2 nim..*down tgk org pandai masak..hihi*

    salam kenal~~;)

    ReplyDelete