Wednesday, July 17, 2013

RoTi SoSej PinTaL

Assalammualaikum...

Selamat pagi semua, hari ni nak kongsi resepi roti sosej pintal. Kot kot la ada yang mengidam nak makan roti bulan bulan puasa ni kan, boleh la cuba buat. Resepi di ambil dari dapur tanpa sempadan. Terima kasih CMG. minta izin share kat sini. Roti pintal sosej ni memang lembut, aku uli guna mixer. Resepi ini menghasilkan dalam 10 biji roti yang berat setiap doh adalah 50 gm. Untuk topping aku mengguna kan mix vegetables yang frozen tu dan di paip dengan sos cili dan mayonis. Macam CMG dia sapu roti ngan telur sebelum meletakkan mix vege tu takut terjatuh, tapi aku tak sapu pun, aku terus jer letak mix vege direct. Rasanya yang mana mana pun ok kot.


Moh Masak Roti Sosej Pintal 
 
250 gram tepung roti 
50 gram gula halus
1/2 camca teh garam halus
10 gram susu tepung
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 gram telur
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam
10 batang sosej 
Mayonnaise, untuk hiasan
Sos cili, untuk hiasan
Mix vegetables

Doh Roti
  1. Campurkan yis ke dalam bekas bersama sedikit gula dan air suam. Kacau rata dan biarkan sekejap sehingga berbuih.
  2. Dalam bekas lain, campurkan tepung, gula, bread improver, bread softener, garam dan susu tepung.
  3. Masukkan telur dan bancuhan yis dan gaul sehingga menjadi doh.
  4. Kemudian, masukkan mentega dan terus menguli hingga lembut.
  5. Rehatkan doh, tutp dengan kain lembab, biarkan selama 1 jam.

Untuk Roti Sosej

  1. Tumbukkan doh untuk membuang udara. bahagikan adunan kepada 10 bahagian.
  2. Ambil sebiji, bulat bulatkan dan canai sehingga leper. Balut roti tadi bersama sosej.
  3. Kelar sosej hingga sosej putus. Kemudian tolak 1 keratan ke kanan dan 1 ke kiri. buat sehingga siap.
  4. Rehatkan roti selama 30 minit.
  5. Apabila roti dah naik semula, taburkan mix vegetables, kemudian paipkan sos cili dan mayonis. 
  6. Panaskan oven pada suhu 180C dan bakar selama 25 minit hingga masak,


Selamat mencuba!

Tuesday, July 16, 2013

SoTonG GoReNg TeLur MaSin

Sotong Lagik!



hehehehehe...jangan marah yea. Macam yang aku cakap la. stok sotong banyak. tak leh nak letak benda lain dalam peti ais tu dah.

Hari ni moh kita masak sotong goreng telur masin. dengar ceritanya makanan ni famous kat chinese restaurant. aku tak tau, tak pernah lak aku g restaurant cina. Resepi ni diambil dari sini, boleh la kalau nak nengok resepi asal. Tapi aku ubah siket. mengikut selera.

Moh Masak Sotong Goreng Telur Masin


5 bj Cili api, hiris
3 ulas Bawang putih, hiris
4 biji Cili kering, hiris
2 tangkai Daun kari
200 ml Susu sejat
3 biji Telur masin, direbus. - ambil 3 biji kuning dan 2 biji putih - hancurkan
2 sb Mentega
2 ekor Sotong - saiz besar dipotong bulat
Tepung jagung atau tepung serbaguna
Minyak untuk menggoreng
garam secukup rasa

1.  Goreng Sotong dengan tepung. aku guna tepung yang sama aku buat untuk sotong goreng rangup disini. lebihan tepung itu aku gunakan untuk sadur sotong. tak perlu letak telur. caranya begini, masukkan sotong didalam bekas, letakkan tepung kedalam bekas tersebut. tutup dan kocak kan sahaja. semua tepung akan sebati dengan sotong. kemudian goreng. 
2. Didalam kuali yang lain, panaskan mentega, tumis cili api, bawang putih, cili kering dan daun kari sehingga garing. 
3. Kemudian, Masukkan susu sejat. masukkan pula telur masin yang telah dihancurkan tadi.
4. Apabila kuah semakin pekat, boleh lah masukkan sotong yang telah di goreng. goreng sehingga kering.
5. tambahkan garam jika perlu.
6. Siap untuk di hidang.


Selamat mencuba!

Monday, July 15, 2013

SaWi BuNGa TuMis AiR BeRsaMa TauHu TeluR

Hye..


Panjang tajuk ceritanya kali ini kan...nak masak nye..ermmmmmm senang bangat.. Sawi yang aku guna ialah sawi bunga..rupanya ketot ketot jer...sawi ni sedap. sawi lain aku tak berapa gemar. Kali ni aku nak masak sawi ni ngan tauhu telur atau juga dikenali sebagai tauhu jepun. simple dan sedap! yummy.... tapi kalau nengok gambar serupa tauhu telur bersama sawi kan...hehehehehe...



Moh Masak Sawi Bunga Tumis Air Bersama Tauhu Telur


Sawi bunga secukupnya
2 ulas bawang putih, dicincang halus
3 ulas Bawang merah, dihiris nipis
Air
2 sb Sos tiram
2 bj Tauhu telur, dipotong 6 keping
Minyak untuk menumis

1. Sebiji tauhu di potong 6. Goreng sehingga garing
2. Didalam kuali lain, panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga garing dan kekuningan.
3. Masukkan air dan sos tiram. masukkan sawi dan masak sehingga empuk. Masukkan tauhu. 
4. Perasakan garam. Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba!

PoPia iSi KeTaM BeRkEju

Mudah, sedap dan cepat...

haaaaa gitu kan tagline popia ketam ni...memang sungguh bagai di kata..senang sangat nak buat popia isi ketam ni. dan sekejap je dah dapat makan popia sedap.


Kalau tak caya maghi sini MeLLMeRaH tunjukkan macam mana nak buat popia isi ketam berkeju ni.

Moh Masak Popia Isi Ketam Berkeju


Kulit Popia secukupnya
Isi ketam secukupnya, dihiris
3 helai Daun Bawang, dihiris
Serbuk lada sulah
Kepingan Keju cheddar, di potong panjang
Minyak untuk menggoreng
Sos chili thai
1 sb Tepung jagung di campur air - untuk gam


1. Hiris isi ketam dan daun bawang. campur keduanya dan tambahkan lada sulah. ingat jangan letak garam sebab isi ketam dah masin.
2. Bentangkan kulit popia. Letakkan isi ketam dan keju diatasnya. gulung dan gamkan dengan menggunakan air tepung jagung.
3. Goreng sehingga kuning keemasan.

Selamat mencuba!

SoToNg GoReNG TepUng RanGup

Anak beranak sotong

Aik! MeLLMeRaH ni tak de benda lain ke nak masak..? Balik balik sotong...balik balik sotong...





Adoiiii nak wat macam mana...En.Azam tu g mancing lagi kat tepi pantai...bawak balik sotong bapak bapak...dah tak muat peti ais..jadi nak mengurangkan kadar kepadatan dalam peti ais tu terpaksa la aku ni seminggu menghadap sotong...

Sotong yang besar tu sama panjang ngan cutting board IKEA..kalau termasuk janggut..lebih panjang.

Moh Masak Sotong Goreng Tepung Rangup


Sotong, dipotong bulat
1 cwn Tepung gandum
1/2 cwn Tepung Jagung
2 sb Tepung beras
1 sb Serbuk lada sulah
Sedikit gram
sedikit serbuk kunyit
1 bj Telur
Minyak untuk menggoreng

1. Campurkan kesemua tepung bersama garam, lada sulah dan serbuk kunyit. kacau rata
2. Didalam bekas lain, pecahkan telur.
3. Ambil beberapa sudu bancuhan tepung tadi dan campurkan ke dalam telur yang di pukul.
4. Pastikan sotong telah ditoskan air nye. ambil sotong dan gaulkan ke dalam bancuhan telur.
5. Kemudian masukkan pula sotong tadi kedalam tepung. 
6. Gorengkan sehingga garing. kalau sotong meletup, tutup kuali dengan penutup periuk.
7. Apabila sotong telah garing. letakkan sotong ke dalam penapis. biar betul betul tos kan minyak nye barulah di letakkan di atas tisu. ( aku tak letak atas tisu pun).
8. Boleh la dihidangkan bersama sos cili thai.

Selamat mencuba.!

AyaM PaDpRiK

Assalammualaikum...

Puasa tak hari ni...haaaaa...mesti terliur liur kalau nengok gambar makanan kan...hehehehe. itu lah dugaan orang berpuasa iye dak? Pagi pagi ni aku nak share resepi ayam masak padprik. Biasanya aku ngan En.Azam makan satu lauk je waktu berbuka. tak nak membazir. satu lauk tu pun kadang2 tak abih gak. Tapi kalau lauk tu tak der sayur, aku masak sayur plak. Aku pun tak gi bazar ramadhan, bukan apa takut tak kuat iman...abis nanti borong sakan.


Biasanya kami buka kurma, air satu jenis je, nasi dan satu lauk. Kadang kadang aku buat satu kuih. buat makan lepas tarawih. itu je..tapi kenyang melampau. hehehehehe

So, hari ni nak share ayam masak padprik. memandangkan lauk ni dah ada sayur, tak perlu la aku buat 2 lauk. ini kategori makanan 2 dalam 1. senangkan...

Moh Masak Ayam Padprik


Ayam secukupnya, di potong kecil
2 ulas Bawang putih, diketuk
1 bj Bawang besar, dihiris 
5 ulas Cili api, diketuk
5 helai Daun limau purut
1 btg Serai, diketuk
2 sb Cili kisar
1 sb Sos tiram
1 sk Sos ikan 
Sedikit air
1/4 btg Lobak merah
50 gm Bunga kobis
3 urat Kacang panjang
Minyak untuk menumis
garam

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga naik bau. masukkan bawang besar dan cili api.
2. Masukkan Cili kisar. goreng sehingga cili garing. kemudian masukkan ayam, serai dan daun limau purut. 
3. Tambahkan air jika perlu, kemudian masukkan sos tiram dan sos ikan. masukkan sayuran.
4. perasakan garam. apabila ayam dan sayuran telah masak, angkat dan hidangkan.

Selamat mencuba!

Monday, July 8, 2013

PasTry CreAm / KriM KaStaRd

Hye...

ermmmm...marathon resepi dah nak bermula ni...hehehehe...maklum la sebulan menyepi diri. banyak longgokan resepi yang terbengkalai tak sempat nak kongsi di sini. bila dah ada masa tu boleh la aku ni merajin kan diri memasukkan seberapa banyak resepi yang sempat. komputer ni pulak lately banyak pulak masalah nye. nak upload gambar pun susah.ini lah dugaan pada orang orang yang rajin. kukuikui.

hari ni aku nak share resepi filling atau dalam bahasa ialah inti. Orang putih panggil pastry cream manakala orang melayu kite panggil krim kastard. biasanya pastry cream ni kite ada gunakan bila nak buat krim puff. ada juga gunakan apabila nak buat fruit tartlet. Aku ada guna dalam pembuatan Fruit Flan kat sini.

Moh Masak Pastry Cream atau Krim Kastard



50 gm Gula kaster
1 bj Telur
1 sk Esen vanilla
25 gm Tepung Kastard
250 ml Susu segar

Untuk membuat pastry cream. campurkan semua bahan dan kacau dengan menggunakan whisk sehingga rata. masukkan dalam periuk, diatas api sederhana, kacau krim tersebut sehingga kental. alihkan dari api.



haaaa mudah jer kan. selamat mencuba!

SotoNg MaSaK KiCap LadA HiTam

Assalammualaikum...

Musim sotong kat dungun meriah kali ni. Sotong nye boleh di pancing dari tepi pantai jer. Baru baru ni gak aku merajinkan diri ikut en.azam ke pantai. dok kat umah pun tak wat apa. hanya membesarkan diri. mak aihhh...gemuk lagi nih!
Hari first pegi aku tak dapat sekor pun..hero dapat pancing 6 ekor..ermmmmm bertuah jer tu. bukan terror mana pun....hehehehehehe


Hari kedua pulak...haaa ni dia heroin...aku dapat pancing sotong besar...manakala en.azam bawak balik anak sotong jer 2 ekor..kuikuikui...

mula mula hari tu aku masak sotong bakar sambal, tapi punya lapar la kan tak sempat nak tangkap gambar. so, yang lebih plak aku masak kicap lada hitam. sedap!
Moh Masak Sotong Masak Kicap Lada Hitam
5 ekor Sotong
1 biji Bawang besar, hiris
3 ulas Bawang putih, hiris
3 ulas Cili api, hiris
2 sk Lada hitam yang telah ditumbuk
1/8 cwn Kicap manis
2 sb Sos tiram
sedikit air
Garam
minyak masak
1. Tumis bahan hiris sehingga kekuningan. masukkan lada hitam.
2. Kemudian masukkan sotong. Masukkan kicap, sos tiram dan air.
3. Perasakan garam. siap untuk di hidang.
Selamat Mencuba!