Thursday, August 29, 2013

SoTonG MaSak MeRah

Selamat pagi

haaaaaa jangan marah...resepi sotong lagi...jangan jeles sebab masih lagi sotong segar yang di pancing oleh en.azam di parairan terengganu ni. Kali ni sotong yang ditangkap adalah jenis sotong torak. di mana sotong torak ni bersaiz besar dan lebih panjang. Macam dalam gambar tu. panjangkan. sepanjang sinki tau. Kalau di pasaran, harga sotong torak ni boleh mencecah sehingga RM24 sekilo. Tapi kalau pada musim sotong harganya boleh dapat dalam RM18 sekilo.


Aku masak sekor pun sudah cukup untuk makan berdua. itu pun berlebih lebih lagi. Diatas permintaanya aku masakan lah sotong masak merah. sedap! segar dari laut! untung laaaa...hehehehe

Moh Masak Sotong Masak Merah


1 ekor Sotong Torak
Garam
serbuk kunyit
Minyak masak
4 bj Bawang merah, ditumbuk
3 ulas Bawang putih, Ditumbuk
1 inci Halia. ditumbuk
4 sb Cili kisar
2 sb Sos tomato
Garam
Gula

1. Bersihkan sotong dan potong bulat. Lumurkan garam dan kunyit. Goreng sotong sehingga masak.
2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk sehingga kekuningan.
3. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili masak.
4. Masukkan sos tomato dan perasakan gula dan garam.
5. Masukkan sotong dan gaul sehingga rata.
6. siap untuk dihidang.


Selamat mencuba!

Tuesday, August 27, 2013

SnoW CheeSe CaKe @ KeK KeJu BeRsaLji

Assalammualaikum...


Terlaksana gak impian...cehhhhh impian tuuu..hahahahaha...ok terlaksana jugak nak wat snow cheese cake ni setelah asik order dari kawan aku je. Malas nak buat, bukan nak makan banyak pun. so order lagi senang. goyang goyang kaki jer dah dapat makan kek. Tapi hari tu ada orang nak mai kat umah. pikir punya pikir nak buat kek apa, teringatlah akan si snow cheese cake ni. sebab tak penah buat aku ambil kesempatan mencubanya kali ini. terus buat kek yang meletups ni. snow cheese cake ni bukan lah cheese cake yang biasa kite jumpa tu. Kek ni hanya menggunakan kek sponge yang gebu. Kemudian kek ini dilitupi dengan topping cream cheese dan parutan cheddar cheese. Gila...memang sedap dan menggemukkan...hehehehehe. Bagi resepi kek sponge, kalau tak nak guna resepi yang ini boleh juga guna resepi kek span vanilla yang pernah aku kongsi kan di blog ini.

Moh Masak Snow Cheese Cake


Resepi di di ambil dari kak nor secubit garam

Bahan untuk kek

6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100 gram gula halus
100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga)
60 gram tepung jagung (maizena)
50 gram air sejuk (dr peti ais)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovelet
75 gram mentega (dicairkan)

Bahan untuk krim
 
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis

Bahan untuk topping

1/2 kotak kraft cheddar cheese (diparut)

1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 165C.
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi tiga atau dua bahagian.
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.

Selamat mencuba!

Monday, August 26, 2013

AyAm PeRcik PemanGGanG AjaiB!

Selamat pagi

Orang lain dah berzaman to kadok guna pemanggang ajaib. aku ni hah baru la terhegeh hegeh nak guna. serius senang guna pemanggang ajaib ni. Kalau takat nak buat ayam bakar, ayam percik, ikan bakar... ermmmm petik jari jer. tak yah lagi dah nak bakar bakar arang nih. sempoi.

Mula mula ari tu macam tak caye je, macam mana nak dapat kan kesan hitam kat ayam tu macam kite bakar guna arang. ye la kan sebab pemanggang nye di tutup. kalau kite tutup bukan ke di steam ke kat dalam tu. mesti la banyak air nanti. itu lah yang aku terpikir. so aku rasa macam tak logik. Then first time aku wat ikan bakar aku biarkan je pemanggang nye terbuka. konon konon nye nnt jadik ikan steam plak kalau tertutup. so kaedah yang aku gunakan berjaya la. tapi bila fikir balik buat apa beli pemanggang ajaib. guna pemanggang biasa pun boleh. 

Bila kali kedua nak wat ayam percik, aku tutup pemanggang. tawakal je. jadik ke idak aku tak kesah. lagi satu senang nak terbalik kan ayam tu. pusing kan jer pemanggang ajaib, tak perlu nak terbalikkan ayam satu persatu. mudah kan! 

then bila aku buka jer pemanggang ajaib tu.... taaaddaaaaaaa...kesan effect kat ayam tu sama macam kite bakar guna arang. ada kesan hitam. cuma bau arang je la tak ada. tapi memang puas hati. buat masa ni baru guna untuk buat lauk, kalau untuk buat kek ke pai ke, tak pernah cuba lagi. siapa yang tak de pemanggang ajaib ni tunggu apa lagi. gi la beli satu. hehehehehehe. macam dealer plak.


Moh Masak Ayam Percik Pemanggang Ajaib

1 ekor Ayam, terpulang nak potong berapa

Bahan kisar
2 bj Bawang besar
2 inci Kunyit hidup
2 btg Serai
2 inci Halia
4 ulas Bawang putih
Sedikit air untuk kisar


200 ml Santan
2 btg Serai, diketuk
2 keping Asam keping
Gula secukupnya
Garam

1. Campurkan bahan kisar dan ayam di dalam kuali.
2. Masukkan santan. serai, asam keping dan masak sehingga ayam separuh masak.
3. Perasakan gula dan garam. biar manis siket baru sedap.
4. Susunkan ayam dalam pemanggang ajaib dan tuangkan sedikit kuah tadi.

5. Bakar lagi sehingga ayam masak sepenuhnya.

6. Apabila ayam sudah masak angkat dan tuangkan lebihan kuah tadi.

7. Siap untuk dihidang

Selamat mencuba!






Sunday, August 25, 2013

BinGka uBi

Assalammualaikum





Selamat hari ahad. selamat bekerja pada mereka yang berada di terengganu, kelantan, kedah dan perlis. semoga hari ini membawa seribu satu kebaikan kepada anda semua. selamat berhujung minggu dan berehat kepada mereka yang bercuti pada hari ni. best nye dok lepak kat umah.  jangan la dok saja, apa kata masak memasak siket buat orang tersayang tu. kalau tak pun masak la untuk perut tersayang kite tu. hehehehe.

hari ni aku nak kongsi resepi yang di ambil dari dapur che mat gebu iaitu Bingka ubi di mana resepi asal diambil dari my resepi. bingka ubi ni sedap dan tidak terlalu manis. sedang molek kata orang terengganu. tak rugilah mencuba. moh kite nengok resepinya.

Moh Masak Bingka Ubi


1 kg ubi parut
650 ml santan kelapa
100 g gula melaka, hiris halus
2/3 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
1/2 camca teh garam
1 camca besar minyak

  1. Satukan santan, gula melaka, gula pasir, garam dan daun pandan. Kacau rata dan masak atas api, kacau hingga gula larut, masukkan minyak dan kacau hingga sebati. Angkat dan biar sejuk. Ubi dimasukkan ke dalam kain kasa dan perah, tadah air perahan tadi. Buat sikit2, hingga siap. Masukkan ubi tadi ke dalam bekas lain. Biarkan air perahan 20 minit hingga sagunya mendak.
  2. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin dengan sedikit mentega dan alas dasar tin dengan aluminium foil, lebihkan aluminum tadi di kiri dan kanan tin, tujuannya senang nak tarik keluar kuih bila masak nanti. Ketepikan.
  3. Buang air perahan tadi perlahan2 sehingga tinggal sagunya yang mendak. Gaul dengan ubi tadi. Tapis santan tadi yang di masak tadi dan masukkan ke dalam ubi, gaul rata2 hingga rata dan mesra.
  4. Tuang dalam tin yang telah siap tadi dan bakar selama 1 jam 30 minit, hingga permukaannya kelihatan garing. Keluarkan dari oven, biar suam dan keluarkan dari acuan. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong.
Selamat mencuba!

RoTi PeRanCis

Bonjour!


Chewahhhhh mentang la buat roti perancis terus cakap perancis... itu pun je yang aku tau. hehehehehe. Tau tak apa itu roti perancis? Roti perancis ialah roti yang berbentuk panjang, mempunyai kulit luar yang keras atau garing yang berasal dari perancis. Biasanya, roti perancis berdiameter 5 - 6 cm dan lebih kurang 65 cm panjangnye. hehehehehehe. tapi yang aku nye versi ketot. Roti ni sedap sangat di makan bersama sup. boleh juga kalau nak buat benda lain. seperti contoh aku ada buat bruschetta menggunakan roti perancis ni. Boleh nengok disini. Resepi roti perancis ni aku ambil dari buku roti, kek dan pastri oleh puan Noraini Sidek. Minta izin share disini.

Ok lah. tunggu apa lagi moh masak roti perancis

Moh Masak Roti Perancis

500 gm Tepung roti
15 gm Yis
300 ml Air
1/2 sk Garam

untuk glis
1/2 cwn Air
1/2 sk Garam

1. Ayak tepung bersama garam.
2. Campurkan yis ke dalam tepung dan masukkan air.
3. Uli hingga sebati lebih kurang 15 - 20 minit.
4. Rehatkan doh dan biarkan ianya kembang 2 kali ganda.
5. Bentukkan doh memanjang dan letakkan ke atas dulang pembakar yang telah di taburkan tepung. kelar roti menyerong dan glis dengan air garam.
6. Biarkan roti naik semula 2 kali ganda. Sebelum di bakar sapukan roti sekali lagi dengan air garam.
7. Bakar roti pada suhu 220c selama 15 minit dan turun kan suhu ke 180c selama 20 minit lagi.

kat sini aku ada tunjukkan macam mana nak bentukkan doh memanjang dan kemas. Gambar ni diambil dari America's test kitchen feed.  Aku share di sini pula.

Bentukkan doh menjadi 4 segi tepat lebih kurang 6-8 inci.

http://www.americastestkitchenfeed.com/bake-it-better/2012/08/secrets-to-french-baguettes/

lipatkan bahagian bawah sekali ke tengah doh. dan tekan sehingga kemas.

http://www.americastestkitchenfeed.com/bake-it-better/2012/08/secrets-to-french-baguettes/

Kemudian lipatkan lagi sekali dari bahagian pertama tadi ke atas dan tekan sehingga kemas.

http://www.americastestkitchenfeed.com/bake-it-better/2012/08/secrets-to-french-baguettes/

Tepungkan tangan dan tekan ditengah tengah doh membuat garisan dalam.

http://www.americastestkitchenfeed.com/bake-it-better/2012/08/secrets-to-french-baguettes/

Cantumkan ke dua dua bahagian tadi dan cubitkan supaya kemas dan bercantum

http://www.americastestkitchenfeed.com/bake-it-better/2012/08/secrets-to-french-baguettes/


Roll kan doh ke depan dan belakang sehingga doh mencapai panjang 15 inci dan berdeameter 2 1/2 inci. 

http://www.americastestkitchenfeed.com/bake-it-better/2012/08/secrets-to-french-baguettes/

Kelar roti menyerong.

http://www.americastestkitchenfeed.com/bake-it-better/2012/08/secrets-to-french-baguettes/

Selamat Mencuba!

Wednesday, August 21, 2013

BuaH TembiKai


 

Haaaa jangan tak percaya pulak..ini buah tembikai yang di tanam di tepi umah aku oleh en.azam. Besar buahnye mencecah 6 kg sebiji. tetapi isi nye tidak berapa merah mungkin disebabkan tiada baja. Orang belah pantai timur ni memanggil buah tembikai sebagai timun cina. Yang menjaga semuanya en.azam, aku nengok jer. maklumla dia katakan aku ni tangan panas, nanti kalau usik pokok dia mati pulak.


ini sedikit info aku ambil dari blog sayang sama pokok. minta izin kongsikan ilmu menanam pokok disini.

Untuk menanam tembikai di tepi rumah, kita hendaklah mengikuti tips di bawah:
1. Beli 1pek kecil benih tembikai merah dan 1 pek kecil benih tembikai kuning.
Kerana tembikai merah sebagai pokok yang menghasil buah dan bunga tembikai kuning dalam proses    pembungaan.
2. Benih ini akan direndamkan dengan sedikit racun kulat bercampur racun serangga.Disemaikan  anak benih tadi dalam bekas semaian terisi tanah medium tanaman.
3. Manakala satu busut kecil bersaiz 3 x 4 kaki bertinggian 6 inci digembur kan, Tanah busut hendaklah mengandungi bahan reputan organik( daun reput),dan  ditaburkan baja organik ( najis haiwan).
Pastikan busut ini tidak terlalu terlindung dengan cahaya matahari.
4. Anak benih akan tumbuh dan mengeluarkan daun muda. Kita siram ia agar sentiasa lembap sehingga pokok mula berdaun 6 dan mula berjalar.
5.Kita ambik satu benih tembikai merah dan satu benih tembikai kuning di tanam bersebelahan. Siramkan kedua-kedua anak pokok.
6. Tembikai kuning akan mengeluarkan bunga amat banyak. Tembikai merah masih lagi menjalar dan mengeluarkan bunga sedikit.
7.Jika terdapat putik buah sulung tembikai merah di pangkal pokok hendakalah dibuang. Jangan runsing , kerana apabila pokok mula menghasilkan buah sulung sebenarnya banyak menggangu pembesaran pokok itu sendiri.
8. Apabila terdapat bunga tembikai merah, kita boleh ambil bunga tembikai kuning tadi dan digeselkan kepada bunga tembikai merah. Lakukan dengan perlahan-lahan.
9. Pokok akan berputik dengan cepat. Putik berubah buah dengan kadar yang cepat. Boleh di taburkan baja kimia disekeliling pokok dengan kadaran sikit demi sikit untuk mengelak putik menjadi buruk.
10. Pokok memerlukan siraman yang lebih kerap untuk membesarkan buah tembikai. Satu pokok tembikai mampu membesarkan 4 biji buah bersaiz 8 kilo sebiji. Yang berlebihan hendaklah dibuang.
11. Buah akan matang apabila mencapai saiz . Kulit telah regang dan berbunyi bok-bok menandakan ia akan masak.Ia sesuai untuk dipetik.
Selamat mencuba.

OrDeR! OrDeR!

Assalammualaikum, selamat pagi dan salam satu malaysia...

Diharap semua orang sihat hendaknye. Aku panas badan sket ari ni. Semalam melantak durian dengan member2 di ofis bagai nak rak. tak hingat dunia. sekarang terima lah padah nye. huhuhuhu.

Nak share sikit gambar gambar order yang baru jer lepas itu hari. Sesiapa yang berminat nak order boleh PM aku di facebook - Mellissasahilla- Tapi aku tak pos so tawaran ini hanya sah pada mereka yang duduk disekitar dungun, paka dan kerteh atau kawasan yang berhampiran saja .

Aku banyak menerima tempahan kek karamel, chewy gooey chocolate brownies dan pavlova. yang lain buat jugak tau. hehehehe


Chewy Gooey Chocolate Brownies saiz 6 inci

Pavlova saiz 4 inci dan 9 inci


Chewy Gooey Chocolate Brownies dan Kek Karamel Pelangi

Kek Karamel Pelangi saiz 8 inci

Chewy Gooey Chocolate Brownies with Chocolate Topping saiz  6 inci dan 9 inci


Oreo Brownies saiz 6 inci

Tuesday, August 20, 2013

AyaM SeRai BeRemPah

hello...



Ayam serai berempah yang aku kongsikan disini merupakan antara hidangan wajib ada kalau ada keraian di rumah. Pasti mendapat pujian ramai orang. hehehehehe. Resepi ayam serai berempah ni aku ambil dalam rancangan ketuk ketuk ramadahan bersama shiela rusly tu. Dalam resepi asal shiela rusly menggunakan kepak ayam. tapi aku guna ayam biasa yang di potong 16 atau 12. Moh kite nengok resepi ayam serai berempah yang meletups ni...

Moh Masak Ayam Serai Berempah



12 ketul Ayam
5 bj Bawang merah
3 bj Bawang putih
6 tangkai Lada kering, di rebus
3 inci Halia
3 batang Serai
1 sk Jintan manis
1 sk Jintan putih
1 sk Ketumbar

Semua bahan diatas dikisar.

2 tangkai daun kari - diracik halus
4 sb Serbuk kari
1 sk Serbuk pati ayam
3 sb Tepung jagung
Garam
Gula
Minyak

1. Gaulkan semua ayam bersamabahan kisar dan daun kari, serbuk kari serta serbuk pati ayam. Masukkan garam dan gula sesedap rasa.

2. Panaskan minyak untuk menggoreng. Apabila ayam telah sedia untuk digoreng, baru gaulkan tepung jagung sehingga rata.


3. Goreng sehingga garing. siap untuk dihidang.


Mudah je kan...selamat mencuba!

Thursday, August 15, 2013

KeK SpaN VaNiLLa

Assalammualaikum..

Hari ni aku nak share resepi buat kek span vanila. Kek span ni kalau kite buat boleh menghasilkan pelbagai kek kemudiannya. seperti blueberry cake, strawberry cake, peach dan bermacam macam lagi. Misal nye kite nak buat blueberry cake, kite potong je kek span vanila ni kepada tiga bahagian, pas tu kite letak krim then letak blueberry filling. lepas tu coated kek dengan krim. dah jadi blueberry cake. apa? tak faham... ok ok next time aku wat step by step macam mana dari kek span vanilla ni kite nak buat blueberry kek.

Resepi yang sama juga korang boleh ubah untuk perisa lain. contohnye coklat, pandan, kopi dan macam macam lagi. Resepi kek span ni memang lembut. resepi ni di ambil dari buku masakan roti, kek dan pastri oleh Puan Noraini sidek.  Minta izin share disini. 

Moh Masak Kek Span Vanilla

4 biji Telur
125 gm Gula kastor
125 gm Tepung
50 ml Air
13 gm Ovellete
1/2 sk Serbuk penaik
1 sk Vanilla essence
63 gm Margarine - dicairkan

1. Campurkan semua bahan kecuali margarine cair.

2. Pukul selama lebih kurang 8 minit pada kelajuan maksima sehingga kembang.


3. Dengan kelajuan paling perlahan atau boleh menggunakan tangan masukkan margarine cair sedikit demi sedikit sehingga semuanya sebati.

4. tuangkan kedalam loyang kek. loyang kek bersaiz 8 inci hendaklah di oles dengan margarine dan alas didasarnya dengan kertas.

5. Bakar kek pada suhu 175C selama 35 minit atau sehingga masak.


Selamat Mencuba!

Tuesday, August 13, 2013

SEGMEN BLOGWALKING RAYA BY DJH.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Hari ni angah nak lancarkan SEGMEN baru! Yang mana segmen ni dibuat untuk meraikan HARI RAYA AIDILFITRI.So apa lagi tunggu?? Jom sama2 memeriahkan segmen DJH ni!!


  1. FOLLOW Blog DJH, Add To Circle Google +Mohamad Khairil dan Like DiariJejakaHangat.
  2. Buat entri bertajuk SEGMEN BLOGWALKING RAYA BY DJH.
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini. * WAJIB
  4. Pemenang akan ditentukan melalui cabutan bertuah secara manual.
  5. Peserta mesti saling2 blogwalking dan follow mengfollow!! :D


LIKE FANPAGE DJH!!






Senarai Hadiah!!



3 x RM5 TOPUP



10 REVIEW BLOG.





Harapannya supaya ramai yg akan join,so angah harap korang jugak boleh promote2 selalu la oke :D,selain tu,angah jugak korang boleh support angah...nanti kalau korang buat Segmen/Giveaway,angah pulak support korang!! :D

SeLaMaT HaRi RaYa!!!

Hahahahahahahaha...

Dah raya ke 6 baru sempat nak wish...

SELAMAT HARI RAYA . MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Source: http://whatever-lahno.blogspot.com/2012/08/selamat-hari-raya.html

uwaaaaaaaaaa...berat naik 3 kg...tu la..makan makan makan...