Pages

Thursday, February 6, 2014

ChoUx PasTry

Assalammualaikum semua...

Yeay hari ni dah hari khamis. Esok cuti! best nyeeeee

Hari ni nak kongsi resepi choux pastry  dan step by step macam mana nak prepare choux pastry ni. Daripada choux pastry kite boleh menghasilkan cream puff, eclairs, profiterols, swan dan paris brest. Nanti aku tunjukkan satu satu bentuk bentuk bagi nama yang aku bagi tau tadi. Choux pastry ni tekstur nye garing di luar dan lembut serta berlubang didalam bagi memudahkan untuk kita mengisi inti. Choux pastry yang tidak jadi menghasilkan isi yang padat dan mungkin terlalu keras atau terlalu lembut. 

Faktor faktor yang menyebabkan choux pastry tidak menjadi adalah disebabkan, pada ketika telur dimasukkan mungkin adunan tepung masih lagi panas, telur terlebih, suhu oven yang rendah dan kaedah penyediaan yang salah. jadi disini aku akan tunjukkan langkah demi langkah bagi penyediaan choux pastry supaya kita dapat menghasilkan choux pastry yang sedap.

Moh Masak Choux Pastry

250 gm Air
125 gm Marjerin
3 gm Garam
187.5 gm Tepung roti atau tepung gandum
312.5 gm Telur

1. Masukkan air dan marjerin ke dalam periuk.


2. Panaskan dan biarkan sehingga marjerin cair sepenuhnya.


3. Biarkan seketika sehingga marjerin dan air bercampur dan mengelegak. Masukkan garam.


4. Apabila air tadi sudah mengelegak, masukkan tepung. Tepung di masukkan sekaligus. tidak perlu di masukkan sedikit demi sedikit. 



5. Gaul kan. Padamkan api. 



6. Gaul kan lagi sehingga semuanya sebati dan menjadi doh. pastikan tiada tepung tepung yang tidak bercampur sebati. 



7. Pindahkan ke dalam mangkuk lain. Untuk mempercepatkan proses penyejukkan. Doh tadi boleh la di rata ratakan di sekeliling mangkuk. seperti dalam gambar. biarkan di suhu bilik. sekiranya ingin diletakkan di dalam peti sejuk pastikan tidak terlalu lama kerana apabila terlalu keras ianya menyukarkan kerja nanti.


8. Apabila adunan sudah sejuk. kumpulkan semua semula. 


9. Masukkan sebiji telur. Kacau sehingga betul betul sebati. Pada ketika ini anda boleh menggunakan mesin pemukul atau hanya menggunakan senduk kayu. Apabila telur sudah sebati, baru lah dimasukkan lagi sebiji. ulangi proses ini sehingga semua telur sudah abis.


 
10. Baginilah tekstur choux pastry yang sudah siap. 


 Selamat Mencuba!

Moh Nengok Choux pastry 2.


No comments:

Post a Comment