Thursday, January 30, 2014

deViL's FooD ChoCoLatE CakE

Assalammualaikum...

Selamat pagi...

Resepi kek lagi....amboi menjadi jadi MeLLMeRaH ni ek buat kek..bukan apa kekadang tu nak gak cuba resepi yang baru kan. memahirkan diri. tapi dun worry aku tak makan. buat dan bagi orang lain makan. diet tetap diet woooiiiiii.


Resepi diambil dari kak azlita aziz yang hebat dengan skill membuat keknya. so, aku share disini pulak. apa salahnya berkongsi ilmu kan.


Sempena Tahun Baru Cina yang bakal menjelang, aku membuat keputusan membuat kek ni untuk di beri kepada bos En.Azam yang berbangsa cina. bodek la tu...hehehehehe..mana la tau dapat ang pow nanti.  Dan selebih nya macam biasa..misi menggemukkan rakan rakan ofis. kihkihkih.

Hiasan yang aku guna kan adalah daripada fondant. Masih lagi belajar untuk bermain ngan fondant. tak berapa nak reti sangat nak membuat bentuk bentuk nya. mula mula aku berangan nak buat bentuk kuda sempena tahun kuda. nampak nye memang berangan je la.hehehehehe. so itu je la hasil nye. boleh la kan asal nampak gak tema tema tahun baru cina. Gong Xi Fa Cai.

Moh Masak Devil's Food Chocolate Cake


Bahan Kek Coklat

2 cawan tepung gandum
1 / 2 cawan serbuk koko
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 / 2 sudu kecil garam
1 / 2 cawan gula pasir
1 / 2 brown sugar
125 gm mentega
2 biji telur gred A
2 sudu kecil vanila ekstrak
1/2 cawan buttermilk-(buat sendiri guna 1/2 cawan susu ditambah dengan 1 sudu kecil cuka dan rehatkan selama 10 minit).
1 cawan air suam


1. Panaskan oven pada suhu 170C
2. Sediakan loyang ukuran 9 inc. Alas dengan kertas minyak dan sapu butter di sekelilingnya.
3. Ayak tepung, serbuk koko, soda bikarbonat, garam, dan ketepikan.
4. Pukul mentega dengan gula sampai ringan dan mengembang, tambah telur.
5. Bila semuanya sudah sebati masukkan bahan-bahan  kering(tepung, serbuk koko) bergantian dengan bahan2 cecair (buttermilk+air suam).
6. Akhir sekali masukkan vanila estract.
7. Bakar selama 30 minit atau hingga masak.

Cream Cheese Frosting

125gm Philadelphia cream cheese
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sdt vanila ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon
1 sudu kecil paste lemon

1. Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising dan jus lemon.

Chocolate Ganache
100ml double cream/ whipping cream
250gm coklat gelap dicincang halus
sedikit garam ~ ita tak letak
1 sudu besar golden syrup
1 sudu teh paste vanila


1. Double boil cream jangan sampai mendidih,tambah coklat & sedikit garam, kacau rata. Bila semua sudah cair angkat dan sejukkan

Melapis Kek
Tunggu kek benar-benar sejuk
tuangkan cream cheese frosting atas kek dan ratakan.
Simpan dalam peti ais sebentar hingga cream cheese mengeras dalam 20 ~ 30 minit
Tuangkan ganache coklat atasnya
Hiaskan kek mengikut kreativiti.
Simpan semula kek dalam peti ais hingga ganache mengeras

Untuk memotong kek yang menggunakan cream cheese.
Celupkan mata pisau dalam air panas atau boleh juga panaskan mata pisau atas  dapur.
Lap mata pisau dan potong.


Selamat Mencuba!






Wednesday, January 29, 2014

KeK PiSanG CokLaT uRai

Assalammualaikum...

hye..selamat pagi semua..

Tu dia MeLLMeRaH bersiaran kembali...haaa maklum la nak mengejar azam tahun baru..nak post resepi sebanyak yang mungkin...hehehehehe...harap harap tidak hangat hangat najis ayam...euwwwwww...

Hari ni nak share resepi kek pisang. disebabkan pisang lebihan buat cekodok untuk en.azam kelmarin ada lagi, so semalam aku plan nak buat kek pisang plak. boleh bawak g opis. kek pisang ni resepinya di ambil dari CMG. Thankz CMG..mintak share kat sini yea..

Macam mana rasa kek pisang ni...ermmmm ni agak bermasalah untuk aku memberi komen memandangkan aku tak makan pun lagi. terpikir pikir jugak nak makan ke tidak. mungkin tengahari nanti je la kot rasa secubit. maklum la MeLLMeRaH kan masih lagi berdiet..huhuhuhuhuhu. Tapi semasa membakar kek ni, bau nye menusuk hidung, semerbak...wangi sangat...dan membuatkan en.azam terliur liur. so kek baru je kuar dari oven terus di suruh potong..konon konon nye bagi master chef rasa dulu...dan komennya sangat positi...sedap!

Tapi sedikit ralat, bila kek telah siap kacang yang ditabur nampak sedikit sahaja. ianya berada di tengan tengah kek. next time kalau aku buat lagi kek ni aku nak tabur kacang banyak banyak bagi penuh kat atas tu. resepi asal menggunakan kacang gajus, tapi aku tak der stok..yang berlambak lambak kat dapur tu hanya badam cincang. so ...guna je la.

Moh kite nengok plak resepi nak buat kek pisang coklat urai ni...sesuai sangat buat minum petang...yummy!

Moh Masak Kek Pisang Coklat Urai

150 gram mentega
200 gram tepung naik sendiri
1/4 camca teh soda bicarbonat
150 gram gula kastor
3 biji telur
100 ml susu segar
100 gram pisang, dilecek halus
1/2 sk Esen Pisang
50 gram coklat urai (chocolate rice)
1/4 cawan badam cincang (resepi asal menggunakan gajus -dicincang)
  1. Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin berukuran 8 inci x 3 inci x 3 inci dengan mentega, alas dadar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi.
  2. Putar mentega dengan gula  hingga kembang dan putih.
  3. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar. Pastikan telur benar benar sebati baru lah letak telur lagi. 
  4. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis, putar rata.
  5. Masukkan pisang lecek dan esen pisang gaul dengan spatula. Tambah coklat urai dan gaul hingga semua rata. Tuang dalam tin tadi, ratakan dan tabur dengan cincangan kasar kacang.
  6. Bakar selama 40 - 50 minit atau hingga kek masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotong.







Selamat Mencuba!

Tuesday, January 28, 2014

KeK KaRameL CokLaT MoisT

Assalammualaikum semua...

Dah lama kan tak kongsi resepi resepi pemanis tekak ni...memanjang diet nye kan... memandangkan semalam ada menerima tempahan kek karamel coklat moist, so hari ni boleh lah aku berkongsi resepi. Alhamdulillah kek nye tak membuat onar, elok kejadian nye. kekadang ni benda kite selalu buat pun, tetiba tak jadi..ada je perangainye kan...tak naik la, berlubang lah, senget lah...macam macam lah. tapi semalam agak mendebarkan jugak pasal dah lama tak membaking nih. tapi hasil sangat memuaskan.

resepi diambil dari kak azlita aziz. terima kasih kerana sudi berkongsi resepi. mintak izin share di blog Moh Masak plak yea.

Moh Masak Kek Karamel Coklat Moist


Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan loyang besar yang berisi air  panas kerana proses membuat kek ni menggunakan kaedah bain marie
Masukkan loyang yang besar dalam oven
Kemudian sediakan loyang bulat ukuran 8 inc

GULA HANGUS


Cara untuk membuat gula hangus. terdapat dua cara:

1. Kita letakkan 2 sudu besar gula dalam loyang dan panaskan atas dapur dengan api sedehana hingga gula larut dan keperangan

atau

2. Letakkan 2 sudu besar gula dalam loyang dan masukkan dalam oven pada suhu 170C dan bakar anggaran masa 15 ~ 20 minit sehingga gula keperangan

KARAMEL

400 ml Susu Segar
140 gm Gula Kaster
1 sk Esen vanila
3 bj Telur

Didalam mangkuk satukan susu, gula dan esen kacau rata hingga gula larut
Masukkan kuning telur dan kacau perlahan-lahan sahaja hingga ia sebati.

Tuangkan adunan karamel ini dalam loyang gula hangus tadi.
Masukkan dalam loyang besar yang berisi air dalam oven tadi dan bakar pada suhu 170C selama 15 minit atau karamel keras sedikit
Sememtara menunggu karamel kita masak, sediakan kek

KEK COKLAT MOIST

Bahan A
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1/2 cwn susu pekat
1/2 cwn gula
1 cwn minyak jagung/masak

Kesemua bahan di atas disatukan
Kemudian masak atas api perlahan hingga adunan sebati dan berkilat
Tutup api dan biarkan sejuk sebentar

Bahan B
 3/4 cwn tepung gandum
1 sudu kecil  soda bikarbonat
1 sudu kecil  baking powder


Kesemua bahan diatas disatukan
Kemudian di ayak
Ketepikan

Bahan C
4 bj telor ~ dikisar

Tuangkan adunan bahan B dan adunan bahan C ke dalam adunan bahan A secara selang seli.
Mulakan dengan adunan tepung dan akhiri dengan adunan tepung juga
Cth: tepung ~ telur ~ tepung ~ telur ~ tepung
Gaul adunan hingga sebati

Puding karamel yang telah masak tadi kita keluarkan, rehatkan sekejap sehingga ia keras sedikit.
Kemudian kita tuangkan adunan kek coklat moist perlahan-lahan atas adunan karamel
Selepas itu kita masukkan semula loyang kek ke dalam loyang yang berisi air tadi dan bakar semula selama 1 jam atau sehingga kek dibakar dengan sempurna.
Untuk membuat kek ini boleh gunakan api atas dan bawah.

Setelah kek masak, rehatkan kek hingga sejuk sepenuhnya
Simpan dalam peti ais sekejap, kemudian baru terbalikkan
Pastikan kek benar - benar sejuk baru terbalikkan untuk mengelakkan karamel pecah atau retak

Selamat Mencuba!



Monday, January 27, 2014

ToM YaM pUtiH

Assalammualaikum...

Selamat Pagi...Selamat hari isnin...tak payah nak monday blues sangat eh..

Semalam aku masak tom yam putih...tak pernah pernah wat tom yam putih alih alih teringin lak nak makan... tapi memang tidak mengecewakan...memang sedap dan lebih sihat kerana tidak menggunakan pes tom yam. En.azam pun suka. sedap katanya. len kali pun aku nak wat tom yam putih ni lagi. Untuk kali ni aku hanya menggunakan ketam dan sotong. korang boleh gak tambah ayam, daging, udang, kupang...senang kata segala bagai apa nak letak la.


Untuk sayuran nye pulak, aku sekadar letak cendawan tiram, saleri, bunga kobis, lobak merah dan tomato. boleh jugak di pelbagaikan dengan meletakkan sayuran kegemaran korang. Dalam resepi ni jugak aku menambah sedikit susu pekat manis ala ala resepi tom yam sebelum ni...boleh lihat disini. Dengan menambah susu pekat manis, ianya memberi sedikit perbezaan rasa dan menambahkan lagi rasa sedap tom yam ni. Tak caya? cubalah...

ok..moh kite nengok resepi macam mana nak masak tom yam putih ni...

Moh Masak Tom Yam Putih


Air secukupnya
1 bj Bawang besar, dipotong baji
4 bj Cili Padi, diketuk
1 inci Halia, di ketuk
1 inci Lengkuas, dipotong nipis, diketuk
2 btg Serai, diketuk
2 ulas Bawang putih, diketuk
Beberapa helai Daun limau purut
1 bj limau nipis, di ambil jus
2 ekor Ketam, dibersihkan dan dipotong dua
2 ekor Sotong, di porong bulat
1 sb sos ikan
1/2 batang Lobak merah
50 gm Cendawan tiram
1 bj Tomato
100 gm Bunga Kobis
1 btg Saleri
1/2 sb Susu Pekat manis
Garam secukup rasa

1. Didalam periuk, masukkan air, bahan bahan yang diketuk, bawang dan ketam.
2. Apabila sudah mendidih, masukkan daun limau purut, sos ikan dan garam secukup rasa.
3. Masukkan sayuran (kecuali tomato) dan sotong. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit jus perahan limau nipis. Jangan guna semua kalau sudah cukup rasa. 
4. Masukkan susu pekat manis.
5. Apabila sayuran sudah empuk boleh la masukkan tomato. Biarkan seketika dan boleh lah padam kan api.
6. Siap untuk di hidang.

Selamat mencuba!



Thursday, January 23, 2014

ReNDaNg UdAnG GaLaH

Assalammualaikum...

hye semua...hari ni aku nak share resepi rendang udang galah. En.Azam si kaki pancing tu g mancing plak udang galah. jadi dah selalu sangat bawak balik udang tak de idea dah nak masak apa. so, try la masak rendang. Memang tak rugi, sedap betul udang galah masak rendang ni. sehingga menjilat jari...

Resepi Rendang ni aku guna sama je macam aku buat rendang ayam atau rendang daging. moh kite nengok bahan bahan untuk membuat rendang udang ni.

Moh Masak Rendang Udang Galah

1 kg udang galah 
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm lengkuas
2 batang serai
10 bj Cili api

Kisar bahan bahan di atas

100 gm Cili kering kisar
2 sk Serbuk kunyit
2 btg Serai, dititik
Garam secukup rasa
2 keping asam keping
2 cawan pati santan
2 camca besar kerisik
Gula secukup rasa

1. Masukkan bahan kisar, cili kering, serbuk kunyit, serai dan asam keping ke dalam kuali.
2. Tambahkan sedikit air.
3. Masukkan santan.
4. Masak sehingga kuah rendang hampir kering, kemudian baru masukkan udang dan kerisik.
5. Masak lagi sehingga udang masak dan kuah rendang hampir kekeringan. (Terpulang sekiranya suka betul betul kering atau berkuah)
6. Perasakan garam dan gula.
7. Siap untuk dihidang.



Selamat Mencuba!

Wednesday, January 22, 2014

MeNu DieT: ' PoPCoRn' BunGa KoBis

Assalammualaikum...selamat bersiaran kembali..

Hehehehehe, abaikan dengan azam tahun baru untuk post sebanyak mungkin, anggap je tak nampak ek.

Aku baru pulang ke tanah air. chewahhhhh tanah air konon, baru pulang ke dungun setelah hidup yang sangat sebuk selama 2 minggu di kota metropolitan...hahahahahaha. harap2 hidup aku kembali normal selepas ini. sebab tu la tak sempat nak update blog ni. (cehhhhh alasan sangat kan)

So, today aku nak share lagi satu menu diet yang aku suka buat. Kite ni kan sebenarnya makan tu bukan la sebab lapar pun, tapi sebab mulut ni gatal nak mengunyah. jadi daripada aku ngunyah benda bukan bukan, jajan merepek2, baik aku wat pop corn bunga kobis ni. lebih kurang macam kudapan gak la tapi lebih sehat. yeahhhh!

Moh la kite nengok macam mana nak wat popcorn bunga kobis ni, senang, cepat dan sedap. yummy.

Moh Masak Popcorn Bunga Kobis


Bunga kobis, terpulang nak guna banyak mana
Garam
Lada sulah
Sedikit minyak

1. Panaskan oven pada suhu 200C.
2. Potong bunga kobis menjadi kecil.
3. Gaulkan bersama garam, lada sulah dan minyak sehingga sebati.
4.  Letakkan dalam dulang, dan bakar selama 20 minit atau sehingga keperangan.
5. Siap untuk dihidang.


Selamat mencuba!






Monday, January 13, 2014

SeLaMaT TaHun BarU...Hahahahahaha...

Assalammualaikum semua...

iye memang dah terlambat...tau...nak wat cam mana...orang sebuk mengalah kan perdana menteri..huhuhuhuhu

http://happynewyear2014wallpapers.com/happy-new-year-2014-sms-jokes-new-year-2014/

Anyway selamat menyambut tahun baru 2014 dan semoga tahun ini lebih baik dari tahun tahun sebelumnya...

Azam tahun ni.. hehehehehe...seperti tahun tahun sebelum nye jugak...nak update and post resepi sebanyak yang boleh..nampaknye tahun lepas tidak tercapai kerana terdapat penurunan posting dari 2012 iaitu 78 manakala 2013 hanya 65 posting...hahahahahhaaa...teruk betul aku ni...ok tak pe kite nengok tahun ni macam mana plak...dah la terlambat 12 hari...hehehehehe..

untuk azam menurunkan berat badan....masih berjalan...dan berat kini sudah turun sebanyak 10kg...yeah!

http://3.bp.blogspot.com/-wr8NZY6yd-U/TpufoXHpu_I/AAAAAAAABf0/QyY52RXkQjM/s1600/weight+joke.jpg

ok jumpa lagi!