Sunday, April 13, 2014

SoTonG GoRenG TepuNg VeRsi 2

Assalammualaikum...

ooooohhhh...cuaca pagi tadi sangat tidak menyehatkan..jerebu sungguh...bila lah keadaan ni nak pulih..nampak gaya makin ke teruk plak..Tempat lain dah hujan...sini jer tak hujan hujan...kalau mintak hujan nanti banjir pulak..hehehehehe...anyway...aku tak payah dedahkan diri dengan cuaca yang tidak baik so, dok dalam umah jer...

Semalam aku ada kasi tau yang en.azam g mancingkan...ermmm ni la hasil nya...itu pun dah jual separuh...rezeki allah dari laut. 
Senyum semua...nak masuk blog nih!

Maka gembira lah ibu mertuanya...menantu kirim ikan dan sotong segar dari dungun. Minggu lepas dikirimkan ikan tenggiri. besarkan ikan tenggirinya. 7 kg. dibahagikan dua dengan kawan nya, masih lagi besar. aku lak bahagi dua ngan mak aku. aku amik bahagian ekor ke hujung so kecik la sket. yang mak aku pulak aku bagi bahagian badan. ermmm besar peha. gembira sungguh orang tua tu dapat ikan tenggiri. kalau beli kat pasar tu brapa hinggit plak kan.Yang aku nye baru berjaya masak berlada 2 keping. ermmmm nampak gayanya, bertapa la ikan tenggiri aku dalam freezer. tak abih lagi yang tu, ni dah sampai lagi.

Kaki Pancing Tegar


ooooo jangan lupa...watak utama untuk hari ni...encik squid.


Musim sotong di dungun sudah kembali. kepada sesiapa yang ingin mencandat..tunggu apa lagi. mai la ke terengganu. pasti tidak mengcewakan.

Ok la berbalik kepada resepi hari ni, dah siap siap simpan semua ikan, aku pun nak masak simple jer memandangkan aku memang malas nak masak. so aku hanya nak goreng je sotong tu. aku pernah kongsikan resepi sotong goreng tepung yang rangup disini. Tapi sebab nak cincai cincai jer aku pun try buat resepi baru. dan hasilnye tidak mengecewakan. tapi mesti makan panas panas tau!

Moh Masak Sotong Goreng Tepung Versi 2

Sotong secukupnya
1 biji Telur
1/4 cawan Tepung gandum
1/4 cawan Tepung Beras
1 sk Serbuk penaik
2 sb Serbuk paprika
2 sb Dried Oregano
garam
serbuk pati ayam
minyak menggoreng

1. Bersihkan sotong dan tos sehingga kering air. campurkan bersama telur.
2. didalam bekas yang lain, campurkan ke semua bahan kering.
3. Panaskan minyak, ambil sotong yang telah bersalut telur tadi  satu persatu kemudian di golek golekkan ke dalam bekas tepung. apabila tepung sudah bersalut keseluruh sotong boleh lah di goreng sehingga perang keemasan.
4. Makan bersama sos cili thai. sedap!


Selamat Mencuba!

Saturday, April 12, 2014

KeK OpeRa

Assalammualaikum..

Selamat hari sabtu. best dok kat umah hujung2 minggu ni kan...Memandangkan en.azam ke laut dari semalam pergi mencari sotong, so ada la masa untuk aku nak berbloging ni. aku skip masak tengahari disebabkan aku ingat nak g tapau je. malas nak masak, makan sorang sorang. hehehehehe. 


Hari ni aku nak share resepi kek opera. Kek ni ditempah oleh dua orang rakan aku yang nak buat suprise birthday. So, tema kek ni adalah sarung tangan goal keeper. tuan badan tu seorang penjaga gol bagi team bola sepak UiTM Terengganu. Memandangkan order nya sangat last minute, aku cuba yang termampu. Alhamdulillah mereka suka dengan kek dan perhiasannya.

Resepi kek diambil dari blog masam manis. Kak azlita yang langsung tidak lokek untuk berkongsi resepi resepi yang bagus, sedap dan semestinya gerenti menjadi. Terima kasih kak azlita, mohon izin share di blog Moh Masak pula.

Moh Masak Kek Opera

Bahan A
200 gm serbuk almond
100 gm gula caster
6 biji telur
Bahan B
50 gm butter - di cairkan
Bahan C
60 gm tepung gandum - diayak
Bahan D
115 gm putih telur - anggaran dalam 3 biji
55 gm gula castor

Panaskan oven pada suhu 200 C. Bila nak masukkan kek turunkan suhu pada 175C.
Sediakan 2 loyang kek 4 segi berukuran 20 x 20 cm.
Sapu loyang dengan sedikit butter dan alas dasar loyang dengan kertas minyak atau baking paper.
Ketepikan

Bahan A
Dalam mangkuk stand mixer, satukan serbuk badam, caster sugar (100 gm), dan 3 biji telur.
Pukul dengan kelajuan maxima selama 10 minit.
Kacau sekali sekala dengan spatula supaya bahagian dasar dan tepi bergaul sempurna.
Tambahkan telur yang lagi 3 biji tadi sebutir demi sebutir dan terus memukul selama 10 minit lagi.


Ambil 4 sudu besar adunan almond ( Bahan A) tadi dan campurkan dalam butter yang telah di cairkan.
Ketepikan

Tambahkan pula tepung yang telah diayak ke dalam baki adunan almond (bahan A)
Kacau adunan dengan kaedah kaup balik sehingga adunan bergaul sempurna.
Ketepikan

Dalam bekas lain, putar putih telur hingga berbuih.
Tambahkan gula castor (50 gm) dan terus putar dengan kelajuan maxima sehingga adunan kaku.
Ambil 1/3 dari adunan putih telur, dan campurkan ke dalam adunan almond (bahan A)
Kacau rata menggunakan spatula dengan kaedah kaup balik sehingga adunan rata.
Masukkan baki adunan putih telur, dan kacau lagi dengan kaedah yang sama sehingga adunan sekata.
Tambahkan pula adunan butter yang di campur dengan 4 sudu besar almond ke dalam adunan.
Kacau rata juga dengan kaedah kaup balik sehingga adunan rata.
Jangan kacau kuat-kuat kerana kek akan mendap selepas di bakar, jika  aduanan terlebih kacau.

Bahagikan adunan kepada 2 adunan yang sama banyak.
Tuang adunan dalam 2 loyang yang telah di sediakan tadi
Bakar kek dengan suhu 175 C, selama 20 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya.

Sekarang kita sediakan pula Moca Buttercream

Mocha Buttercream
100 gm  putih telur - anggaran 3 biji
200 gm gula caster
300 gm unsalted butter - potong kiub
1/2 sudu besar mocha paste
1 sudu teh coffee oil - kalau tak de boleh guna coffee esen atau coffee paste

Satukan putih telur dan gula dalam satu bekas besar.
Sediakan satu periuk kecil dan panaskan air didalamnya.
Dengan kaedah double boiler letakkan mangkuk berisi telur di atas periuk air panas. Pastikan air panas dalam mangkuk tidak kena dasar mangkuk telur.
Panaskan telur dan gula hingga gula larut anggaran suhu (65C) aku panaskan anggaran suhu badan 36-38C kalau tak de jangka suhu agak2 aje bila gula dah larut. Jangan sampai telur tu masak pulak ye!
Alihkan dari periuk panas tadi dan terus pukul adunan putih telur dengan mixer berkelajuan maxima sehingga adunan jadi berkilat dan kental.

Pukul butter sampai lembut , tambahkan mocha paste dan coffee oil dan putar hingga ia bergaul rata.
Kemudian masukkan adunan telur ke dalam adunan mocha dan kacau rata dengan kaedah kaup balik sehingga ia bergaul sempurna.
Ketepikan

Sekarang kita sediakan pula Chocolate Ganache.

Chocolate Ganache
200 gm coklat gelap kompaun - di didadu kecil
200 gm coklat susu kompaun - di dadu
75 gm butter tanpa garam
250 gm fresh cream

Coklat di potong kecil atau di hiris.
Panaskan fresh cream hingga hangat atau suam-suam. Tutup api
Masukkan coklat dan kacau biar coklat melarut.
Masukkan butter dan kacau hingga adunan bergaul sempurna dan berkilat.
Biarkan ia sejuk dan sedikit likat
Ketepikan

Sekarang kita sediakan coffee syrup.
Coffie syrup yang di cadangkan dalam resepi adalah espresso. Kalau tak de boleh gunakan coffee segera atau nescafe segera pun ok!

Coffee Syrup
100 ml espresso panas - nescafe segera pun ok
100 gm gula - kalau guna nescafe segera tak payah letak gula.
 
Kaedah melapis kek
 
Bila kek dah masak keluarkan dari loyang.
Letakkan atas redai dan biarkan kek sejuk.

Kek yang telah masak tadi kita biarkan betul-betul sejuk sebelum di potong.
Bila kek dah sejuk, potong kek kepada 2 bahagian setiap satu kek. 
Ini bermakna kita akan dapat 4 keping kek yang nipis.
Hati-hati semasa memotong kerana kek ni nipis, mungkin proses memotong agak sukar bagi mereka yang kurang mahir.

Ambil sekeping kek.
Bahagian atas atau bawah kek tadi kita letak di sebelah bawah.
Bahagian yang di potong letak di sebelah atas.
Sapukan permukaan kek dengan coffee syrup tadi.
Sapu sikit-sikit aje jangan sampai basah lencun pulak kek tu ye! nanti kek tu lembik pulak!
Proses ini untuk melembabkan kek di samping memberian aroma dan rasa coffee pada kek.

Kemudian kita letakkan Mocha buttercream di atas kek yang telah kita sapukan coffee tadi.
Ratakan.
aku masukkan butter cream tadi dalam piping bag dan paipkan atas kek.
Selepas itu kita lapikkan lagi sekeping kek atasnya.
Tekan-tekan sikit bagi rata dan padat.
Kemudia kita sapukan lagi coffee syrup atas kek.

Selepas tu kita tuangkan  1/2 daripada Chocolate Ganache.
Ratakan.
Kemudian letakkan selapis lagi kek.
Sapukan coffee syrup
Tuangkan Mocha Buttercream atasnya dan ratakan.
Kemudia letak lapisan kek yang terakhir.
Sapukan juga coffee syrup

Aku masukkan dahulu kek ni dalam peti ais supaya  Mocha Buttercream dan Chocolate Ganache keras.
Anggaran 1 jam.
Keluarka dari peti ais.
Letak kek atas redai dan alas bawahnya dgn tray.
Baki Chocolate Ganache tadi kita panaskan sekejap bagi Chocolate Ganache tu cair.
Tuang atas kek
Kalau ada ring 4 segi yang ukuran 20 x 20 cm lagi bagus.
Masukkan kek dalam ring tu dan tuang chocolate ganache atasnya. 
Jadi lapisan ganache yang terakhir tu akan sama tebal dengan lapisan tengah.
Kemudian simpan kek dalam peti ais dalam 2 atau 3 jam atau sehingga Chocolate Canache keras.
Bila kek dah keras potong dan kemaskan tepi kek.

Selamat mencuba!






Wednesday, April 2, 2014

KeK BaDMinToN & KeK RaY BaN

Assalammualaikum...

Selamat pagi semua..

Hari ni aku nak share kek yang telah di tempah oleh rakan sekerja aku. Kek yang di mintak adalah healthy cake. so, apa yang aku boleh buat adalah carrot oat cake dan chocolate cake. kedua dua kek ini aku guna gluten free flour dan kurang kandungan gula.

tema nya pula adalah badminton, kerana kawan nya ni orang yang sangat sangat suka main badminton. so aku menggunakan fondant untuk bola tangkis dan raket badminton. manakala talinya tu pula aku menggunakan piping jelly.


Bagi satu kek lagi, aku membuat sun glasses jenama ray ban bersama beg nya. Alhamdulillah mereka suka rasa dan hiasan kek ini. Kepada sesiapa yang berada di sekitar dungun, jika berminta nak tempah boleh hubungi aku 0192757075.