Selamat hari isnin.. jangan nak monday blues sangat k...
Hari tu aku ada buat nasi minyak kan ngan ayam masak merah.. resepi yang hari tu boleh nengok kat sini.. kali ni teringin lagi sekali...huhuhuhu teringin sokmo ye dak? tapi yang kali ni rasa lagi sedap..kenapa ek? sebab ada beberapa bahan tambahan yang di masukkan dalam nasi minyak kali ni...lauk nye plak tetap ayam masak merah..tapi ada tambahan gak..ngan kari telur. resepi nasi minyak yang ni aku amik dari dapur kak ita masam manis..terima kasih kak minta kongsi resepi disini..
beras yang aku guna kan masih lagi beras lebihan hari tu iaitu beras jasmine parboiled. Pastu yang ni letak pewarna..baru nampak ceria dan cantik sket...
Moh Masak Nasi Minyak Versi 2
3 cawan Beras Basmathi
3 cawan Air
1 cawan Susu sejat
1/2 inci Halia, dihiris nipis
1 bj Bawang besar, di hiris nipis
2 ulas Bawang putih, dihiris nipis
1 sb Minyak jagung
2 sb Minyak sapi atau mentega
1 btg Kulit kayu manis
1 bj buah pelaga
1 kuntum bunga cengkih
1 bj bunga cengkih
1 btg Serai, dititik
2 helai Daun pandan, disimpul
garam
serbuk stok ayam
pewarna kuning
1. Basuh beras sehingga bersih dan rendam selama 20 minit.
2. Didalam periuk, masukkan minyak jagung dan minyak sapi. Tumiskan buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, serai dan daun pandan sehingga wangi.
3. Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia. masak hingga naik baunya.
4. Masukkan susu sejat dan air.
5. perasakan garam dan serbuk ayam.
6. Masukkan beras. tutup periuk dan biarkan nasi di tanak.
7. Apabila nasi sudah hampir kering, lubang lubang kan mengunakan chopstik. titiskan pewarna kedalam lubang tersebut.
8. Tutup semula periuk dan biarkan nasi ditanak sepenuhnya.
9. Bila nasi sudah kering, gemburkan nasi.
Selamat Mencuba!
No comments:
Post a Comment