Pages

Tuesday, March 13, 2012

MiHun GoRenG...sedap, mudah dan cepat....

Malang tak berbau....haiiiissshhhhhh....dari pagi sampai ke petang menguruskan hal kereta aku...tak penah penah wat perangai...ni nampak nye dah mula nak tunjuk belang...

Tengah tengah bulan macam ni...melayang la RM....huhuhuhuhu...Tayar pecah, rim bengkok terus kena wat allignment and balancing...padahal hujung bulan ni dah nak g servis kereta....adussssss....


Balik umah terus lapar...ermmmm nengok kat dapur tu ada barang...so boleh la masak mihun goreng versi orang lapar dari pagi tak makan mudah, cepat dan yang pasti nye sedap....hehehehehe

Moh Masak Mihun Goreng!


Mihun - direndam
3 ulas Bawang putih - ditumbuk
3 biji Bawang merah - ditumbuk
2 biji Cili padi - ditumbuk
2 tbsp Cili giling
1 tbsp Kicap cair
1 tbsp Sos tiram
3 tbsp Kicap manis
200 gm Daging- dihiris nipis
1/2 btg Lobak Merah - Julienne (macam batang mancis)
100 gm Kobis - dihiris nipis
1/2 biji Bawang besar - dihiris memanjang
garam
gula
minyak untuk menumis
sedikit air.

Panaskan minyak, tumis bahan bahan yang ditumbuk sehingga naik bau dan garing. masukkan cili giling. teruskan menggoreng sehingga cili garing

Masukkan daging, biarkan seketika. kemudian masukkan sedikit air, kicap cair, sos tiram dan kicap manis. perasakan garam dan gula. kalau boleh biar masin siket sebab nnt bila masukkan mihun rasanya akan ok.

Masukkan lobak merah dan bawang yang dihis, biarkan lobak merah empuk sedikit. kemudian boleh la masukkan mihun dan kobis.

Masak sehingga mihun sebati dengan bahan yang lain. pastikan mihun lembut. semuanya dah ok? siap untuk dihidang.



boleh juga dihidang bersama telur dadar dan hirisan daun bawang. yummy....!









No comments:

Post a Comment