Dah settle ngan ketupat daun kelapa...aku meneruslan pula dengan ketupat palas. ketupat daun kelapa dan palas sangat berbeza...selain dari bentuknya...jenis beras yang di gunakan juga turut berbeza. ketupat palas menggunakan beras pulut...manakala ketupat daun kelapa menggunakan beras biasa...
Kukus dulu pulut sebelum di masukkan kedalam sarung daun palas.
1 kg beras pulut
500 ml santan
garam
kukus pulut selama 30 minit.
kemudian boleh la di masukkan kedalam sarung daun palas.
Dah siap masukkan, boleh la direbus. kalau nk berlemak sedikit rebus dalam santan cair. kalau x nak dalam air biasa pun boleh.
selepas di rebus boleh la dihidang bersama serunding ataupun rendang...korang juga boleh goreng sekejap untuk mendapatkan luaran yang rangup. selamat mencuba!
Raya tahun ni 1st time mkn ketupat palas, xtau plak gna beras pulut. Selama ni mkn ketupat biasa je yg nasi tu. Padan la ritu mkn kenyal2 jek.
ReplyDelete