Pages

Wednesday, October 10, 2012

SuP LoBaK MeRah

Assalammualaikum...hai bersua lagi...amacam hari ni...sehat? alhamdulillah aku juga dalam keadaan sehat dan bahagia...hehehehehe...hari ni aku nak kongsikan bersama resepi sup lobak merah. sup lobak merah ni sama juga dengan resepi sup brokoli bersama keju yang aku pernah paparkan disini...dan resepi nye pun sama...cuma untuk kali ini aku tidak meletakkan keju...



Sup lobak merah ni memang sedap...lagi sedap cecah dengan roti kan...ala ala orang putih gitu yerk? chewah...hehehehe...sekali sekala kite tukar tukar selera kan....apa salahnya...



Moh Masak Sup Lobak Merah


  

Resepi untuk 4 orang
500 gm Lobak merah - di potong kecil
50 gm Bawang besar- potong dadu
100 ml Susu segar
4 sb Mentega
1 lt Stok ayam - aku campur 1 lt air dengan 20 gm Serbuk pati ayam
2 sb Tepung gandum
  1. Panaskan mentega dan tumis bawang besar yang telah di dadu.
  2. Apabila bawang telah layu masukkan lobak merah. kacau sebentar. kemudian masukkan tepung. kacau sehingga rata.
  3. Masukkan stok ayam dan reneh sehingga lobak merah  lembut.
  4. Apabila lobak merah telah lembut, padamkan api.
  5. Kisar sup sehingga benar benar hancur. tuang kembali kedalam periuk.
  6. Panaskan sup semula, masukkan susu segar. perasakan garam. ( tapi kalau dah gunakan stok ayam yang serbuk tu tak perlu tambah garam..kerana rasanya memang dah ok)
  7. Siap untuk dihidang.
 
Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment