Pages

Sunday, March 18, 2012

IkaN MeRah maSaK TauChU

Tengah hari tadi tak tau nak masak apa...ada ikan dalam fridge...tanya member nak makan ikan masak apa...setelah memberi beberapa pilihan...akhirnya ikan masak tauchu yang berjaya di pilih... memandangkan hanya ada ikan merah...kira boleh la...kalau nak masak kari...nak kena cari santan plak...ishhh malas! 

Dah lama jugak tak pekena tauchu ni...sedap...zaman zaman belajar dulu...goreng tauchu bodo bodo jer...tumis bawang ngan cili...pastu masuk tauchu...dah siap! heehehehehehehe...makan ngan nasi panas...licin gak...


Moh Masak Ikan Merah Masak BerSama tauChu




Bahan seperti diatas.

Ikan yang telah digoreng kunyit beberapa keping

Mula mula, panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia hingga naik bau.. masukkan cili dan bawang besar.


Tambahkan 1 sb Sos tiram, 1 sb Kicap manis, 2 sb Tauchu. masukkan sedikit air dan asam keping. masak sehingga naik minyak.

Perasakan, tambah kan gula. garam tak perlu kerana tauchu sudah masin. Masukkan ikan dan gaul sehingga semuanya sebati.

Siap untuk dihidang


No comments:

Post a Comment