Pages

Monday, March 19, 2012

TaLam RoTi paUn

Assalammualaikum semua..hye.. apa kabar? aku harap kamu semua dalam keadaan yaang sehat bersama orang2 tersayang..dihujung minggu ini aku harap kalian dapat la menghabiskan masa bersama keluarga dan rakan rakan...boleh masakan yang special untuk mereka semua...insyaallah...

Baru baru ni kawan baik aku pulang ke kampung...di johor...dan balik semula ke Terengganu dengan membawa balik ole ole iaitu pes mee bandung Mak Pon...jadi dihujung minggu ni la dapat masak dan ajak rakan yang lain untuk join bersama...tapi punya la tak sabar nak makan ...sampai lupa nak tangkap gambar...haishhh sedikit ralat...so x dapat la aku share kan disini resepi mee bandung tersebut...sebab tak der gambarnya...rasa tak lengkap plak nanti...tapi tak pe la...pes mee bandung tu ada lagi sebungkus...insyaallah kalau aku masak lagi akan aku share kan di sini...

Memandangkan semalam aku ada buat Baked Chicken Sandwich..dan ada banyak trimming (kulit tepi) roti...so hari ni terpikir la plak nak buat talam roti paun...ye la dari kulit roti tu terbuang macam tu je...sayang pulak... resepi ni di ambil dari yatie sinar kehidupanku...terima kasih yatie..mintak share kat sini pulak yea... 

Moh Masak Talam Roti Paun



Lapisan Bawah

200 gm Kulit roti (Kalau guna roti 7 keping)
1 biji Telur
1/4 cwn Gula kaster
100 ml Santan pekat
125 ml Air
1/4 sk Vanilla essence

Panas kan pengukus. guna loyang 8 inci. sapu minyak dan alaskan plastik. plastik juga di sapu minyak.

Potong kulit roti kecil kecil.

Campurkan semua bahan. kacau hingga sebati. Tuang adunan ke dalam roti.

Biarkan adunan dan roti sebati selama 30 minit.

Tuang adunan roti ke dalam loyang. cover dengan aluminium foil. kukus selama 25 minit.


Lapisan Tengah

1/4 cwn tepung gandum
1/4 cwn gula halus
Secubit garam
1 biji telur
100 ml santan pekat
100 ml air
sedikit pewarna hijau
sedikit perisa pandan

Campurkan semua bahan-bahan. Kacau hingga adunan semuanya sebati.
Tapiskan adunan kedalam kuali dan masak dengan menggunakan api yang kecil sehingga naik wap. Masak sehingga pekat. Anggaran kepekatan seperti susu pekat sahaja. tutup api.

Apabila lapisan bawah sudah masak, keluarkan dari kukus. Lap jika ada air pada permukaan kuih
Cakar permukaan kuih dengan garfu. Kemudian tuangkan adunan lapisan tengah. Tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 25 minit lagi.

Lapisan Atas

1/4 cwn tepung kastard
1/4 cwn gula halus
Secubit garam
1/8 sk vanilla essence
2 biji telur
100 ml santan pekat
100 ml air
sedikit pewarna kuning

Campurkan semua bahan-bahan. kacau adunan hingga sebati.

Tapiskan adunan kedalam kuali dan masak dengan menggunakan api yang kecil sehingga naik wap. Masak sehingga pekat. Anggaran kepekatan seperti susu pekat sahaja. tutup api.

Apabila lapisan bawah sudah masak, keluarkan dari kukus. Lap jika ada air pada permukaan kuih
Cakar permukaan kuih dengan garfu. Kemudian tuangkan adunan lapisan atas. Tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit lagi.

Setelah kuih masak sejukkan hingga benar-benar sejuk barulah di keluarkan dari loyang
Potong talam dengan menggunakan pisau plastik yang di sapu dengan sedikit minyak makan, ini untuk mendapatkan potongan talam yang cantik.

Selamat mencuba!


No comments:

Post a Comment