Pages

Thursday, March 15, 2012

KueH PenYaRam aKa KueH ToPi

Hai selamat pagi...sehat semua...alhamdulillah...sekali lagi dapat la kite ke dapur MeLLmeRah untuk sama sama memasak kuih penyaram....ceeehhhh...macam beri ucapan plak...hehehehe

Penah dengar kuih penyaram...? kuih ni popular kat sabah...kalau kat belah belah kelantan...diorang panggil kuih topi...kerana bentuk kuih yang telah siap di goreng berbentuk seakan akan topi mexico..cuma kalau di kelantan kuih ini bewarna putih...dan di sabah pula ianya berwarna perang...tapi versi aku pulak bewarna hitam...hahahahaha...lepas tu rupanya pulak serupa topi mexico kena pijak...hahahahaha

Sebenarnya aku pun tak tau langsung mengenai kuih ni...tapi ada seorang kawan yang teringin nak makan kuih ni dan beritahu kat aku...jadi aku pun mintak la tolong cik google carikan resepi dan rupa bentuk kuih ni..hasue buat cantik..tepi nye berbibir dan warna nya pun cerah...x boleh jadi ni...kuih ni mesti di cuba sekali lagi...sebab bibir kuih aku ni nak tak nak je jadi nye...

Alahai hitam nye....

so ini lah first time nak buat...terima kasih pada hasue kerana sudi berkongsi resepi...tapi aku ni pun satu...dah la tak penah buat...ehhhh pandai pandai plak menderhaka ngan hasue....

Resepi hasue menggunakan gula melaka...tapi dek kerana aku ni derhaka...maka aku guna gula merah...ambik kau hitam kuih nye...hehehehe...tu la dah malam baru nak bancuh...cari punya cari gula melaka...tak ada pulak...nak tak nak tu yang aku guna gula merah...kuih ni perlu lah di perap semalaman untuk mendapatkan hasil yang cantik...tapi sebab ini first time aku buat...tak la berapa nak cantik..lain kali nak buat lagi... kali ni nak guna gula melaka...aku buat separuh dari resepi yang hasue bagi...tu pun dapat banyak...


Moh Masak Kuih Penyaram aka Kuih Topi

ini resepi yang telah di separuhkan....

250 gm Tepung gandum
50 gm Tepung beras
325 ml Air (100 ml air panas, 225 air biasa)
1/4 sk Garam
250 gm Gula melaka/ gula apong - aku guna gula merah
minyak masak

Mula mula campurkan tepung gandum dan tepung beras.

Bancuh gula bersama air panas. Aku masak 100 ml air bersama gula sehingga larut kemudian masukkan air biasa. Tapis air gula kedalam tepung.

 Kacau adunan menggunakan whisk sehingga semuanya sebati. masukkan garam. tapis adunan dan simpan semalaman.

Esok nye baru lah digoreng dengan minyak yang sedikit menggunakan kuali. gunakan api yang sederhana, tuangkan adunan kedalam kuali. biarkan ianya masak dari tepi ketengah baru lah di terbalikkan.  kuih ini di goreng satu per satu.

apa lagi...try la buat...rasanya sedap!

Orang kata kalau dalam nya berongga macam ni...maknanya jadi...hehehehe



1 comment:

  1. hahaha.. terbaekk la kaler kuih ni.. kekeke.. ^_*

    ReplyDelete