Pages

Thursday, April 12, 2012

KeK KaraMeLL


Hehehehehehe... pandai pandai je kan tukar ejaan nama kek ni... nasib la aku ni  tak tulih kek karaMeLL merah... hahahaha...

Resepi di ambil dari lovely kitchen...memang sedap makan kek ni...lembut dan lembab...x muak bila makan banyak pun...ni pun dah 3 kali buat...ni pun ada rasa nak buat lagi...hehehehehe

Resepi ni puding karamel  nye tebal..nnt len kali aku bagi resepi yang puding karamel nye nipis... kalau nak belajar step by step macam mana nak buat kek ni boleh la jengah ke dapur lovely kitchen k...

Untuk resepi ni aku guna loyang petak 9 inci..itu pun bila bakar kek nye naik melebihi loyang... tapi siket je la..

Moh Masak Kek Karamel


Bahan-bahan untuk Gula Hangus:
2 sudu besar gula

Masukkan gula di tengah loyang kek.Panaskan dengan api perlahan di atas dapur. Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang dan tidak perlu di kacau. Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang . Ketepikan dan sediakan pula adunan puding. Air gula akan mengeras, biarkan sahaja. Gula ini akan cair apabila di bakar bersama dengan adunan puding dan kek nanti.
Bahan-bahan untuk Puding
400 ml susu segar
3 bj kuning telur (Putih telur masukkan terus ke dalam mangkuk pengadun untuk meringue nanti)
2 biji telur
140 gram gula castor
1 sudu kecil esen vanila
  1. Asingkan 3 biji putih telur dan kuning telur. Masukkan 3 kuning telur di dalam mangkuk kecil dan 3 biji putih telur ke dalam mangkuk pengandun untuk bahan kek adunan 1 (meringue) nanti..
  2. Masukkan 2 biji telur ke dalam mangkuk telur kuning dan kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
  3. Kemudian satukan telur dan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk besar. Kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
  4. Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi.
  5. Semasa memasukkan bancuhan puding, gula hangus akan berbunyi seperti kaca pecah.
  6. Tidak perlu dibakar dahulu adunan ini.Ketepikan. Sediakan pula lapisan untuk kek bahan 1.
Bahan-bahan untuk Kek:

Adunan 1 (Meringue)

6 biji putih telur ( 3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur baru)
70 gram gula castor
1 sudu kecil cream of tartar
  1. Pukul putih telur sehingga berbuih.
  2. Masukkan gula castor dan cream of tar tar.
  3. Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku.
  4. Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah.
  5. Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh terus buat adunan 2 untuk kek.
Adunan 2:
3 bj kuning telur ( kuning telur dari bahan meringue tadi)
130 ml air
50 ml minyak masak
70 gram gula castor
140 gram tepung gandum
1 sudu teh baking powder
  1. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
  2. Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
  3. Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang
  4. Matikan mixer.
  5. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul sebati.
  6. Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2. Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata secara kaup balik.
  7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak.
  8. Warnakan dengan warna pilihan anda.
  9. Sudukan ke dalam loyang puding tadi. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding. Adunan akan bergerak kiri kanan...bila sudah separuh adunan dimasukkan baru stabil.
  10. Sudukan 3 sudu besar adunan purple, diikuti 3 sudu besar adunan biru di tengah adunan purple, 3 sudu besar adunan merah diletak tengah adunan biru.  (2 kali untuk 3 sudu setiap warna)
  11. Kemudian 2 sudu besar adunan purple, 2 sudu besar adunan biru diikuti 2 sudu besar adunan merah sebanyak 2 kali lagi.
  12. Diikuti dengan 1 sudu besar setiap warna sehingga adunan habis.
  13. Panaskan oven 160 degree. (panaskan sekali dgn tray oven yang ada air utk bain marie nanti)
  14. Bakar secara water bath atau bain marie selama 1 jam atau sehingga kek dan puding masak di rak paling bawah dalam oven.
  15. Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang.
  16. Terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri.
  17. Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah.
  18. Potong kek semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk.





Selamat Mencuba!


2 comments:

  1. nakkkkk rasa kek ni.. tp mls la lak nak wat.. Tiap kali bukak je blog ni mst tgk je resepi ni n nikmati gamba ni.. terasa meleleh je air liur membayangkan kesedapannye.. Wat order on9 xleh ke??? hehe.. :)

    ReplyDelete
  2. Cubalah buat...sedap sgt..klu nk order online nnt smpai kat awak hancur plak..hehehe

    ReplyDelete