Pages

Thursday, May 24, 2012

KeK PanDan LapIs Sri Kaya

Bersua lagi...kalau dah puasa tu...mula la semua benda nak makan...tetiba tekak ni rasa nak makan kek pandan..tu yang selongkar dapur orang cari resepi kek pandan...Jumpa la kat lovely kitchen.. thankz kerana sudi berkongsi resepi..






Lovely kitchen buat 2 lapis jer...aku buat 3 lapis...saja nak menghabiskan terus kaya tu...nnt kalau disimpan tak tau plak bilenye nak makan kaya tu...sudah nye terbuang jer nanti...


Kek nye memang lembut..rasa macam kek gulung...sedap...cuma sedikit ralat corak nye agak kasar... next time kalau buat lagi nak rapat rapat siket garis nye tu...baru cantik...resepi ni telah digandakan 2..kalau resepi asal siket sangat...hehehehehe...bila dah buat tu nak la bagi kat kawan2...tu yang saja buat lebih...


Moh Masak Kek Pandan Lapis Sri Kaya

Bahan A:
120g Butter, dicairkan
120g Gula kastor
120g Tepung gandum
400g Telur 
1 sk Ovallete
1 sk Serbuk Penaik
Sedikit Perisa pandan
Sedikit Pewarna hijau
Bahan B:

Seri Kaya Secukupnya
 
  1. Campurkan semua bahan-bahan A KECUALI butter cair ke dalam bekas.
  2. Pukul dengan kelajuan maksimum selama 8 minit sehingga adunan kembang dan berkrim.
  3. Masukkan butter cair dan kaup balikkan dengan spatula sehingga sebati dan rata.
  4. Ambil 1 sudu besar adunan dan tambahkan beberapa titik warna hijau, kacau rata. Masukkan ke dalam penjuru plastik. Ketepikan.
  5. Panaskan oven dengan suhu 170 degree.
  6. Lenser sedikit marjerin pada loyang 9 x 9 inci dan alas dengan kertas.
  7. Tuang semua adunan ke dalam loyang dan ratakan.
  8. Ambil adunan dalam plastik tadi, gunting sedikit hujung penjuru plastik.
  9. Paipkan secara bulatan bermula dari bahagian tengah adunan sehingga ke penuh permukaan adunan.
  10. Dengan menggunakan lidi tarik hujung lidi di atas adunan secara lembut dari bahagian tengah ke tepi loyang sebanyak 8 garisan (4 penjuru dan 4 di antara penjuru).
  11. Kemudian tarik pula hujung lidi diantara setiap bahagian lorek tadi dari hujung loyang ke bahagian tengah(berlawanan arah pula). Maka akan terhasil bentuk lorekan.

12. Sekiranya mengunakan loyang petak, buat garisan lurus memanjang. kemudian tarik secara berselang seli dari arah bertentangan.

13. Bakar dengan suhu 170 degree selama 45 minit.
14. Sejukkan dan belah tiga.Sapukan seri kaya, potong kecil untuk di hidangkan.





      6 comments:

      1. sedapp nye.. nak blaja wat jugak boleh x???

        ReplyDelete
      2. kek2 n mknn lain yg ada dlm blog ni mmg sume cik mellmerah yang buat ke? menyakinkan sy nak try ikut resepi ni semua..

        ReplyDelete
      3. Saya amik resepi dari blogger lain dan ada jugak resepi saya sendiri...tapi semua yg dalam blog ni saya dah buat.. Jadi insyaalah kalau betul kaedah dan cara membuatnye mesti jadi..

        ReplyDelete
      4. haha stuju2.. 1st testing ikut resepi dlm ni mmg mjadik..

        ReplyDelete