Pages

Monday, April 20, 2015

CucuR uDanG RanGuP

Assalammualaikum...

Mau kongsi resepi apa yaaa....

hehehehehehe...

semalam aku ada buat cucur udang. tekak ni tetibe je nak makan. kebetulan plak ada kuah kacang dalam peti ais. terus on projek bikin cucur udang. aku memang suka kalau makan cucur udang ngan kuah kacang..ngam!


resepi cucur udang ni memang aku sangat sangat puas hati, rangup dan sedap..rasa cucur udang sebenar..cheeewahhhh...

Moh kite nengok resepi cucur udang yang sedap ni..tak percaya? kena laaa cuba dulu..baru tau...

Moh Masak Cucur Udang Rangup


10 ekor Udang saiz sederhana, kupas kulit dan dipotong kecil
1 bj Bawang besar, dihiris nipis
1 genggam Taugeh
1 cekak Daun kucai, di potong panjang
1 bj Putih telur
2 sb Minyak masak
1 sb Cuka
1 sk serbuk perasa ayam
1-2 cawan Tepung, mengikut keperluan
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
Air secukupnya
minyak untuk menggoreng


1. Didalam mangkuk besar, masukkan udang, bawang, taugeh dan daun kucai. gaul gaulkan.
2. Masukkan putih telur, minyak masak, cuka, serbuk perasa, tepung, garam dan serbuk kunyit.
3. masukkan air sedikit demi sedikit sehingga semua adunan bercampur dan pekat. pastikan adunan tidak terlalu cair. kalau terlebih air boleh lah tambahkan tepung.



4. Panaskan minyak dengan api sederhana. boleh mula mengoreng cucur sekiranya minyak sudah panas.
5. Terpulang pada anda untuk membentuk cucur mengguna kan senduk atau hanya menuang adunan terus ke dalam minyak panas.
6. bagi yang ingin membentuk cucur didalam senduk, pastikan senduk dimasukkan kedalam minyak panas, dan pastikan senduk betul betul panas barulah letakkan adunan ke dalam senduk.
7. goreng sehingga garing dan bewarna keperangan.


Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment