Pages

Sunday, April 19, 2015

KaRiPaP PuSiNg

Assalammualaikum...

Hye...apa kabar hari ni...harap semua nya sehat.



Hari ni aku nak share wat karipap pusing. dah lama sebenarnya aku teringin nak buat. kebetulan pulak mak kepada cik ina gemarkan karipap pusing. so, memandangkan cik ina akan pulang ke kampung makanya aku pun buat lah karipap pusing frozen untuk mak nya.

Nak buat karipap pusing untuk pertama kali, nasihat aku jangan nak berlagak pandai. ikut nasihat resepi asal. pendek kata jangan derhaka. jangan jadi macam aku yang derhaka ni, alamatnya banyak la karipap pusing yang hancur berderai.

Dalam pembuatan karipap ini. adunan tidak boleh di uli terlalu nipis. tapi jangan lah pula terlalu tebal. sebab bila kite uli nipis sgt, adunan dalam akan terkeluar, ada dua kesusahan yang akan kite hadapi, pertama, kite susah nak kelim bahagian ujung karipap, dan yang keduanya karipap akan menjadi hancur. huhuhuhuhu....

Resepi asal di ambil dari blog kak nor. resepi nya memang cantik la. sedap dan menjadi.  cuba jangan tak cuba.

Moh Masak Karipap Pusing

BAHAN DOH A 
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar veg shortening
  • 2 sudu besar marjerin

CARA-CARA
  1. Satukan semua bahan doh A. Gaul hingga sebati dan boleh di kepal atau dibulatkan. Bahagikan kepada 4 bahagian dan bentuk lah menjadi bulat dan ketepikan. 

BAHAN DOH B 
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan minyak jagung
  • 1 sudu kecil garam atau secukup rasa
  • 1/2 cawan air anggaran (boleh tambah air sedikit lagi jika adunan keras.)

CARA-CARA
  1. Untuk doh B panaskan minyak, dan tuang dalam kedalam mangkok yang berisi tepung, buat satu kawasan lekuk ditengah tepung untuk menuangkan minyak panas tu. 
  2. Gaul rata dengan senduk atau sudu ( AWAS MINYAK PANAS!!) sehingga menjadi serbuk roti. 
  3. Bancuhkan bersama air dan tuangkan sedikit demi sedikit kedalam tepung sambil menguli. Uli hingga sebati dan agak tak melekat di tangan. 
  4. Doh di bahagi 4 dan dibulatkan. 
  5. Doh atas tu doh B yang bawah Doh A

CARA MEMBUAT NYA 
  1. Gelekan 1 bahagian doh B dan masukan 1 bahagian dari doh A . Bungkus menjadi bulat dan ketepikan. Ulangi untuk doh2 seterusnya.



  1. Doh yang telah disatukan tadi di gelek sederhana tidak tebal dan tidak nipis. Kemudian gulung. 



2.  Gelekan lagi sekali doh yang telah digulung tadi. gelek kan memanjang pula. Sama macam tadi sederhana ketebalannya dan digulung lagi. Ulangi untuk doh seterusnya, selepas proses ini rehatkan doh sebentar lebihkurang 15 minit agar mesra dan lembut.




Jangan buat macam ni! ini kalau gelek terlalu nipis. doh akan pecah. susah nak letak inti dan susah nak goreng nanti. Jangan derhaka okeh!


3. Ambil doh dan potong kepada 6 bahagian. 


4. Gelekan sedang2 saja jangan terlalu nipis atau terlalu tebal, sedang2 saja. Masukan inti, lipat dan klim lah cantik cantik.



5. Untuk menggoreng karipap ni, panaskan minyak biar betul-betul panas dengan api yang sedang2 tapi jangan terlalu kecil sangat takut karipap ni menyerap minyak. goreng hingga keperangan. 



BAHAN INTI
  • 8 biji ubi kentang dikupas dan dipotong dadu kecil
  • 1 dada ayam atau daging di potong kecil
  • 6 sudu besar rempah kari daging, jadikan pes
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 2 labu bawang besar dipotong dadu
  • 1 tangkai daun kari
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 ulas bawang putih, ditumbuk.
  • Beberapa tangkai dan sup, dipotong halus

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bwang putih.  masukkan bawang besar yang dipotong dadu dan daun kari sehingga layu.
  2. Kemudian masukkan pes rempah kari dan cili kisar. Goreng hingga rempah pecah minyak.
  3. Masukkan isi ayam atau daging, kacaukan biar sebati dan tunggu sehingga ayam atau daging betul2 masak.
  4. Masukkan ubi kentang dan kacau biar sebati dengan rempah
  5. Sesuaikan rasa dengan garam dan sedikit gula dan masak sehingga betul2 kering dan tutup api.
  6. Masukkan dan gaul rata daun sup.

Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment