Wednesday, January 9, 2013

PuFF PasTrY

Salam ceria, salam 1 Malaysia....

Cewahhhhh patriotik sangat kan?...eh mestilah kite kan warganegara malaysia...siapa yang tak cintakan Malaysia?...semua warganegara Malaysia pasti cintakan negara ini..negara yang aman tenteram serta banyak kemudahan yang selesa di sediakan. tapi biasalah kan dalam setandan pisang tu bukan semua pisang nya elok. Masih ada lagi kekurangan yang dapat kite lihat namun begitu biar lah seteruk mana atau seburuk mana negara kita, kita harus ingat ini lah negara tempat tumpahnya darah kita.

 Aku ni bukan selalu ke luar negara, tempat yang aku pernah pergi ialah Hong Kong, Singapore dan baru baru ni Vietnam, bila ke luar negara aku pasti tak sabar nak balik Malaysia. Bila sudah balik ke Malaysia, aku pasti akan lebih menghargai negara ini. Banyak kebaikan yang pasti teserlah bila kite cuba bandingkan negara kita dengan negara luar (maksud aku tempat tempat yang aku pernah pergi). betul lah kata pepatah, 'hujan emas dinegara orang, hujan batu di negara sendiri', lebih baik hujan batu. Satu kelegaan apabila menjejak kan kaki di bumi Malaysia. Pelikkan...tu la nak sangat konon konon nya pergi melancong, tapi selak nak balik Malaysia...hahahahahaha..itu aku la tu.

Biarpun sebesar ini hujan batu nya...Malaysia tetap di hati ku...
Lagi satu perangai aku bila ke luar negara ni, ngada ngada siket. kalau dok kat sini tak der nye plak nak minum teh tarik tapi hari tu masa pergi Hong Kong ehhh tekak ni tergedik gedik nak teh tarik...amik kau rm20 melayang...tak der la sedap mana pun...haissshhhhhh..ikut hati mati ikut rasa binasa...jangan ikut perangai macam tu...bukan nya dok 10 tahun...dok 10 hari je kot....
Ok la...bercerita panjang plak aku ni...hari ni aku nak share resepi buat puff pastry. sekarang ni orang tak buat dah puff pastry. beli yang ready made jer senang. tapi kebetulannya aku baru buat semalam so aku nak share la ngan kamu semua, mana la tau yang ready made out of stock..at least boleh la buat sendiri. Dalam resepi ni aku menggunakan pastry margarine. pastry margarine ni tak mudah cair sebab tu sesuai sangat nak buat puff pastry. kalau nak guna mentega bagi menggantikan pastry margarine pun boleh cuma doh perlu direhatkan lama untuk mengelakkan mentega cair.  Ini gambar pastry margarine yang aku guna.



hah tunggu apa lagi...
Moh Masak Puff Pastry

500 gm Tepung gandum
60 gm Mentega - dicairkan
8 gm Garam
282 gm Air
150 gm Pastry margerine

  1. Campurkan tepung dan garam. tuangkan tepung diatas meja dan lubangkan di tengah seperti gunung berapi.
  2. Campurkan mentega cair bersama air kemudian di tuang sedikit demi sedikit di tengah tengah tepung.
  3. Uli adunan hingga menjadi doh. rehatkan doh di dalam peti sejuk selama 15 minit sebelum meletakkan pastry margarine.
  4.  
  1. Canaikan pastry margarine menjadi nipis dan panjang.
  2. selepas doh telah direhatkan selama 15 minit atau lebih, keluarkan dan canaikan doh memanjang dan nipis.
  3. Pastikan pastry margarine berada 2/3 daripada panjang doh.
  4. Letakkan pastry margarine ke atas doh dan lipat doh.
  5. Lipat dahulu bahagian doh yang tiada pastry margarine dan diikuti sebelah lagi. (sila rujuk gambar untuk lebih faham)
  6. Kemudian dalam keadaan memanjang (setelah di lipat), canai doh lagi sekali.
  7. Lipat single fold kemudian rehatkan doh selama 30 minit.
 Terdapat  dua cara untuk melipat doh iaitu single fold dan booklet fold. aku menggunakan kedua dua cara secara berselang seli sehingga 6 kali lipatan. dan setiap kali lipatan doh mestilah direhatkan selama 30 minit.

Single fold



Booklet fold
Pastikan doh dibersihkan daripada tepung semasa melipat untuk memastikan puff pastry yang dibakar menjadi tinggi dan banyak lapisan. Untuk kali terakhir rehatkan doh selama 30 minit sebelum di gunakan untuk di buat produk.

Selamat mencuba!

5 comments:

  1. Mana nk cari majerin pastry nie ek...

    ReplyDelete
  2. pastry margarine ni mcm mne cara simpan dia ye, boleh ke simpan dlm suhu bilik.?

    ReplyDelete
  3. boleh simpan di suhu bilik atau simpan dalam peti sejuk pn tiada masalah.Cuma nanti kena tunggu lembut baru boleh guna untuk canai bersama doh.

    ReplyDelete