Sunday, March 18, 2012

BaKed ChicKen SanDwich

Sudah 2 hari x update blog...mana taknye...line broadband ni meragam plak kat rumah...langsung x nak connect...

Berhujung minggu di rumah membuat kan aku malas nak kemana mana...relaks saje di rumah...2 3 hari ni pulak cuaca sangat panas...kalau keluar nnt cair pulak..hehehehehe...so pagi nye dh prepare nak buat sandwich bakar yang resepi nye di ambil dari dapur madihaa..mintak izin share kat sini pulak yea...

Sandwich ni menarik...dan rasanya sangat sedap...terutama kalau dimakan ketika panas dan roti nye masih rangup..yummy...

Moh Masak Baked Chicken Sandwich

Kulit/ casing :

Roti gardenia secukupnya - aku guna wholemeal

Inti:

1 biji Bawang besar
2 ulas Bawang putih
1/2 ct Serbuk lada hitam
1 sb Sos tiram
300 gm isi ayam - dipotong dadu kecil
5 biji Cendawan butang - dipotong halus
1 biji Telur
Garam
gula
Minyak Masak - untuk menumis
Mozarella cheese
Cheddar cheese


Gelek roti hingga nipis, buangkan bahagian tepi (kulit) dan masukkan dalam acuan..bakar selama 8 minit atau sehingga roti garing.

Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang besar sehingga naik bau. masukkan isi ayam, sos tiram dan serbuk lada hitam.

Masukkan cendawan dan telur. kacau sehingga semuanya sebati dan masak. Perisakan dengan garam dan gula. 

Masukkan sedikit tepung jagung untuk memekatkan inti dan mengelakan inti dari berair. Masak sehingga kering.

cara menyediakan sandwich ini:




Masukkan inti ke dalam casing yang telah dibakar, kemudian taburkan cheese. bakar sehingga cheese cair. Sedia untuk di hidang.


Sandwich yang kat bawah ni aku sediakan untuk kawan yang kena pergi keje waktu hari cuti...konon2 nye nak bekalkan lah...tapi x sempat pun...habis suda kat umah...tak sempat sempat dh nak makan sebab bau nye pun dah buat orang terliur...



4 comments:

  1. breakfast tadi pun makan sandwich =)

    ReplyDelete
  2. 1st sy tgh org jadikan roti ni sbgi casing nye.. btw, great idea.. i loike.. XD

    ReplyDelete