Tuesday, April 30, 2013

RoTi Lapis DaginG

Roti lapis daging ni aku buat pada mulanya atas permintaan cik ina..nak diberi kepada seorang rakan yang mengadakan jamuan perpisahan. Start dari itu aku telah terima banyak tempahan roti lapis daging ni. Rasanye memang sedap. memandangkan aku menggunakan daging berger ( satu dungun cari minced meat tak ada) so rasa nya memang macam berger tapi lebih sedap. so aku tak pernah lagi cuba menggunakan minced meat, memang setiap kali aku buat aku guna daging berger ramly jer. nanti korang leh lah cuba guna minced meat tu.
Resepi asal boleh dapat dalam 2 bekas, aku kecilkan resepi untuk loyang 8 inchi. Terima kasih kepada penyumbang resepi. Maaf lah aku lupa amik resepi ni kat mana, bukan tidak menghargai tapi itulah kelemahan diri aku..lupa nak tulih..
Moh Masak Roti Lapis Daging


1/2 bungkus Roti - dipotong 4
Keju
Bahan inti:
350 gm Daging berger, dihancurkan
1 bj Bawang besar, dadu
2 ulas Bawang putih, cincang
1 sb Rempah kari, jadikan pes
Garam
Minyak
1. Tumis bawang putih sehingga kekuningan. masukkan bawang besar dan msak sehingga layu.
2. Masukkan rempah kari dan masak lagi.
3. Kemudian masukkan daging berger, masak sehingga daging masak. perasakan garam.
4. Apabila siap, letakkan inti ke dalam penapis untuk toskan minyak.
Bahan bancuhan telur:
50 gm Mentega, cair
4 bj Telur
lada sulah
garam
300 ml Susu segar
1. Pukul telur, kemudian masukkan susu. perasakan garam dan lada sulah.
2. kemudian masukkan mentega cair.
bahan taburan:
Cili merah
Daun bawang
Daun sup
1. Semua bahan taburan hendaklah dihiris.
Cara -cara membuat:
1. Rendamkan roti kedalam bancuhan telur. jangan terlalu lama. kemudian susun roti didalam loyang. buat satu lapisan sahaja.
2. Kemudian, letakkan inti daging dan parutan keju.
3. Ulang proses 1 tadi. letakkan lapisan roti yang kedua. kemudian letakkan inti daging dan keju.
4. Akhir sekali tuangkan lebihan bancuhan telur dan taburkan bahan taburan.
5. Bakar pada suhu 170 C selama 30 minit atau sehingga masak.

No comments:

Post a Comment