Tuesday, October 23, 2012

FrUiT FLan


Assalammualaikum....bertemu kembali setelah sekian lama bercuti dalam berbloging. lagi satu bermasalah sikit ngan mozilla...eiiiiii rasa macam nak hempuk hempuk lappy ni...kenapa ntah tak boleh sign in...haishhhhh tak tau la sampai bila masalah ni nak settle...lagi satu baru balik bercuti...tu yang cuti jugak berbloging...heehehehehehehe....
Untuk cerita aku bercuti tu...nanti akan aku kongsikan...so now aku nak share ngan kamu semua resepi fruit flan.  untuk membuat fruit flan ni kite kena wat dulu dia nya pie crust...pie crust kena bakar sehingga masak then baru letak segala isi perutnye...hehehehehe
Moh Masak Fruit Flan
Pie crust:
250 gm Tepung
125 gm Mentega
65 gm Air (sejuk)
5 gm Gula
5 gm Garam
Krim Pastri:
50 gm Gula kaster
1 bj Telur
1 sk Esen vanilla
25 gm Tepung Kastard
250 ml Susu segar
Topping:
Kiwi
Strawberry
Peach dalam tin
  1. Untuk membuat pie crust. campur mentega dan tepung sehingga menjadi seperti serbuk roti. kemudian masukkan garam dan gula. Campurkan air sejuk dan gaul hingga menjadi doh.
  2. Rehatkan 10 minit sebelum di gunakan. setelah 10 minit ambil doh tersebut dan gelek sehingga nipis. Masukkan ke dalam tin pembakar untuk pie. (bulat dan nipis). tekan dengan garfu sebelum dibakar. Bakar pada suhu 180 selama 25 minit.
  3. Untuk membuat krim pastri. campurkan semua bahan dan kacau dengan menggunakan whisk sehingga rata. masukkan dalam periuk, diatas api sederhana, kacau krim tersebut sehingga kental. alihkan dari api.
  4. Setelah Pie crust masak, paip kan krim pastry didalam pie crust. kemudian boleh susun buah mengikut citarasa. apabila sudah siap, boleh lah sapukan bahagian atas dengan mengguna syrup dari peach dalam tin atau pun air gula.






Selamat mencuba!



Wednesday, October 10, 2012

SuP LoBaK MeRah

Assalammualaikum...hai bersua lagi...amacam hari ni...sehat? alhamdulillah aku juga dalam keadaan sehat dan bahagia...hehehehehe...hari ni aku nak kongsikan bersama resepi sup lobak merah. sup lobak merah ni sama juga dengan resepi sup brokoli bersama keju yang aku pernah paparkan disini...dan resepi nye pun sama...cuma untuk kali ini aku tidak meletakkan keju...



Sup lobak merah ni memang sedap...lagi sedap cecah dengan roti kan...ala ala orang putih gitu yerk? chewah...hehehehe...sekali sekala kite tukar tukar selera kan....apa salahnya...



Moh Masak Sup Lobak Merah


  

Resepi untuk 4 orang
500 gm Lobak merah - di potong kecil
50 gm Bawang besar- potong dadu
100 ml Susu segar
4 sb Mentega
1 lt Stok ayam - aku campur 1 lt air dengan 20 gm Serbuk pati ayam
2 sb Tepung gandum
  1. Panaskan mentega dan tumis bawang besar yang telah di dadu.
  2. Apabila bawang telah layu masukkan lobak merah. kacau sebentar. kemudian masukkan tepung. kacau sehingga rata.
  3. Masukkan stok ayam dan reneh sehingga lobak merah  lembut.
  4. Apabila lobak merah telah lembut, padamkan api.
  5. Kisar sup sehingga benar benar hancur. tuang kembali kedalam periuk.
  6. Panaskan sup semula, masukkan susu segar. perasakan garam. ( tapi kalau dah gunakan stok ayam yang serbuk tu tak perlu tambah garam..kerana rasanya memang dah ok)
  7. Siap untuk dihidang.
 
Selamat mencuba!

DaUn BaWanG saYa

Ini pokok bawang aku, aku tanam dalam pasu jer....mudah sangat nak tanam...dan juga ianya tidak perlukan penjagaan rapi. Pokok bawang ni adalah dari bawang merah, potong bahagian atas bawang sebelum di tanam bagi memudahkan pokok nye tumbuh nanti. tak rugipun tanam daun bawang ni sebab kite nak gunakan dalam masakan pun tak banyak kan, macam aku kadang kadang nak guna setangkai jer tapi terpaksa juga beli kemudian yang selebihnya rosak macam tu jer. jadi aku mengambil langkah untuk menanam saja. jimat!

 Moh Tanam Pokok Daun Bawang


Tanah organik
beberapa biji bawang merah
baja organik
racun organik

Monday, October 8, 2012

BinGka LaBu beRJaGunG

x
x
Hari tu teringin nak makan kuih manis...gi la selongkar dapur orang kan...cari resepi yang berkenan di hati...merayap-rayap akhirnya jumpa jugak di dapur kak ct delima...kuih bingka labu berjagung...kak ct plak ambil resepi ni dari che mat gebu..jadiknya CMG dan kak ct minta izin share kat sini pula yea...terima kasih...



Resepi kuih ni memang sangat elok...tidak terlalu manis dan tekstur nya lembut...kombinasi antara labu dan jagung juga menjadikan kuih bingka ni sedap dan menarik...x rugi langsung kalau nak mencuba resepi ni...

Moh Masak Bingka Labu Berjagung


380 gm labu, dikukus dan dilecek
500 ml Santan
4 bj Telur gred b
200 gm Tepung gandum
150 gm Gula kastor
1 sk Esen vanilla
1/2 sk Garam
3 sb Krim jagung
bijan

Campur santan, telur, tepung, garam dan gula. kacau hingga sebati. kemudian tapis adunan.
Dalam adunan yang ditapis, masukkan labu, esen vanilla, dan krim jagung.
Tuang adunan kedalam loyang 8x8 yang telah di oles dengan minyak. aku pula gunakan aluminium foil yang dialas dalam loyang supaya senang untuk dikeluarkan nanti.
Tabur bijan diatas adunan dan bakar pada suhu 180 c selama 45 minit atau sehingga bahagian atas sedikit berkerak.
Apabila kuih telah masak, biarkan ianya sejuk seketika supaya mudah dikeluarkan dan dipotong.

Selamat mencuba!

Sunday, October 7, 2012

MuRtaBak MeGi

ini murtabak megi...pelikkan sekarang ni..kreatif betul orang orang yang mencipta resepi...sampaikan megi pun boleh di jadikan murtabak...hari tu aku ada terbaca promotion satu kedai ni...dia tulis ada murtabak megi...so aku pun macam tertarik...balik rumah terus google..ooooo mudah saja nak buat...jadi aku pun bereksperimen la buat mertabak ni..ermmm jadik dan agak sedap juga...



Murtabak megi ni boleh dijadikan sarapan pagi atau minum petang...sesuai saja...bagi yang suka mencuba sesuatu yang baru atau mengubah sesuatu resepi...korang juga boleh membuatnya pada murtabak megi...sebab nye korang leh tambah apa apa bahan pun yang korang suka...x de masalah...nak kurangkan pun boleh...tapi bahan wajib mesti ada...megi n telur...kalau x de ni...x jadi la murtabaknya nanti...hehehehehe


Moh Masak Murtabak Megi


1 pkt Megi... x kesah apa jenama pun tapi peisa kari
2 bj Telur
1/2 biji Bawang besar
2 bj Cili padi - dihiris
1/4 bj Lobak merah, di parut kasar
1 tgkai daun bawang - dihiris
4 ekor Udang - dipotong kecil
20 gm Isi ayam - di potong dadu
20 gm Keju Cheddar - diparut kasar
20 gm keju Mozarella - diparut kasar
  1. Rebus megi sehingga masak.
  2. Campur megi tadi bersama telur, rempah kari megi, bawang, cili padi, lobak merah, daun bawang, udang, isi ayam dan keju cheddar.
  3. Gaul semua sehingga sebati.
  4. Panaskan kuali kemudian tuang semua megi kedalam kuali. pastikan bahagian sebelah sudah garing kemudian terbalikkan. masak lagi sebelah.
  5. bila dua dua bahagian sudah garing, angkat dan taburkan keju mozarella.
  6. Potong petak untuk dihidangkan. sedap dihidang bersama cili sos.
P/s: pastikan api perlahan supaya ayam dan udang masak. kalau risau tak cukup masak, boleh juga goreng dahulu ayam dan udang dengan sedikit minyak kemudian barulah dicampurkan kedalam megi.
Selamat Mencuba!