Tuesday, November 27, 2012

LyChee aNd PiNeAppLe CoLd

Assalammualaikum...



Baru baru ni aku ada buat hidangan pengantin...biasa biasa jer...tak der la meletup kebaboom...ye la aku ni bukan reti sangat benda benda macam ni kan...tolong je buat...jiran aku mintak tolong kat mak aku...mak aku pulak tetiba demam...apa lagi bidan terjun ni pun terjunlah untuk menyelamatkan keadaan...hehehehehe...
 
Menu nye ialah Udang panjat, ikan siakap tiga rasa, chicken boxing (yang ni kakak aku buat), dan lychee and pineapple cold sebagai pencuci mulut. jadi makanya hari ini aku nak kongsi resepi lychee and pineapple cold dengan korang sume...resepi di ambil dari kak ita masam manis...aku mintak izin share kat sini pulak yea kak...terima kasih....

Moh Masak Lychee and Pineapple Cold

 
 
Puding lychee

10 gm agar-agar serbuk
4 cawan air
1cawan cawan gula
1 tin susu cair
1 tin laici dlm tin dimesin bersama ainya

Masakkan air, agar2 dan gula hingga mendidih dan gula larut.
Tutup api dan masukkan susu dan buah lychee yg telah dikisar bersama airnya tadi.
Kacau rata.
Tuangkan ke dalam 1/2 acuan atau mangkuk kaca kecil

Puding nenas

10 gm serbuk agar-agar
4 cawan air
1 tin buah nenas ( ambil 6 keping di kisar bersama airnya yg selebih simpan utk hiasan )
1 tin susu cair
1 1/2 cwn gula halus
1 cwn tepung kastard
beberapa biji ceri merah utk hiasan

Masak agar2 dan gula bersama air hingga didih dan gula larut.
Masukkan air buah nenas dan nenas yg telah dikisar tadi.
bancuhkan tepung kastard dan susu cair.
Kemudian tapis dan tuangkan kedalam adunan puding tadi.
Kacau adunan sehingga hampir pekat.
Apabila telah masak tuangkan keatas lapisan puding lychee tadi secara perlahan2.
Hiaskan atasnya dengan nenas dan buah ceri tadi.
Biarkan sejuk.

Sos Kastard

1 tin susu cair
2 gelas air
5 sudu besar gula pasir
secubit garam
1 sudu besar tepung kastard
fruit coktail - untuk hiasan

Masak susu, air dan gula dgn api yg perlahan sampai didih. Bancuh tepung kastard dengan sedikit air dan tuangkan dalam adunan kuah. Tambahkan secubit garam.
Biarkan kuah mendidih.
Biarkan sejuk masukkan dlm peti ais supaya sedap di makan bila sejuk.
Untuk menghidang masukkan kuah dlm mangkuk besar. Letakkan ais dan fruit coktail dan letakkan puding kegemaran tadi dan siap utk di hidangkan.

Selamat mencuba!

Sunday, November 25, 2012

ToRtiLLa WraP

Hye...bertemu lagi...hari ni nak kongsi resepi tortilla...tortilla ni aku wat sendiri... lebih jimat dan lebih lembut...hehehehehehe...bukan susah pun...ni menu yang tak payah nak pening pening kepala...dok pikir sehari sentuk apa nak wat minum pagi la...nak wat minum petang la kan... amik jer resepi ni...gerenti sodap! budak budak mesti suka...jangan kata budak budak...mak budak pun suka....kihkihkih
 
 


Moh Masak Tortilla Wrap
 
Tortilla
 
1 cwn Tepung gandum
2/4 cwn Air panas
1/4 cwn Air biasa
1 sb Minyak
secubit garam
 
 
Campurkan garam ke dalam tepung. Masukkan air panas kedalam tepung. gaul menggunakan sudu sehingga sebati. kemudian masukkan air sejuk dan minyak. dengan menggunakan tangan uli doh sehingga sebati dan lembut. kalau doh terlembik boleh tambah kan tepung. kalau terkeras pula tambahkan jer air.
 
 
Rehat kan doh selama 30 minit. bahagikan doh kepada beberapa bebola. kemudian canaikan sehingga nipis. Goreng tanpa minyak.
 
 
 
Inti untuk satu tortilla
 
 
 
Sos cili
Mayonis
1 biji Telur - digoreng dadar bersama bawang
1 kpg Cheddar cheese
1 btg Sausage
Mozarella cheese - diparut
 
 
 

Sapukan cili sos dan mayonis diatas tortilla.
Letakkan telur dadar. diikuti dengan kepingan cheddar cheese.
Kemudian letakkan sausage.
Gulung kemas kemas. letakkan tortilla diatas dulang pembakar dan taburkan mozarella cheese. 
Bakar pada suhu 170 c sehingga cheese cair dan keperangan.
 
 
 
Selamat Mencuba!

Friday, November 23, 2012

BiHuN CanToNesE sTyLe

x


Hari ni aku wat bihun cantonese style...ada jugak yang panggil mee kung fu..tapi aku tak sure sama ke tak sebenarnya kedua -dua mee tersebut...biasa nya mee ni orang guna yee mee..ada gak yang menggunakan mee kuning dan kuew teow...tapi hari ni aku nak guna bihun....
Bahan bahan dalam mee ni korang leh letak ikut suka...boleh letak udang dan sotong...aku x letak sebab aku tak boleh makan...nanti mula la tekak ni meragam...baik x yah cari penyakit...sayur nye jugak boleh pelbagai...dan aku tambah tauhu telur aka tauhu jepun...


Aku juga tambah minyak bijan dalam resepi ni...sebab aku suka rasanya dan ianya jugak menambahkan lagi kesedapan mee ni...yummy...

Moh Masak Bihun Cantonese Style



Resepi 1 orang makan

1 genggam bihun - direndam sehingga lembut
1sb Minyak masak

1 sk Minyak bijan
1 sb Sos tiram

Goreng dahulu bihun. panaskan minyak masak dan minyak bijan. kemudian masukkan bihun dan sos tiram. Apabila sos tiram sudah rata, angkat dan letakkan dalam pinggan.

2 sb Minyak masak
2 ulas Bawang putih- dicincang halus
50 gm Isi ayam - dipotong kecil
50 gm Daging - dihiris nipis
1 cwn Air
1/4 btg Lobak merah- dihiris
30 gm Bunga kobis- dipotong kecil
2 tangkai Sawi
1 bj Telur
2 sb Tepung jagung- dibancuh dengan sedikit air
1/2 sb Kicap cair
1 sb Sos tiram
garam

Mula -mula panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan, kemudian masukkan isi ayam dan daging.

Apabila isi ayam dan daging separuh masak, boleh lah masukkan air, sos tiram dan kicap cair. masukkan sayuran. 

Bila sayuran hampir lembut, masukkan telur dan tepung jagung. perasakan garam. bila kuah agak pekat boleh lah angkat dan dicurahkan ke atas bihun yang telah digoreng tadi.

Selamat mencuba!

Wednesday, November 21, 2012

KaCanG PooL

Hye...pernah makan kacang pool?sedap tau...tapi aku ni tak pernah makan yang real punya...dengar cerita kacang pool kat JB sedap...insyaallah kalau aku ke sana aku nak try kacang pool ni...rentetan dari menonton majalah 3 berkenaan gerai  kacang pool pak haji...aku ni sampai la terliur liur....nak ke JB tu ntah mana la zaman nya....jadik....al kesahnya masak le sendiri...itu yang tak tau sama ke idak dengan yang betul punya...tapi yang ini pun dah sodap....kacang pool ni ialah kacang parang...dok dalam tin..jenama yang aku jumpa kimball...tak tau la kalau ada brand lain yang mengeluarkan juga kacang pool... jangan salah paham antara kacang pool ni ngan kacang panggang dalam tin...berbeza ok...nak nengok rupanya macam mana? moh kite nengok mr.google punya gambor...


haaaa...itu la rupanya kacang pool ni...nanti g supermarket boleh la beli...senang je nak cari...kacang pool ni kite makan ngan roti bakar...so ianya sesuai nak buat minum pagi ataupun minum petang... ada juga hidangan sampingan nye iaitu telur mata kerbau, hirisan cili hijau dan juga hirisan bawang besar....upssss jangan lupa sepotong limau nipis....


Moh Masak Kacang Pool
2 tin Kacang Pool - 1 tin kisar dan 1 tin dibiarkan macam tu je
1 pkt Daging kisar
5 Ulas Bawang Putih - kisar
8 Biji Bawang Merah - kisar
1/2 sk Jintan Manis - Goreng tanpa minyak dan kisar
1/2 sk Jintan Putih- Goreng tanpa minyak dan kisar
1/2 sk Ketumbar- Goreng tanpa minyak dan kisar
1/2 inci Halia - kisar
1/2 cwn Air
Garam dan gula
Minyak
  1. Mula - mula panaskan minyak. kemudian tumis bahan kisar hingga naik bau.
  2. masukkan daging, dan goreng daging hingga masak.
  3. Masukkan kedua dua tin kacang pool. boleh juga kalau nak guna setin, tapi lagi sedap kalau kacang nye banyak...hehehehehehehe
  4. perasakan garam dan gula.
Apabila nak hidangkan kacang pool ni jangan lupa cili hijau, bawang besar, telur mata dan limau nipis yea...






Selamat mencuba!

Monday, November 19, 2012

RoTi nAAn daN SaMbaL saRdiN

Hai...hari ni nak share resepi roti naan...tapi roti naan ni aku makan ngan sambal sardin...sedap woooo....hehehehehe...tak mau kari...tukar selera sekali sekala kan...Resepi ni untuk 2 orang makan.. boleh dapat roti naan saiz sederhana 4 keping...dan sardin yang aku gunakan sardin ayam brand saiz paling kecik...


Moh Masak Roti Naan dan Sambal Sardin

Roti Naan

150 gm Tepung gandum
50 gm Tepung naik sendiri
1 sb Minyak zaiton - kalau nak guna minyak lain pun boleh
secubit garam
1 sk Gula
1/4 cwn Air
1/2 sk Yis segera
50 ml Plain yogurt - boleh juga menggunakan 50 ml susu segar+ 1 sk Jus limau nipis

  1. Mula - mula campurkan air, gula dan yis.
  2. Dalam bekas lain campurkan tepung gandum, tepung naik sendiri dan garam. kemudian boleh la masukkan air rendaman yis tadi. uli sehingga rata. Masukkan yogurt dan kemudian masukkan minyak. Uli sehingga menjadi doh.
  3. Rehat kan doh selama 1 jam atau doh naik sekali gand
  4. setelah doh kembang, tumbuk doh tadi untuk membuang udara di dalamnya. Bahagikan doh kepada 4 bebola. rehatkan sehingga doh kembang semula.
  5. Apabila bebola tadi sudah kembang semula, boleh lah canaikan leper. jangan lupa tabur tepung semasa mencanai untuk mengelakan ianya melekat.
  6. Bolehlah mengoreng tanpa mengunakan minyak.

Sambal sardin

2 sb Minyak masak
2 ulas Bawang putih - cincang halus
1 bj Bawang besar - dadu kecil
2 sb Cili kering kisar
1 tin sardin bersama sos - dihancurkan
garam
gula
sedikit air asam jawa


  1. Tumis bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan bawang besar.
  2. Apabila telah layu bolehlah masukkan cili kisar. masak sehingga garing.
  3. Masukkan sardin, kemudian air asam jawa dan perasakan garam, gula.
  4. Tadaaa! siap.
Selamat Mencuba!



Tuesday, November 6, 2012

BeRcuTi di CamEron HigHLanDs

Seperti yang dijanjikan hari tu...aku nak kongsi sket cerita masa aku g bercuti di cameron highlands...bukan tak pernah ke sana...cuma ini kali pertama pergi bersama suami dan bermalam di sana selama 2 malam... di sana aku stay di hotel equatorial...best...makan pun boleh tahan jugak sedap...pada hari kami sampai disana kami terus berjalan jalan di Bharat Tea House...pekena dulu teh tarik dan en.azam mencuba masala tea...ermmmm sedap! aku risau nak cuba kot kot nanti x sedap x nak minum plak kan...eh sekali cuba nak lagi...hehehehehehe...disitu jugak aku terus beli teh uncang perisa blueberry dan strawberry...selalunya aku beli starwberry and lemon...tapi kali ni nak cuba blueberry...rasa macam dah jatuh hati jer...kat rumah pun dah nak habis teh blueberry tu...asik buat yang itu jer...teh strawberry plak...kotak pun x dibuka lagi...


Selesai minum petang di bharat kami pun terus check-in di equatorial...tak keluar ke mana dah...berehat rehat jer dalam bilik dan malamnya hanya makan di coffeeshop equatorial... harga makanan boleh tahan tak terlalu mahal dan tak terlalu murah..tapi apa yang menarik terdapat complmentary food...ada soup dan juga fruit..menarikan! en.azam order Nasi goreng bumbu..harga rm30..aku pulak order sizzling mee harganya x berapa nak ingat...tapi rasanya rm22...dapat pulak sup cendawan bersama garlic bread sebagai pembuka selera...lepas makan main course dapat pulak fruit platter...memang sangat kenyang...


Esok nye berjalan jalan di pekan cameron highlands...selepas tu kami ke BOH Plantation yang lama... sebenarnya tak tau jalan...nak g ke BOH Plantation Sungai palas...salah g..tapi jalan jer...naik bukit tengok pemandangan...then terus ke strawberry park...kat sana ada plak orang teringin nak petik starwberry...tak pe la kite tunaikan je hajatnye kan...so g la petik strawberry...harga 1/2 kilo RM25... mahal sket tapi berbaloi dengan pengalaman pertama tu...disana juga kami menjamu selera dengan sundae strawberry dan strawberry cheesecake....aku tak lepaskan peluang makan eskrim kegemaran aku bila berada di cameron highlands...eskrim malaysia perisa strawberry...ada tempat yang jual rm1, ada rm 1.50 dan ada juga rm2...selama kat sana aku balun sampai 4 batang eskrim tu...suka nau!




Kemudian kami terus ke BOH Plantation sungai palas...akhirnya tercapai juga hasrat nak ke sana setelah sesat ke ladang lama..hehehehehe....disana permandangan sangat cantik...coffeeshop nye jugak moden dan selesa...bergambar sakan di sana dan terus gerak ke pasar tani...Beli buah tangan untuk dibawa pulang...sayur sayurnye gerammmmmm sangat nengok..segar segar dan murah... tak leh beli banyak banyak sangat walaupun murah...nanti membazir jer...sempat lagi tapau kuey teow goreng kat pasar tani bawak balik hotel...malam tak keluar ke mana pun...memang plan nak ke cameron highlands untuk berehat-rehat jer...bukan nak berjalan sangat...so dah memadailah tempat yang kami pergi...





Pagi esok breakfast di coffeshop equatorial dan terus check-out...singgah jap di pasar nengok nengok kalau ada apa apa lagi nak beli...hehehehehe...orang pompuan kan...macam gitu la..selagi tak abis duit di tangan...kihkihkih..then terus bertolak pulang...selamat tinggal cameron highlands....


  

iKan KeraPu Kukus

Cerita ikan lagi...hehehehehe...nak buat macam mana kan...itu jer pun yang asik di bawa balik ke rumah kalau en.azam ni bercuti...mentang lah rumah dekat ngan laut...memanjang nak ke laut jer dia...kali ni dia bawak balik pulak ikan kerapu...pasal dah kena warning awal awal tak mau ikan cencaru...memang dia dapat banyak ikan cencaru tetapi semua bagi kat orang jer...ikan kerapu ni dapat 3 ekor...seekor yang besar aku masak kukus...yang lagi dua ekor aku masak tiga rasa... rasa manis ikan memang terserlah...maklum la segar dari laut...tak mau simpan simpan...nanti hilang manisnya...habis dimasak semuanya...hahahahaha...puas nak habiskan...


Moh Masak Ikan Kerapu Kukus


1 ekor Ikan Kerapu, dibersihkan dan dibelah dua tidak putus
2 ulas Bawang putih, dihiris
1 bj Bawang besar, dihiris
1 inch Halia, dimayang
5 bj Cili api, di hiris
2 btg Serai, diketuk
1 biji Tomato, di buang biji dan dipotong memanjang
1/2 biji Limau nipis, diambil jusnya
1 sb Sos ikan
garam
1/8 cwn air
  1. Panaskan air dalam pengukus. Letakkan ikan didalam dulang yang telah disapu dengan sedikit minyak, gaulkan ikan dengan garam secukup rasa.
  2. Taburkan bawang putih, bawang besar, halia, cili api, serai, tomato di atas dan bawah ikan. Tuangkan air yang telah dicampur jus limau nipis dan sos ikan.
  3. Apabila air didalam pengukus sudah mendidih, boleh masukkan ikan dan kukus selama 25 minit.
  4. siap untuk dihidang


Selamat mencuba!

Sunday, November 4, 2012

iKan CeRmiN BaKar

Setelah berhari hari en.azam asik mancing ikan cencaru jer, aku ni pun dah naik muak..siap pesan kat dia kalau tak der ikan lain tak yah bawak balik...dah tak larat pulak aku ni hari hari mengadap ikan cencaru...tak tau nak masak apa..akhirnya dia bawak balik ikan cermin...yeay!yeay!
 

Apalagi aku pun tak lengah lagi terus kedapur siang siang ikan tu nak buat ikan bakar. ikan bakar ni mudah je...kite bakar ngan sambal. korang biasa tak jumpa perencah ikan bakar yang jual kat kedai tu. ermmmm aku pun x pernah beli...tapi kali ni nak cuba..sedap jugak...mungkin kena pilih perencah yang betul...aku pun tak ingat jenama apa...ish...tak pe lain kali aku update...
 
 
 
 
Moh Masak Ikan Cermin Bakar
 
 
 
1 ekor Ikan cermin
1 pkt Perencah ikan bakar (sambal)
segenggam daun kesum
 
Cara - caranya mudah saja, lumurkan ikan dengan perencah tersebut dan taburkan daun kesum. balut ikan dengan daun pisang dan pembungkus aluminium. bakar sehingga ikan masak.

Selamat mencuba!

Ikan SuMbaT BeLakanG

Selaku seorang isteri kepada nelayan...hehehehehehe...bertuahlah rasanya dapat makan ikan yang fresh dari laut...2 3 hari lepas en. Azam tu sebuk nak ke laut mencari rezeki katanya...ada lah bawa balik ikan cencaru, selar, tongkol dan kembung...memandangkan minggu ni sangat sebuk kerja kat opis...so dapur aku tak berapa nak berasap...asap dari air panas adalah...kih kih kih...so, bila en.azam bawa balik ikan yang sangat banyak kena lah bagi bagi kat orang memandangkan kite dua orang jer yang ada kat umah...apa plak nak dibuat dengan ikan yang banyak tu kan...aku plak apa pun tak der kat umah...sudahnye masak simple simple jer la...hari pertama dia bawa balik ikan...aku goreng jer, cicah ngan budu, cili kicap cuka dan berulamkan timun. dah masuk hari kedua bawak balik ikan yang sama juga...maka aku pun buat lah sumbat belakang...sedap hingga licin menjilat pinggan...hehehehehe...tapi yang ni sumbat ngan sambal pasal en.azam tu dia tak mau kelapa..
 
Ikan yang dipancing dilaut
 
Moh Masak Ikan Cencaru Sumbat Belakang
 
 
 
2 ekor Ikan cencaru belah belakang, dilumur garam dan kunyit
2 ulas bawang putih - ditumbuk
2 bj bawang besar- ditumbuk
1 btg serai- ditumbuk
1/2 inch halia - ditumbuk
1/2 cwn Cili kisar
sedikit air asam jawa
garam
gula
minyak masak
 
  1. Mula - mula panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk. apabila bahan tumbuk sudah naik bau boleh lah masukkan cili kisar.
  2. Goreng sehingga cili kisar garing. masukkan air asam jawa, perasakan gula dan garam.
  3. Sumbatkan sambal dibahagian belakang ikan kemudian goreng ikan dengan minyak sedikit untuk mengelakkan sambal dari terkeluar dan mengotorkan minyak.
  4. siap untuk dihidang.

selamat mencuba!