Thursday, August 15, 2013

KeK SpaN VaNiLLa

Assalammualaikum..

Hari ni aku nak share resepi buat kek span vanila. Kek span ni kalau kite buat boleh menghasilkan pelbagai kek kemudiannya. seperti blueberry cake, strawberry cake, peach dan bermacam macam lagi. Misal nye kite nak buat blueberry cake, kite potong je kek span vanila ni kepada tiga bahagian, pas tu kite letak krim then letak blueberry filling. lepas tu coated kek dengan krim. dah jadi blueberry cake. apa? tak faham... ok ok next time aku wat step by step macam mana dari kek span vanilla ni kite nak buat blueberry kek.

Resepi yang sama juga korang boleh ubah untuk perisa lain. contohnye coklat, pandan, kopi dan macam macam lagi. Resepi kek span ni memang lembut. resepi ni di ambil dari buku masakan roti, kek dan pastri oleh Puan Noraini sidek.  Minta izin share disini. 

Moh Masak Kek Span Vanilla

4 biji Telur
125 gm Gula kastor
125 gm Tepung
50 ml Air
13 gm Ovellete
1/2 sk Serbuk penaik
1 sk Vanilla essence
63 gm Margarine - dicairkan

1. Campurkan semua bahan kecuali margarine cair.

2. Pukul selama lebih kurang 8 minit pada kelajuan maksima sehingga kembang.


3. Dengan kelajuan paling perlahan atau boleh menggunakan tangan masukkan margarine cair sedikit demi sedikit sehingga semuanya sebati.

4. tuangkan kedalam loyang kek. loyang kek bersaiz 8 inci hendaklah di oles dengan margarine dan alas didasarnya dengan kertas.

5. Bakar kek pada suhu 175C selama 35 minit atau sehingga masak.


Selamat Mencuba!

1 comment: