Friday, November 23, 2012

BiHuN CanToNesE sTyLe

x


Hari ni aku wat bihun cantonese style...ada jugak yang panggil mee kung fu..tapi aku tak sure sama ke tak sebenarnya kedua -dua mee tersebut...biasa nya mee ni orang guna yee mee..ada gak yang menggunakan mee kuning dan kuew teow...tapi hari ni aku nak guna bihun....
Bahan bahan dalam mee ni korang leh letak ikut suka...boleh letak udang dan sotong...aku x letak sebab aku tak boleh makan...nanti mula la tekak ni meragam...baik x yah cari penyakit...sayur nye jugak boleh pelbagai...dan aku tambah tauhu telur aka tauhu jepun...


Aku juga tambah minyak bijan dalam resepi ni...sebab aku suka rasanya dan ianya jugak menambahkan lagi kesedapan mee ni...yummy...

Moh Masak Bihun Cantonese Style



Resepi 1 orang makan

1 genggam bihun - direndam sehingga lembut
1sb Minyak masak

1 sk Minyak bijan
1 sb Sos tiram

Goreng dahulu bihun. panaskan minyak masak dan minyak bijan. kemudian masukkan bihun dan sos tiram. Apabila sos tiram sudah rata, angkat dan letakkan dalam pinggan.

2 sb Minyak masak
2 ulas Bawang putih- dicincang halus
50 gm Isi ayam - dipotong kecil
50 gm Daging - dihiris nipis
1 cwn Air
1/4 btg Lobak merah- dihiris
30 gm Bunga kobis- dipotong kecil
2 tangkai Sawi
1 bj Telur
2 sb Tepung jagung- dibancuh dengan sedikit air
1/2 sb Kicap cair
1 sb Sos tiram
garam

Mula -mula panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan, kemudian masukkan isi ayam dan daging.

Apabila isi ayam dan daging separuh masak, boleh lah masukkan air, sos tiram dan kicap cair. masukkan sayuran. 

Bila sayuran hampir lembut, masukkan telur dan tepung jagung. perasakan garam. bila kuah agak pekat boleh lah angkat dan dicurahkan ke atas bihun yang telah digoreng tadi.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment