Sunday, January 6, 2013

KuPanG GoReNg CiLi aPi

Selamat bertemu kembali,



Hari ni aku nak share resepi kupang goreng cili api. sebenarnya ini menu minggu lepas. terlupa plak nak masukkan dalam blog. tengah nengok nengok gambar baru perasan ada yang tertinggal. Harga kupang dipasar dungun masa aku beli hari tu sekilo RM12. Mahal siket kalau nak dibandingkan di tempat lain tapi boleh lah disebabkan susah jugak nak dapat kupang disini. itu pun ada seorang peniaga jer yang menjual kupang. mana tah dia dapat kupang ni pun tak tau.selain daripada tu dia juga ada menjual mas cotek yang  setau aku itu ialah remis. aku punya pelik la sebab mas cotek ni nama tumbuhan. tapi kalu duduk kat dungun tak ada yang mustahil. apa apa pun boleh terjadi.

Aku tak beli mas cotek (remis) tu, sebab kecik sangat...leceh plak nak memakan nya..halus sangat. lagi kecik dari lala. Mintak izin dari blog alamsetia kerana amik gambar dari blog kamu. puas aku google nak cari gambar remis, nasib la jumpa di blog alamsetia. gambar remis yang lain tu banyak tapi tak sama yang dijual di pasar tempohari.


hah dah nengok macam mana rupa remis tu? kecik kan...jenuh nak makan. so baik aku beli kupang yang besar senang nak makan. Kupang ni aku telah bersihkan beberapa kali sebab aku nak masak sekali ngan kulitnya. bukan aku tak nak buang kulitnya tapi lagi menjimatkan masa buat macam ni. siapa nak makan buang la sendiri..hehehehe..jahatkan? nak bersihkan kupang ni senang saja, cuma bersihkan kulitnya dan pasti kan bulu atau rambut didalam kupang dicabut. Terima kasih buat telusuri Terengganu kerana sudi berkongsi gambar kupang.


Gambar remis pun dah nengok, kupang pun dah kenal. hah tunggu apalagi. moh lah masak.

Moh Masak Kupang Goreng Cili Api


 
1 kg Kupang, dibersihkan
15 biji cili api, ditumbuk- kurangkan kalau tak tahan pedas
1 biji Bawang besar - ditumbuk
3 ulas Bawang putih - ditumbuk
1 btg Serai - diketuk
20 gm Halia - diketuk
minyak
garam
air
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga garing
  2. Masukkan serai dan halia. Perasakan garam
  3. Masukkan kupang dan tambahkan air.
  4. Tutup kuali dengan penutup dan biarkan sehingga kupang masak.
  5. Apabila kupang sudah ternganga itu menunjukkan yang kupang sudah masak.
  6. Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment