Tuesday, June 5, 2012

Apam Beras


hye...

selamat pagi...

hari ni aku nak berkongsi resepi apam beras...apam ni aku buat sekali ngan pulut kuning hari tu untuk makan makan selepas tazkirah di tempat kerja hari tu...ramai yang makan kata sedap dan lembut... tapi aku tak buat banyak pun...satu resepi ni boleh dapat dalam 30 biji...ehhhh mungkin lebih siket kot...hehehehe lupa la pulak....aku guna acuan lompang...resepi di ambil dari dapur madihaa...mintak share pula disini....


Moh Masak Apam Beras


2 cwn Nasi
2 cwn Tepung gandum
2 cwn Tepung beras
1 cwn Gula perang
3/4 cwn Gula pasir
2 1/2 cwn Air
2 sk Yis kering
Kelapa parut yang dicampur garam - kukus sebentar
sedikit pewarna kegemaran

  1. Blend nasi dan air sehingga hancur. masukkan air sedikit demi sedikit. blend sampai betul betul hancur. setelah hancur campurkan gula perang dan gula pasir ke dalam blender. blend sehingga semuanya sebati.
  2. Didalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis. tuangkan bahan cecair ke dalam tepung dan kacau hingga sebati.
  3. perap selama 3 jam. Sekiranya ingin mewarnakan adunan...bolehla letak kan sedikit pewarna.
  4. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain untuk mengelakan air jatuh ke dalam apam. sapukan sedikit minyak ke dalam acuan. tuangkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 15 minit atau sehingga apam masak.
  5. hidang bersama kelapa parut yang telah dikukus.

yummy! cubalah.....





Monday, June 4, 2012

PuLut KuNinG & RenDanG AyaM


hye bersua sekali lagi...
Memandangkan aku ngah bz menyiapkan persiapan...ehem ehem...hehehehhe..so agak terlewat la untuk post new recepi...

actually pulut kuning dan rendang ayam ni adalah tempahan dari seorang rakan khamis lalu.. nak buat makan makan lepas tazkirah di tempat kerja...so aku ni pun dalam bz bz buatkan lah jugak...sebenarnya suruh jugak dia cari orang lain yang boleh masakan..tapi dah puas cari tak der jugak...jadi aku ni dengan sukarela nya...buatkan lah...kesian pulak...

Resepi yang aku bagi ni telah dikurangkan bersesuaian untuk makan dirumah...hari tu tempahan nye untuk 30 orang makan...so banyak la kan...jadi resepi yang aku bagi ni untuk 10 orang makan... kalau nak 5 orang makan boleh separuhkan jer...


Moh Masak Pulut Kuning dan Rendang Ayam


Pulut Kuning

1 kg Beras pulut
1 kpg Asam keping
2 sb Serbuk kunyit

Rendam pulut bersama asam keping dan serbuk kunyit semalaman

750 ml Santan
2 helai Daun pandan
Garam secukup rasa

Beras pulut di toskan airnya, buang asam keping. Jangan basuh beras nye nnt kurang pula warna kuning pulut.

Masukkan daun pandan dalam air rebusan untuk mengukus. apabila air sudah mendidih, kukus pulut selama 30 minit.

Kemudian masukkan pulut dalam bekas yang lain, arungkan (kacau) santan yang telah dicampur garam. kacau sehingga semuanya sebati.

masukkan semula Pulut ke dalam pengukus dan kukus selama 40 minit lagi.

Siap!


Rendang Ayam

1 ekor ayam dipotong 12
500 ml Santan pekat
500 ml Santan cair
2 btg Serai - diketuk
2 btg Serai
5 gm Lengkuas
5 gm Halia
150 gm Bawang besar
3 ulas bawang putih
25 gm Cili kering - dikisar
50 gm Kerisik

Kisar serai, lengkuas, halia, bawang besar, bawang putih sehingga halus. Masukkan dalam kuali.
Masukkan cili kering yang telah dikisar dan juga serai yang diketuk. Masukkan santan.
Masak sehingga pekat dan hampir kering. Kemudian masukkan ayam. masukkan kerisik. perisakan garam dan gula. masak sehingga ayam betul betul masak dan kuah pun kering. sentiasa kacau untuk mengelakkan rendang hangit.

Tadaa! siap untuk dihidang



Tips: guna sudip kayu apabila mengacau rendang kerana ianya boleh mengelakkan ayam dari hancur.