Monday, February 25, 2013

BLuEbeRRy CruMbLe CuPCakEs


Hari tu beli blueberry, tapi tiada perancangan nak wat apa. beli saja. kemudian 2 3 hari blueberry dok posing dalam peti ais. keciannnnnn sangat. hehehehehe. lantas merajinkan diri mencari resepi dan terus membuat nye dan dan tu jugak. resepi diambil dari Nasi Lemak Lover. Thankz coz sudi berkongsi resepi yang sedap ni. ye la kan biasanya kalau kite jumpa resepi crumble , hanya crumble. tapi resepi ni menggabungkan crumble dengan kek. so tekstur nye lembut embut rangup gitu!
Moh Masak Blueberry Crumble Cupcakes

Crumble
20 gm Mentega - sejuk
20 gm Gula Kastor
20 gm Tepung kek
10 gm Serbuk badam
Campurkan semua bahan sehingga sebati dan sejukkan didalam peti ais.
Cupcake
125 gm Mentega, suhu bilik
80 gm Gula kastor
2 bj Telur
1/2 tsp vanilla essence
100 gm Tepung naik sendiri
2 sb Susu segar
80 gm Blueberry, ditepungkan sedikit
sedikit blueberry untuk di taburkan di bahagian atas
  1. Panaskan oven pada suhu 180 c.
  2. Pukul mentega dan gula sehingga betul betul kembang.
  3. Masukkan telur satu persatu sehingga sebati.
  4. Masukkan tepung berselang seli dengan susu sehingga habis. gaulkan sehingga semuanya sebati.
  5. Masukkan blueberry.
  6. Sediakan papercup. sudukan adunan ke dalam papercup. taburkan blueberry dan crumble di atas.
  7. Bakar selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
Selamat mencuba!

AgaR- AgaR MiLo LaPis OrEo




Baru baru ni kakak ipar aku adakan BBQ kat umah nye. so aku pun merancang nak wat something yang menyejukkan tekak as a dessert. google punye google terjumpa la resepi yang nampaknye mengiurkan.  Resepi ni diambil dari blog hana's Family. Memang mendapat pujian serta menjadi kesukaan ramai apabila di bawa kesana. memang sedap sekali. aku buat agar agar ni dalam bekas bulat plastik kecil tu. senang nak dibawa dan senang jugak orang nak makan.  so resepi ni boleh dapat dalm 12- 13 bekas.
Moh Masak Agar Agar Milo Lapis Oreo
1 pkt Agar agar serbuk (10gm)
750 ml Air
160 gm Gula
1 tin Susu cair
3/4 cwn Milo
1 bungkus Biskut Oreo - di patah patahkan
  1. Masak agar agar bersama air sehingga larut. kemudian masukkan gula.
  2. Masukkan susu cair dan kacau sehingga sebati.
  3. Asingkan 2 cawan agar agar tadi kedalam periuk lain dan masukkan milo kedalamnya. kacau sehingga sebati.
  4. Ambil bancuhan milo dan letakkan ke dalam bekas acuan. manakala bakinya biarkan di atas api yang kecil untuk mengelakkan agar agar mengeras.
  5. Apabila adunan milo hampir mengeras, tuangkan pula adunan agar agar yang putih dan masukkan oreo yang telah dipatahkan tadi. apabila adunan hampir mengeras bolehlah tuangkan adunan milo pula. sejukkan dalam peti sejuk.
Selamat mencuba!

iKaN SiakAp GoRenG Tom YaM

Selamat hari isnin. selamat bekerja pada semua. jangan malas malas tau.

Hari ni aku nak share resepi ikan siakap goreng tom yam yang di inspirasikan oleh yatie dari blog sinar kehidupanku. baru baru ni en. azam g mancing lagi. bawak balik ikan siakap yang sangat besar. untuk resepi ni aku guna separuh saja ikan siakap nye. walaupun guna separuh, agak mengah jugak la 3 orang nak menghabiskan. aku jemput kawan aku cik ina datang makan sekali. bahagian kepalanya pulak aku goreng garam kunyit je for the next day. cuba cuba lah resepi ni. memang sedap.
 
 
 
Moh Masak Ikan Siakap Goreng Tom Yam
 
1 ekor Ikan siakap
1 biji Bawang besar - hiris bulat
4 biji Bawang merah - cincang halus
3 ulas Bawang putih - cincang halus
1/2 inci Halis - cincang halus
10 bj Cili api
2 btg Serai - dititik
1 bj Tomato - potong 6
1/2 btg Lobak merah - potong panjang
50 gm Kobis bunga
Daun ketumbar
Daun limau purut
1 pkt Tom yam pes
2 sb Jus limau nipis
3 sb Sos ikan
1 sk Tepung jagung
1 cwn Air
Minyak untuk menumis
 
  1. Lumur ikan dengan garam kemudian sapukan tepung jagung. goreng hingga masak dan garing.
  2. Mula - mula panaskan minyak dan tumis bahan cincang sehingga terbit bau.
  3. Kemudian masukkan serai dan cili padi. masukkan pes tomyam dan air.
  4. Masukkan bawang besar, lobak merah, kobis bunga, daun limau purut dan jus limau nipis.
  5. perasakan kuah tadi dengan garam dan sos ikan. Masukkan tomato dan pekatkan kuah dengan bancuhan tepung jagung. apabila kuah sudah pekat curahkan kuah tadi di atas ikan yang telah di goreng. taburkan daun ketumbar
  6. siap untuk dihidang.
Selamat mencuba!
 

Monday, February 18, 2013

PuDinG PiSaNg KaRameL MaRveLouS

Assalammualaikum...

Bersua lagi sekali setelah sekian lama MeLLMeRaH menyepi. Tak tau la nak kata macam mana. sebuk sungguh sehingga tak sempat nak menjengah ke blog. Cuti raya cina baru baru ni pun agak sebuk menerima tempahan kek karamel serta kunjungan mengejut mak serta kakak ke dungun. langkah kanan bagi mereka kerana En. Azam ada memancing udang galah. so apa lagi Masak Lomak Cili api la kan...sedap...namun sangat menyedihkan sebab tak sempat nak tangkap gambar untuk di kongsikan disini. insyaallah lain kali kot.

So, hari ni nak kongsi resepi puding pisang karamel. ini kes sebab dah tak tau nak buat apa ngan pisang yang ada kat umah tu. Aku beli pisang helang, tapi tau la kan pisang helang ni besar, aku dah buat cekodok pisang, dah buat pengat pisang, nak cuba resepi yang baru lantas aku pun buat puding pisang karamel. Resepi di ambil dari singgahsana kitchen. Terima kasih sudi kongsikan resepi yang marvelous ni. sedap puding ni dan teksturnye pun cantik. Bila puding ni dah siap simpan dulu dalam peti ais tau. makan sejuk2. haaaaaaa baru la terangkat!
Moh Masak Puding Pisang Karamel

Bahan A
120 gm Gula pasir
50 gm Air
Bahan B
400 gm Susu cair
400 gm Air
115 gm Gula Pasir
300 gm Pisang
25 gm Tepung kastard
30 gm Mentega
6 bj Telur
1 tsp Esen pisang
Secubit garam
  1. Mula mula panaskan pengukus.
  2. Kisar pisang, susu, air dan gula sehingga hancur. kemudian masukkan tepung kastard, mentega dan esen pisang. kisar lagi sehingga benar benar halus.
  3. untuk karamel nye pula. masakkan gula pasir sehingga cair dan bertukar e warna keperangan. kemudian masukkan air. kacau sehingga sebati.
  4. Tuangkan karamel tadi kedalam loyang bulat berukuran 8 inci. ( aku masak terus gula di dalam loyang). pastikan gula rata.
  5. selepas itu masukkan adunan puding ke dalam loyang. kukus selama 1 jam.
  6. Siap.


Selamat mencuba!

Wednesday, February 6, 2013

KeTaM oooo KeTam

Jangan jadi seperti ibu ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus...

Pernah dengar pepatah tu? Orang melayu dulu kala memang suka berkias. tidak suka bercakap terus. lebih elok cakapnya berlapik. maksud pepatah itu ialah seperti ibu ketam yang jalan nya senget tetapi ada hati menyuruh anak nya berjalan lurus. tetapi pernahkah kite terfikir bahawa perlukah kite ini sempurna baru boleh tegur orang lain. seperti contoh ibu bapa kite sendiri. perlukah diri mereka sempurna baru layak menegur kite ini sebagai anaknya? memang benar seeloknya kite perbetulkan diri kite dulu, tetapi sampai bile baru kite sempurna. ingat tiada manusia yang sempurna. yang sempurna itu hanya ALLAH. Tepuk dada tanya selera.
Wahhhh tazkirah sangat mellmerah hari ni kan. padahal cerita asalnya nak ajar step by step nak bersihkan ketam. tapi melalut lalut plak. ye tak?
Ok, hari ni aku nak share dengan sahabat sahabat di luar sana yang masih tidak tau cara nak bersihkan ketam. ada yang pandai makan ketam jer, ada yang tau masak jer, aku tau ada jugak yang tau semuanya. so hari ni pada mereka yang tak tau cara nak menguruskan ketam tu aku cuba nak melengkapkan ilmu korang kat dada tu. Bersih kan ketam ni tak susah mana pun, rasanya lagi susah masa nak makan ketam. Ada orang tu sampai luka luka jari makan ketam. aku yang membersihkan nya rilek jer...chewahhhh macam bunyik berlagak pun ada...uishhhh tak baik..tuhan marah.
Mula mula mari kite kenal dahulu jantina ketam kite ni. lain jantina lain cara menguruskannya. hahahahahaha...gurau jer. kalau dah namanya ketam. itu je la caranya. saja nak bagi tau korang cara kite nak kenal jantan dan betina. sebagai ilmu tambahan. so lihat jer gambar kat bawah ni dan pasti korang leh kenal terus jantan dan betina.yang beza antara dua ni ialah abdomen bawahnya runcing dan bulat.

http://hawaii.gov/dlnr/dar/regulated_fish_invert.html


jantina ketam pun dah kenal, seterusnya moh kite nengok cara cara nak bersihkan ketam. Mula mula nak buat revision. sekarang aku nak tanya..jantina ketam kat bawah ni apa?


Pandai semuanya, betul..ketam jantan. aku bagi 10 markah.

Mula - mula tarik kan abdomen ketam dibawah bahagian bawah. tarik terus ke depan dan cabut keseluruhan kulit ketam yang di bahagian depan tadi.



kemudian, bersih kan insang ketam. yang macam plastik lembut kat tepi ketam tu.


Bersihkan juga lendir kuning di bahagian tengah. basuh ketam sehingga bersih.


Pisahkan kaki/ sepit ketam di bahagian depan.


Potong ketam kepada dua. potong juga kaki ketam di bahagian hujung seperti dalam gambar. Tak der isi pun kat situ.


Untuk bahagian sepit pula, buang duri tajam kat tepi tepi tu. nanti berdarah pulak mulut masa mengigit.




potong juga sedikit di bahagian depan sepit.





Selepas dah bersihkan sepit tu, ketuk siket kat bahagian kaki/ sepit. supaya pecah sedikit untuk memudahkan lagi masa makan nanti.


Siap. boleh di gunakan untuk memasak.



ToM YaM YummY

Selamat masuk ke bulan februari...

Cepat betul masa berlalu. pejam celik pejam celik dah masuk bulan 2. rasa rasanya baru je menjengah ke tahun 2013. Apa apa pun kite semua ni pun kena bergerak pantas, kalau tidak kite akan tertinggal, ye tak? resepi hari ni jugak merupakan resepi yang tertunda. ini resepi bulan januari ari tu. sebab aku lambat kan dah tertinggal. konon konon nye nak update blog setiap hari, misi nye ialah satu resepi satu hari. berangan je la aku ni, nampak gayanya baru separuh jer tercapai. Post bulan januari hanya 15 post. masak banyak tapi post sket. so aku sambung untuk bulan februari ni. hehehehehe.

Resepi tom yam ni memang sedap, masa aku ngah masak aku pun rasa la, terus melompat kegirangan . memang sedap! macam kat kedai..hehehehe. Resepi ni di ambil dari dapur madihaa. Terima kasih kak kongsikan resepi yang sangat lazat ni. rahsia nye ialah susu pekat manis yang terdapat dalam resepi ni. ianya memberikan rasa yang berbeza. tak percaya? mesti kena cuba. Moh la kite masak.

Moh Masak Tom Yam


Sedikit daging ayam dipotong kecil
Sedikit daging di hiris nipis
Beberapa ekor udang
Beberapa ekor sotong di potong bulat
1 pkt Pes tomyam adabi
Beberapa helai daun limau purut
2 batang serai – dititik
6 biji cili padi - diketuk 

1 sudu besar sos ikan
2 sudu besar susu pekat 
1biji limau nipis – diperah dan diambil jusnya
Garam secukup rasa
1 labu bawang besar – dihiris
Sedikit Bunga kobis di potong kecil
Lobak merah – dipotong bulat
1 biji buah tomato
3 btg Jagung muda/ kecik

1. Masukkan air secukupnya bersama pes tomyam, serai, limau purut, dan cili padi. Kacau dan masak sehingga mendidih.
2. Kemudian masukkan ayam, daging, udang dan sotong dan masak sehingga semuanya empuk.
3. Perasakan dengan garam, susu pekat, sos ikan, dan jus limau nipis. Kacau rata.
4. Akhir sekali masukkan bunga kobis, lobak merah, bawang besar, buah tomato,  dan jagung. Biarkan sebentar sehingga mendidih, dan kemudian tutup api. Siap untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba!