Tuesday, April 30, 2013

KeK PeLanGi @ RaiNBow Cake bukan RaMbO!

Pelangi mempunyai tujuh warna, iaitu merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu. Kek ni namanya kek pelangi, tapi ianya tidak mempunyai 7 warna. ermmmmm so masih boleh ke di panggil kek pelangi atau kek warna warni aidilfitri.

Kek Pelangi tak berapa nak pelangi aku ni buat untuk anak sedara. ermmmm untung la dapat makcik boleh wat kek pelangi..kite dulu jangan kata pelangi, hujan matahari pun belum tentu.. besday kite ni pun mak kadang kadang lupa...eh kadang kadang je ingat...itu pun kalau nasib baik. hadiah tak payah berangan la..tak ado! berangan berangan bungkus hadiah sendiri bagi kat diri sendiri.

zaman dulu dulu tak kesah pun, tapi sekarang ni dah tua bangka ehhhhh sensitip pulak bila orang tak ingat besday kite kan..merajuk la konon...hahahahaha..itu aku leee...
Ini first time aku buat kek pelangi, kalau aku saja buat kat rumah cuba pikir sapa nak makan. kalau aku makan sepotong, en.azam makan sepotong yang lagi berpotong potong tu sapa nak makan. sudahnye tong sampah gak yang kenyang. so, aku amik peluang nak buat kek ni bila ada permintaan nak kek besday.
Resepi di ambil dari dapur hasue. warna kek hasue memang cantik. Warna kek aku tak tau la macam mana bila dipotong. sebab anto kek je pastu balik. ada keje lain plak. tak sempat la nak snap pics kek yang telah dipotong. Hasue minta izin share kat sini yea.
Moh Masak Kek Pelangi
Bahan-bahan ( 1 biji kek )

150g tepung super fine / hongkong
150g gula halus
5 biji telur gred A
1 sudu besar ovelette
80ml susu segar
80ml mentega cair/minyak sayuran
1 sudu teh serbuk penaik
Pewarna-ungu,hijau,biru,kuning dan merah

400ml Whipping cream untuk mendeko-dipukul sehingga soft peak
Cara-cara:
  1. Satukan gula halus,ovellette,tepung,serbuk penaik dan telur ke dalam mangkuk adunan.
  2. Pukul sehingga pekat dan gebu(lebih kurang selama 5 minit) pada kelajuan tinggi
  3. Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar dan pukul lagi pada kelajuan tinggi sehingga kek benar2 ringan(lebih kurang dalam 3-5 minit)
  4. Tuangkan mentega cair/minyak ke dalam adunan dan gaul menggunakan senduk kayu sehingga benar2 sebati. Panaskan oven pada suhu 160c-170c.
  5. Bahagikan kek kepada 5 bahagian,1 cawan bagi satu bahagian dan masing2 diwarnakan ungu,hijau,biru,kuning dan merah
  6. Sediakan tin pembakar,griskan dasarnya dengan mentega dan alas dengan baking paper.
  7. Tuangkan satu adunan ke dalam loyang dan bakar selama 10 minit atau sehingga kek masak..ulang langkah ini pada adunan kek seterusnya sehingga habis. Jika oven besar,boleh la bakar 2 loyang sekaligus.
  8. Terbalikkan kek selepas dikeluarkan dari oven untuk mengelakkan kek mendap ke bawah.
  9. Setelah kek sejuk sepenuhnya,bolehlah dideko ikut citarasa masing..selamat mencuba!

RoTi Lapis DaginG

Roti lapis daging ni aku buat pada mulanya atas permintaan cik ina..nak diberi kepada seorang rakan yang mengadakan jamuan perpisahan. Start dari itu aku telah terima banyak tempahan roti lapis daging ni. Rasanye memang sedap. memandangkan aku menggunakan daging berger ( satu dungun cari minced meat tak ada) so rasa nya memang macam berger tapi lebih sedap. so aku tak pernah lagi cuba menggunakan minced meat, memang setiap kali aku buat aku guna daging berger ramly jer. nanti korang leh lah cuba guna minced meat tu.
Resepi asal boleh dapat dalam 2 bekas, aku kecilkan resepi untuk loyang 8 inchi. Terima kasih kepada penyumbang resepi. Maaf lah aku lupa amik resepi ni kat mana, bukan tidak menghargai tapi itulah kelemahan diri aku..lupa nak tulih..
Moh Masak Roti Lapis Daging


1/2 bungkus Roti - dipotong 4
Keju
Bahan inti:
350 gm Daging berger, dihancurkan
1 bj Bawang besar, dadu
2 ulas Bawang putih, cincang
1 sb Rempah kari, jadikan pes
Garam
Minyak
1. Tumis bawang putih sehingga kekuningan. masukkan bawang besar dan msak sehingga layu.
2. Masukkan rempah kari dan masak lagi.
3. Kemudian masukkan daging berger, masak sehingga daging masak. perasakan garam.
4. Apabila siap, letakkan inti ke dalam penapis untuk toskan minyak.
Bahan bancuhan telur:
50 gm Mentega, cair
4 bj Telur
lada sulah
garam
300 ml Susu segar
1. Pukul telur, kemudian masukkan susu. perasakan garam dan lada sulah.
2. kemudian masukkan mentega cair.
bahan taburan:
Cili merah
Daun bawang
Daun sup
1. Semua bahan taburan hendaklah dihiris.
Cara -cara membuat:
1. Rendamkan roti kedalam bancuhan telur. jangan terlalu lama. kemudian susun roti didalam loyang. buat satu lapisan sahaja.
2. Kemudian, letakkan inti daging dan parutan keju.
3. Ulang proses 1 tadi. letakkan lapisan roti yang kedua. kemudian letakkan inti daging dan keju.
4. Akhir sekali tuangkan lebihan bancuhan telur dan taburkan bahan taburan.
5. Bakar pada suhu 170 C selama 30 minit atau sehingga masak.

Monday, April 29, 2013

PuDinG KiWi

Selamat pagi...(nengok jam)..ok pagi lagi..


 Hari ni nak share resepi puding kiwi. resepi amik kat blog Kak nor secubut garam ehh secubit garam..cantik puding nye. mengiurkan. nak nak cuaca yang panas terik kat luar tu. dapat makan puding sejuk...aaaahhhhh lega rasa anak tekak ni.

Kak nor buat dalam bekas besar. aku plak guna bekas kecik je. senang nak simpan dalam peti ais tu. boleh selit selit. peti ais tu banyak sangat barang nye. En.Azam selalu spot cek peti ais nengok ada apa apa yang dah boleh buang. eiiiiiiii mana boleh sesuka ati je nak buang barang barang kite kan..sayaaaaannnnggg.



Buat puding kiwi ni pun kesnya kiwi tu dah masuk 5 hari dok cangok saja. merayu rayu bila la nak dimakan. hehehehehe. Kiwi ni pun macam nenas gak. kalau makan banyak banyak rasa lidas kat lidah. satu hal nye plak, kiwi ni masam sket...tak jalan laaa...senang cerita buat je puding. laku sket.



moh kite masak puding kiwi yek...

Moh Masak Puding Kiwi


5 gm agar2 serbuk
2 1/2 cawan air
7 sb gula
1/2 tin susu cair
2 biji kiwi (blend dgn 1/2 cawan air)
sedikit pewarna hijau

1. Masukkan air, gula dan agar2 serbuk ke dalam periuk. Masak lah hingga mendidih.
2. Masukkan susu cair dan kiwi yg diblend tadi serta pewarna hijau. Padamkan api.
3. Kacau hingga sebati.
4. Tuangkan ke dalam acuan yg dah dibasahkan dgn air.
5. Bila puding dah sejuk, masukkan dlm peti ais.
6. Biarkan sejuk, baru lah dihidangkan dgn hirisan buah kiwi.
 

Selamat mencuba!




Saturday, April 27, 2013

PrOsPeRiTy BuRgeR

Hye..selamat hari sabtu..

Sejak en.Azam ni keje kat darat, aku patah kaki siket. tak der kereta nak ke pasar or ke kedai. Bukan tak nak beli kereta sebijik lagi tapi memandangkan dia kat darat ni pun bukannya lama. x lama lagi tu naik semula la ke laut. kalau ada kereta lagi satu pun, mesti tersadai je kat umah. so keputusannya. tak perlu. makanya aku pun masak la apa yang ada kat dapur je. 


 Bukak peti ais ada mince meat. tak ingat minced meat tahun bila. hehehehehehe. ermmm kalau buat burger pun best. Tepung roti pun banyak lagi. elok sangat la buat roti burger jugak. Jadi lunch aku tadi prosperity burger. Walllla! memang best.


Resepi roti dan sos diambil dari blog masam manis. Terima kasih kak ita kerana sudi berkongsi resepi. mintak izin share kat sini pula yea.

Moh Masak Prosperity Burger

Daging burger
Roti Burger
Sos Lada hitam
Bawang besar holland - dihiris bulat

Resepi Roti Burger


300 gram Tepung roti
2 sb gula
1 sk garam
2 sb Susu tepung
1 ½ sk yis
1 biji telur (kecil) ~ tinggalkan sdkit utk gliss pd roti
2 sb marjerin
100 ml susu segar
60 ml air suam
1 sk bread improver 
 1 sk bread softener 

Untuk Gliss
baki telur tadi+1 sudu kecil susu segar+beberapa titik madu ~ kilat nnt roti tu

1. Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh. Kemudian masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 1 jam.
 
2. Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka.

3. Jika ingin wat roti burger, bulatkan seperti bun then tekan sedikit agar sedikit leper dr bun biasa.
Atur roti yang telah disediakan kedalam loyang empat persegi yang telah dilenser dengan mentega . Perap sehingga roti naik dua kali ganda.
 
4. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. Sapukan roti dengan bancuhan telur dan tabur bijan di atas doh roti burger , akhir sekali bakar selama 18 ke 20 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair.

Untuk roti prosperty


1. buat bentuk selinder. Satu adunan ni dapat 4 roti yang besar. Kalau nak kecil buat 5 atau 6.
2. Bila dah siap biarkan ia rehat sekejap hingga dough naik 2 kali ganda
3. Kelar atas roti dengan pisau yang tajam
4. Sapukan gliss
5. Taburkan lada itam yang di tumbuk halus
6. Kemudian bakar.

Resepi Daging Burger

400 gm Daging cincang
1 bj Bawang besar
2 bj Telur
3 sb Tepung jagung
Lada hitam
Garam

1. Campurkan semua bahan dan kacau rata.
2. Bahagikan kepada 4 dan bentuk kan bujur.
3. Goreng deperti masak daging burger biasa.

Sos Lada Hitam

1 labu bawang besar ~ di hiris halus
1/2 botol  sos lada hitam Life ~ botol besar
1/2 cawan susu segar
1 kiub ayam
2 sudu besar kicap manis
garam dan gula secukup rasa
Boleh tambah sedikit lada hitam jika sukakan lebih pedas

1. Tumis bawang besar hingga harum
2. Masukkan sos lada hitam dan kiub ayam kacau rata
3. Tambahkan kicap manis dan susu segar
4. Perasakan garam dan gulanya
5. Boleh tambahkan sedikit lagi lada hitam yang di tumbuk jika sukakan rasa lada hitam atau sukakan sedikit rasa kepedasan.
6. Jika kuah pekat tambahkan lagi susu.

1. Sapu roti dengan mentega dan bakar sebentar.
2. Apabila daging sudah masak celupkan ke dalam sos lada hitam dan letakkan di atas roti burger.
3. Letakkan hirisan bawang besar (aku goreng sebentar bawang tu) di atas daging burger.
4. Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba!


Friday, April 26, 2013

VicToRia SanDwiCh tApi TaK saNdwiCh...ermmm


Hari ni aku membuat tempahan dari seorang rakan untuk jamuan anaknya.tak tau plak jamuan apa. tak pe la, bukan hal aku kot. So dia nak kan just a plain cake. tak mau yang ada krim coz dah ada orang lain yang bawak katanya. dia nak aku buatkan kek victoria sandwich, tapi tak mau dikapit 2 kan. nak satu satu je. tak mau jem di tengah.Sebab hari tu aku ada bawak g ofis kek tu. jadi dia suka rasanya. Alang alang dah buat kek untuknya, aku pun tumpang sekaki gak buat untuk anak saudara yang ada kat sini. untuk mereka aku letakkan buttercream frosting. sebenarnya aku nak belajar buat bunga dari buttercream. so nengok youtube.  Jadik gak tapi cantik sangat tu x der la, kena praktis lagi. 


 Untuk hiasannya pula aku menggunakan chocolate. aku belajar buat butterfly tu dari blog masam manis. Kak azlita punya butterfly meletup! aku nye hodoh sket pasal cuaca sangat panas dan butterfly tu cair. haisssshhhh...konon salahkan cuaca, padahal tangan keras nak lukih butterfly tu..hehehehe. Untuk kek nye pula aku amik dari dapur yatie sinar kehidupan ku dengan sedikit pengubahsuaian...alaaa siket je. minta izin share disini pula yea.


Moh Masak Kek Victoria

 Kek Victoria
 
250 gm butter
250 gm gula castor 
250 gm tepung naik sendiri
1 sk Serbuk Penaik
6 biji telor gred B
2 sudu besar golden syrup
2 sudu teh esen vanila
(aku x guna jem strawnerry pasal aku tak buat sandwich)
  1. Panaskan oven suhu 150C dan sediakan loyang 8 inci yg dialas dgn kertas kek
  2. Ayaktepung dan bahan penaik.
  3. Putar butter,gula dan golden syrup hingga kembang dan gebu.
  4. Masukan telor satu persatu sambil diputar perlahan dan bubuh esen vanila.
  5. Masukan tepung dan kaup balik dengan senduk hingga sebati.
  6. Tuang dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak.


Buttercream Frosting 

50 gm Butter
450 gm Krimwell
300 gm Gula icing - ayak 3 x
1 sb Susu pekat
1 st Esen vanila
1/2 st Minyak mentega

1. Putar mentega dan krimwel sehingga sebati
2. Masukkan gula icing
3. Putar sehingga gebu. Masukkan susu pekat.
4.Masukkan esen dan minyak mentega.

Selamat mencuba!




Thursday, April 25, 2013

StraWbeRRy RoLL CaKe

Hye..bertemu lagi...



Hari ni aku nak kongsi dengan korang semua resepi strawberry roll cake. Disebabkan strawberry ada lagi lebih daripada pavlova semalam..so aku cari la resepi resepi yang menggunakan strawberry. cari punya cari, terpegun la sekejap kat blog hana. nampak gebuuuuuu sangat kek nye.Ermmmm memang rasa nak cuba roll cake hana. Makanya malam tadi terus membancuh adunan. Bahan bahan dan cara sangat mudah. tak memerlukan banyak bahan pun. roll cake mestilah disimpan lebih kurang 4 jam atau satu malam sebelum dipotong untuk mendapat hasil yang cantik. jadi sangat sesuai la buat malam tadi dan potong pagi ni. Walaupun kek disimpan dalam peti ais, namun kek nye tetap lembut gebu gitu, sebab kek ni tak ada menggunakan minyak atau pun butter. Dan rasanya wallla..memang umphhhhh. Habislah... naik lagi la berat mellmerah and En. Azam.



 Aku membuat roll kek ni berbelang. Caranya mudah saja. apabila adunan siap dibancuh. bahagikan kepada 2 bekas. satu di letakkan pewarna pink. satu lagi dibiarkan kosong. masukkan adunan ke dalam piping beg. paip ke dalam loyang secara berselang seli sehingga adunan habis. mudah je kan.

Untuk filling, aku sapu nipis jem strawberry di atas permukaan kek. oh ye untuk membuat kek gulung ni, bahagian atas kek akan menjadi bahagian dalam apabila digulung. bahagian bawah ialah bahagian luar. paham kan...sambung balik...aku sapu strawberry jam di atas kek kemudian aku sapukan pula whipping cream dan taburkan buah strawberry yang di potong dadu. Kemudian gulungkan kek tu. gulung kemas kemas kemudian balutkan dengan kertas minyak dan simpan dalam peti ais. Nak resepi untuk bahan bahan? ok moh kite nengok..

Moh Masak Strawberry Roll Cake


Loyang 10 inci di oles dengan mentega dan dialas kertas.

3 biji telur - gred B
60g gula
50g tepung gandum - ayak
1sk esen vanila 
Pewarna pink

Filling

150ml whipping cream - non dairy
1sb gula
2 sb jem strawberry
50g strawberry - potong kecil



1. Panaskan oven suhu 170 C menggunakan api atas bawah.
2. Pukul telur dan juga esen vanila hingga berbuih. Masukkan gula dan terus pukul hingga kembang putih dan gebu.
3. Masukkan tepung. Kaup balikkan hingga sebati.  Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama 10-15min. Sejukkan dan tanggalkan baking sheet tadi.
4. Untuk membuat filling - Putar whipping cream dan juga gula hingga putih gebu. Jangan over mix yer.. Sapukan jem ke atas kek dan whipping cream, kemudian kelar sedikit tanpa putus agar mudah untuk menggulung, taburkan buah strawberry yang telah dipotong2.. kemudian gulung dengan kemas. Hiaskan ikut suka. aku tiru jugak hana buat - Sapu luar kek dengan whipping cream, parutan coklat putih dan buah strawberry.

Selamat mencuba!

Wednesday, April 24, 2013

PaVLoVa

Orang dah abih demam pavlova...aku ni baru la terhegeh hegeh nak buat kan....tapi tak pe la janji buat...tau rasanya, tau rupanya, tau teksturnya macam mana. tak der la bercerita je lebih tapi biji butirnya tak tau. iye dak?

Buat pavlova ni sebenarnya senang je cuma rasa rugi sket bila telur kuning tak tau nak buat apa. semalam masak megi kat en.azam aku masukkan telur kuning je dalam megi tu. hehehehehe. tapi ye la...tak kan la nak dimasukkan 4 biji. kolestrol u all. maka selebihnya di buang. ish!ish!ish!
Untuk topping pavlova aku menggunakan non-dairy whipped cream jenama rich. dan buah buahan yang aku gunakan strawberry, anggur hitam tanpa biji dan kiwi. satu dungun dok pusing cari manggo semuanya tak mencapai tahap. so cukup lah 3 jenis buah itu saja.
Satu resepi pavlova ni aku boleh dapat 3 biji saiz 5 inci diameter. untuk ketebalannya pulak...nengok gambar tu, tebalkan?


Hah! so apa tunggu lagi...
Moh Masak Pavlova
4 biji Telur putih
3/4 cwn Gula Kastor
1 tbsp Tepung jagung
1 sk Cuka makan
1 sk Esen vanila
Panaskan oven pada suhu 170 C menggunakan api bawah. apabila pavlova sudah dimasukkan turunkan suhu oven ke 100 - 120 C dan bakar selama 1 jam atau 1 jam 15 minit.
1. Pukul telur putih menggunakan kelajuan maksima sehingga betul betul kembang. apabila bekas diterbalikkan ianya tidak jatuh.
2. Masukkan gula sedikit demi sedikit dengan kelajuan yang sama sehingga habis.
3. Dalam bekas kecil, campurkan tepung jagung, cuka dan esen.
4. Dengan menggunakan spatula, masukkan campuran tepung jagung kedalam adunan putih telur.
5. Guna kaedah kaup balik menggunakan spatula supaya bahan bahan sebati.
6. Ambil kertas minyak dan letakkan dalam loyang pembakar.
7. Tuangkan adunan pavlova dan bentukkan bulat. pastikan bahagian tengah tenggelam sedikit.
8. Bakar pavlova. apabila pavlova siap dibakar, biarkan dulu selama 30 minit didalam oven.
9. Pukul whipping cream sehingga kental.
letakkan whipping cream diatas pavlova dan hiaskan dengan buah buahan. siap untuk dihidang.

KeK CokLaT LeMbap

Assalammualaikum...

Kek coklat lembap ke lembab...aku pun tak tau...yang pasti nye ini ialah chocolate moist cake resepi asal adalah dari chef zubaidah. tapi aku ambil dari blog hasue. kek ini ternyata sedap memang sedap. sebab masa aku tengah buat kek untuk tempahan besday aritu pun aku curi curi makan trimming nye. hehehehe. Kek ini aku buat versi cupcake dan di bakar. satu resepi boleh dapat dalam 32 biji cupcake saiz m. banyak jugak kan. untuk topping cake pula aku menggunakan buttercream frosting. Sorry sesangat tak ada gambar kek coklat saja. semua habis di toppingkan. terlupa sudah nak snap pics sebelum letak topping. ehhhh tapi kek ni memang sedap...kihkihkih!

 
ok jom kite nengok resepinya.

Moh Masak Kek Coklat Lembap




 100g Serbuk Koko*
 200g Gula pasir*
 1 tin Susu sejat*
 200g Minyak Masak Sayuran*
 250g Susu Pekat*
 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
 150g Tepung Gandum
 1 st Soda Bikarbonat
  1st Baking Powder

1. Campurkan semua bahan bertanda* dan masak dengan api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya.

2. Satukan dengan telur yang dipukul tadi dengan hand whisk. Gaulkan bahan2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk.

3. Masukkan ke dalam paper cup. Bakar selama 30 minit atau sehinnga masak.

4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing.

KemBaLi TerJalin...Cheewahhhh...

Assalammualaikum...

Selesai sudah semua urusan buat masa ni...aku pun dah ada kelapangan untuk menyambung semula apa yang telah terbengkalai..hampir satu bulan menyepikan diri...ada juga sahabat2 yang bertanyakan resepi resepi baru...makanya aku akan sambung semula kerja aku di blog ini...hehehehehe... selamat bertemu kembali...eh macam pantun plak!