Wednesday, February 6, 2013

KeTaM oooo KeTam

Jangan jadi seperti ibu ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus...

Pernah dengar pepatah tu? Orang melayu dulu kala memang suka berkias. tidak suka bercakap terus. lebih elok cakapnya berlapik. maksud pepatah itu ialah seperti ibu ketam yang jalan nya senget tetapi ada hati menyuruh anak nya berjalan lurus. tetapi pernahkah kite terfikir bahawa perlukah kite ini sempurna baru boleh tegur orang lain. seperti contoh ibu bapa kite sendiri. perlukah diri mereka sempurna baru layak menegur kite ini sebagai anaknya? memang benar seeloknya kite perbetulkan diri kite dulu, tetapi sampai bile baru kite sempurna. ingat tiada manusia yang sempurna. yang sempurna itu hanya ALLAH. Tepuk dada tanya selera.
Wahhhh tazkirah sangat mellmerah hari ni kan. padahal cerita asalnya nak ajar step by step nak bersihkan ketam. tapi melalut lalut plak. ye tak?
Ok, hari ni aku nak share dengan sahabat sahabat di luar sana yang masih tidak tau cara nak bersihkan ketam. ada yang pandai makan ketam jer, ada yang tau masak jer, aku tau ada jugak yang tau semuanya. so hari ni pada mereka yang tak tau cara nak menguruskan ketam tu aku cuba nak melengkapkan ilmu korang kat dada tu. Bersih kan ketam ni tak susah mana pun, rasanya lagi susah masa nak makan ketam. Ada orang tu sampai luka luka jari makan ketam. aku yang membersihkan nya rilek jer...chewahhhh macam bunyik berlagak pun ada...uishhhh tak baik..tuhan marah.
Mula mula mari kite kenal dahulu jantina ketam kite ni. lain jantina lain cara menguruskannya. hahahahahaha...gurau jer. kalau dah namanya ketam. itu je la caranya. saja nak bagi tau korang cara kite nak kenal jantan dan betina. sebagai ilmu tambahan. so lihat jer gambar kat bawah ni dan pasti korang leh kenal terus jantan dan betina.yang beza antara dua ni ialah abdomen bawahnya runcing dan bulat.

http://hawaii.gov/dlnr/dar/regulated_fish_invert.html


jantina ketam pun dah kenal, seterusnya moh kite nengok cara cara nak bersihkan ketam. Mula mula nak buat revision. sekarang aku nak tanya..jantina ketam kat bawah ni apa?


Pandai semuanya, betul..ketam jantan. aku bagi 10 markah.

Mula - mula tarik kan abdomen ketam dibawah bahagian bawah. tarik terus ke depan dan cabut keseluruhan kulit ketam yang di bahagian depan tadi.



kemudian, bersih kan insang ketam. yang macam plastik lembut kat tepi ketam tu.


Bersihkan juga lendir kuning di bahagian tengah. basuh ketam sehingga bersih.


Pisahkan kaki/ sepit ketam di bahagian depan.


Potong ketam kepada dua. potong juga kaki ketam di bahagian hujung seperti dalam gambar. Tak der isi pun kat situ.


Untuk bahagian sepit pula, buang duri tajam kat tepi tepi tu. nanti berdarah pulak mulut masa mengigit.




potong juga sedikit di bahagian depan sepit.





Selepas dah bersihkan sepit tu, ketuk siket kat bahagian kaki/ sepit. supaya pecah sedikit untuk memudahkan lagi masa makan nanti.


Siap. boleh di gunakan untuk memasak.



17 comments:

  1. terbaik. helpful. thanks

    ReplyDelete
  2. TqvM..hehe leh mnmbah ilmu d dada..

    ReplyDelete
  3. tqvm.. terbaekk! pasni nak masak ketam coz yg tgh menunggu dlm sink tu :)

    ReplyDelete
  4. Thank you..sgt berguna..hari Ni nk masak masak lemak cili padi ketam

    ReplyDelete
  5. Tqvm.. bru 1st time nk siang ketam.. very helpfull..

    ReplyDelete
  6. Thank you semua...selamat menyiang ketam...

    ReplyDelete
  7. terima kasih...bila nak buat baru terhegeh-hegeh cari kat google..kekeke

    ReplyDelete
  8. TERIMA KASIH. PERKONGSIAN YG AMAT BERGUNA

    ReplyDelete
  9. Hahaha..best sangat bila dh tau siang ketam.hari tu tanye kawan dia kata tak yah siang.tp was2 pulak.saje servey kat google.mmm...memang kene siang kan! Tqvm...

    ReplyDelete
  10. T.kasih sgt2 membantu... dari td dok cangkung tgk ketam x tau nk buat canner hihi

    ReplyDelete
  11. kak saya mohon guna gambar utk letak kt belog saya beserta link akk ye..

    ReplyDelete
  12. Terbaik. Terima kasih byk2..sangat membantu

    ReplyDelete
  13. Ketam nipah ambe lari 1 rumah oiii jenoh nk keja nye 😂😂

    ReplyDelete