Sunday, April 13, 2014

SoTonG GoRenG TepuNg VeRsi 2

Assalammualaikum...

ooooohhhh...cuaca pagi tadi sangat tidak menyehatkan..jerebu sungguh...bila lah keadaan ni nak pulih..nampak gaya makin ke teruk plak..Tempat lain dah hujan...sini jer tak hujan hujan...kalau mintak hujan nanti banjir pulak..hehehehehe...anyway...aku tak payah dedahkan diri dengan cuaca yang tidak baik so, dok dalam umah jer...

Semalam aku ada kasi tau yang en.azam g mancingkan...ermmm ni la hasil nya...itu pun dah jual separuh...rezeki allah dari laut. 
Senyum semua...nak masuk blog nih!

Maka gembira lah ibu mertuanya...menantu kirim ikan dan sotong segar dari dungun. Minggu lepas dikirimkan ikan tenggiri. besarkan ikan tenggirinya. 7 kg. dibahagikan dua dengan kawan nya, masih lagi besar. aku lak bahagi dua ngan mak aku. aku amik bahagian ekor ke hujung so kecik la sket. yang mak aku pulak aku bagi bahagian badan. ermmm besar peha. gembira sungguh orang tua tu dapat ikan tenggiri. kalau beli kat pasar tu brapa hinggit plak kan.Yang aku nye baru berjaya masak berlada 2 keping. ermmmm nampak gayanya, bertapa la ikan tenggiri aku dalam freezer. tak abih lagi yang tu, ni dah sampai lagi.

Kaki Pancing Tegar


ooooo jangan lupa...watak utama untuk hari ni...encik squid.


Musim sotong di dungun sudah kembali. kepada sesiapa yang ingin mencandat..tunggu apa lagi. mai la ke terengganu. pasti tidak mengcewakan.

Ok la berbalik kepada resepi hari ni, dah siap siap simpan semua ikan, aku pun nak masak simple jer memandangkan aku memang malas nak masak. so aku hanya nak goreng je sotong tu. aku pernah kongsikan resepi sotong goreng tepung yang rangup disini. Tapi sebab nak cincai cincai jer aku pun try buat resepi baru. dan hasilnye tidak mengecewakan. tapi mesti makan panas panas tau!

Moh Masak Sotong Goreng Tepung Versi 2

Sotong secukupnya
1 biji Telur
1/4 cawan Tepung gandum
1/4 cawan Tepung Beras
1 sk Serbuk penaik
2 sb Serbuk paprika
2 sb Dried Oregano
garam
serbuk pati ayam
minyak menggoreng

1. Bersihkan sotong dan tos sehingga kering air. campurkan bersama telur.
2. didalam bekas yang lain, campurkan ke semua bahan kering.
3. Panaskan minyak, ambil sotong yang telah bersalut telur tadi  satu persatu kemudian di golek golekkan ke dalam bekas tepung. apabila tepung sudah bersalut keseluruh sotong boleh lah di goreng sehingga perang keemasan.
4. Makan bersama sos cili thai. sedap!


Selamat Mencuba!

Saturday, April 12, 2014

KeK OpeRa

Assalammualaikum..

Selamat hari sabtu. best dok kat umah hujung2 minggu ni kan...Memandangkan en.azam ke laut dari semalam pergi mencari sotong, so ada la masa untuk aku nak berbloging ni. aku skip masak tengahari disebabkan aku ingat nak g tapau je. malas nak masak, makan sorang sorang. hehehehehe. 


Hari ni aku nak share resepi kek opera. Kek ni ditempah oleh dua orang rakan aku yang nak buat suprise birthday. So, tema kek ni adalah sarung tangan goal keeper. tuan badan tu seorang penjaga gol bagi team bola sepak UiTM Terengganu. Memandangkan order nya sangat last minute, aku cuba yang termampu. Alhamdulillah mereka suka dengan kek dan perhiasannya.

Resepi kek diambil dari blog masam manis. Kak azlita yang langsung tidak lokek untuk berkongsi resepi resepi yang bagus, sedap dan semestinya gerenti menjadi. Terima kasih kak azlita, mohon izin share di blog Moh Masak pula.

Moh Masak Kek Opera

Bahan A
200 gm serbuk almond
100 gm gula caster
6 biji telur
Bahan B
50 gm butter - di cairkan
Bahan C
60 gm tepung gandum - diayak
Bahan D
115 gm putih telur - anggaran dalam 3 biji
55 gm gula castor

Panaskan oven pada suhu 200 C. Bila nak masukkan kek turunkan suhu pada 175C.
Sediakan 2 loyang kek 4 segi berukuran 20 x 20 cm.
Sapu loyang dengan sedikit butter dan alas dasar loyang dengan kertas minyak atau baking paper.
Ketepikan

Bahan A
Dalam mangkuk stand mixer, satukan serbuk badam, caster sugar (100 gm), dan 3 biji telur.
Pukul dengan kelajuan maxima selama 10 minit.
Kacau sekali sekala dengan spatula supaya bahagian dasar dan tepi bergaul sempurna.
Tambahkan telur yang lagi 3 biji tadi sebutir demi sebutir dan terus memukul selama 10 minit lagi.


Ambil 4 sudu besar adunan almond ( Bahan A) tadi dan campurkan dalam butter yang telah di cairkan.
Ketepikan

Tambahkan pula tepung yang telah diayak ke dalam baki adunan almond (bahan A)
Kacau adunan dengan kaedah kaup balik sehingga adunan bergaul sempurna.
Ketepikan

Dalam bekas lain, putar putih telur hingga berbuih.
Tambahkan gula castor (50 gm) dan terus putar dengan kelajuan maxima sehingga adunan kaku.
Ambil 1/3 dari adunan putih telur, dan campurkan ke dalam adunan almond (bahan A)
Kacau rata menggunakan spatula dengan kaedah kaup balik sehingga adunan rata.
Masukkan baki adunan putih telur, dan kacau lagi dengan kaedah yang sama sehingga adunan sekata.
Tambahkan pula adunan butter yang di campur dengan 4 sudu besar almond ke dalam adunan.
Kacau rata juga dengan kaedah kaup balik sehingga adunan rata.
Jangan kacau kuat-kuat kerana kek akan mendap selepas di bakar, jika  aduanan terlebih kacau.

Bahagikan adunan kepada 2 adunan yang sama banyak.
Tuang adunan dalam 2 loyang yang telah di sediakan tadi
Bakar kek dengan suhu 175 C, selama 20 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya.

Sekarang kita sediakan pula Moca Buttercream

Mocha Buttercream
100 gm  putih telur - anggaran 3 biji
200 gm gula caster
300 gm unsalted butter - potong kiub
1/2 sudu besar mocha paste
1 sudu teh coffee oil - kalau tak de boleh guna coffee esen atau coffee paste

Satukan putih telur dan gula dalam satu bekas besar.
Sediakan satu periuk kecil dan panaskan air didalamnya.
Dengan kaedah double boiler letakkan mangkuk berisi telur di atas periuk air panas. Pastikan air panas dalam mangkuk tidak kena dasar mangkuk telur.
Panaskan telur dan gula hingga gula larut anggaran suhu (65C) aku panaskan anggaran suhu badan 36-38C kalau tak de jangka suhu agak2 aje bila gula dah larut. Jangan sampai telur tu masak pulak ye!
Alihkan dari periuk panas tadi dan terus pukul adunan putih telur dengan mixer berkelajuan maxima sehingga adunan jadi berkilat dan kental.

Pukul butter sampai lembut , tambahkan mocha paste dan coffee oil dan putar hingga ia bergaul rata.
Kemudian masukkan adunan telur ke dalam adunan mocha dan kacau rata dengan kaedah kaup balik sehingga ia bergaul sempurna.
Ketepikan

Sekarang kita sediakan pula Chocolate Ganache.

Chocolate Ganache
200 gm coklat gelap kompaun - di didadu kecil
200 gm coklat susu kompaun - di dadu
75 gm butter tanpa garam
250 gm fresh cream

Coklat di potong kecil atau di hiris.
Panaskan fresh cream hingga hangat atau suam-suam. Tutup api
Masukkan coklat dan kacau biar coklat melarut.
Masukkan butter dan kacau hingga adunan bergaul sempurna dan berkilat.
Biarkan ia sejuk dan sedikit likat
Ketepikan

Sekarang kita sediakan coffee syrup.
Coffie syrup yang di cadangkan dalam resepi adalah espresso. Kalau tak de boleh gunakan coffee segera atau nescafe segera pun ok!

Coffee Syrup
100 ml espresso panas - nescafe segera pun ok
100 gm gula - kalau guna nescafe segera tak payah letak gula.
 
Kaedah melapis kek
 
Bila kek dah masak keluarkan dari loyang.
Letakkan atas redai dan biarkan kek sejuk.

Kek yang telah masak tadi kita biarkan betul-betul sejuk sebelum di potong.
Bila kek dah sejuk, potong kek kepada 2 bahagian setiap satu kek. 
Ini bermakna kita akan dapat 4 keping kek yang nipis.
Hati-hati semasa memotong kerana kek ni nipis, mungkin proses memotong agak sukar bagi mereka yang kurang mahir.

Ambil sekeping kek.
Bahagian atas atau bawah kek tadi kita letak di sebelah bawah.
Bahagian yang di potong letak di sebelah atas.
Sapukan permukaan kek dengan coffee syrup tadi.
Sapu sikit-sikit aje jangan sampai basah lencun pulak kek tu ye! nanti kek tu lembik pulak!
Proses ini untuk melembabkan kek di samping memberian aroma dan rasa coffee pada kek.

Kemudian kita letakkan Mocha buttercream di atas kek yang telah kita sapukan coffee tadi.
Ratakan.
aku masukkan butter cream tadi dalam piping bag dan paipkan atas kek.
Selepas itu kita lapikkan lagi sekeping kek atasnya.
Tekan-tekan sikit bagi rata dan padat.
Kemudia kita sapukan lagi coffee syrup atas kek.

Selepas tu kita tuangkan  1/2 daripada Chocolate Ganache.
Ratakan.
Kemudian letakkan selapis lagi kek.
Sapukan coffee syrup
Tuangkan Mocha Buttercream atasnya dan ratakan.
Kemudia letak lapisan kek yang terakhir.
Sapukan juga coffee syrup

Aku masukkan dahulu kek ni dalam peti ais supaya  Mocha Buttercream dan Chocolate Ganache keras.
Anggaran 1 jam.
Keluarka dari peti ais.
Letak kek atas redai dan alas bawahnya dgn tray.
Baki Chocolate Ganache tadi kita panaskan sekejap bagi Chocolate Ganache tu cair.
Tuang atas kek
Kalau ada ring 4 segi yang ukuran 20 x 20 cm lagi bagus.
Masukkan kek dalam ring tu dan tuang chocolate ganache atasnya. 
Jadi lapisan ganache yang terakhir tu akan sama tebal dengan lapisan tengah.
Kemudian simpan kek dalam peti ais dalam 2 atau 3 jam atau sehingga Chocolate Canache keras.
Bila kek dah keras potong dan kemaskan tepi kek.

Selamat mencuba!






Wednesday, April 2, 2014

KeK BaDMinToN & KeK RaY BaN

Assalammualaikum...

Selamat pagi semua..

Hari ni aku nak share kek yang telah di tempah oleh rakan sekerja aku. Kek yang di mintak adalah healthy cake. so, apa yang aku boleh buat adalah carrot oat cake dan chocolate cake. kedua dua kek ini aku guna gluten free flour dan kurang kandungan gula.

tema nya pula adalah badminton, kerana kawan nya ni orang yang sangat sangat suka main badminton. so aku menggunakan fondant untuk bola tangkis dan raket badminton. manakala talinya tu pula aku menggunakan piping jelly.


Bagi satu kek lagi, aku membuat sun glasses jenama ray ban bersama beg nya. Alhamdulillah mereka suka rasa dan hiasan kek ini. Kepada sesiapa yang berada di sekitar dungun, jika berminta nak tempah boleh hubungi aku 0192757075.





Monday, March 31, 2014

MeNu DiEt: TeluR guLunG / Egg RoLLs

Hye..

resepi kali ini untuk orang yang tengah berdiet plak. aku ni memang suka pelbagai kan menu. supaya waktu aku berdiet aku tak boring. Resepi ni pada aku agak menarik juga. seakan akan popia. tapi tanpa karbohidrat. Makanya untuk menjadikan resepi ni lebih sehat aku menggunakan telur sebagai kulit luar nya. Telur tu aku masak menggunakan acuan roti jala. tapi jangan di buat halus halus seperti roti jala tu, nanti koyak rabak jadik nye. buat tebal sket atau untuk lebih selamat boleh jer buat seperti kulit kuih ketayap. buat nipis sahaja untuk senang gulung. 


Untuk isinya pula, korang boleh pelbagaikan untuk meletak udang, isi ayam atau sotong. aku lebih suka menggunakan tauhu yang digoreng tanpa minyak dan dipotong nipis. aku juga menggunakan daun salad seperti butter lettuce, lola rossa dan green head lettuce. ini semua aku beli kat giant yang dah ready pack tu. selain tu korang jugak boleh meletakam timun, carrot, sengkuang dan macam macam lagi. terpulang mengikut kreativiti. aku jugak tambahkan tomato, sebab tomato pun ada dalam pack tu. hehehehehe.

Aku makan egg roll ni bersama sos Thousand island lady choice tu. kalau nak kurangkan kalori boleh makan dengan sos cili jer. 


Moh Masak Telur Gulung / Egg Rolls

2 biji Telur
2 sb air
sedikit garam

Daun salad
tomato
1 kpg Tauhu, goreng tanpa minyak

Sos Thousand Island

1. Pukul telur bersama air dan garam. masak di atas kuali leper tidak lekat sehingga kekuningan atau masak.
2.Susun sayuran dan tauhu di atas telur tadi dan gulung kemas.
3. Hidangkan bersama sos.

Selamat Mencuba!





pAi EpaL

Assalammualaikum semua...

Aduhhhh dah lama giler tak bersiaran kan...bz nye la aku ni..lagi satu sebab tab rosak. abih semua gambar gambar food yang aku ambil hilang ntah ke mana...gerammmm nye laaa. sekarang ni ambik gambar food ngan my lumix la..malas sebenarnya aku ni nak guna camera. pasal nak transfer gambar tu. kalau guna tab senang aku email je. haaa dah la criter pasal gambar gambar yang dah hilang tu. hari ni aku nak share satu resepi simple. Pai epal. 



Pada mulanya aku nak buat pai epal ni di goreng macam ala ala McD tu. kalau ikutkan memang ini lah resepinya. tapi sebab aku dah ada Philip airfryer..cheeewaaahhh..iye aku dah beli Philip air fryer makanya aku tak jadi lah nak goreng dengan minyak yang banyak tu. aku cuma sapukan sedikit minyak masak pada pai sebelum di goreng. Kalau korang nak buat, goreng lah macam biasa. no probs.

Moh kite nengok resepinya



Moh Masak Pai Epal


2 cwn Tepung
125 gm Shortening (boleh juga digantikan dengan margerin atau mentega)
1 sk garam
1/2 cwn Air sejuk

5 Biji Epal Hijau, dibuang kulit dan di potong dadu
Gula secukupnya
1 sb Tepung jagung di bancuh air
sedikit serbuk kulit kayu manis


1. Campurkan tepung, shortening dan garam. gaulkan rata.
2. masukkan air sedikit demi sedikt. jangan di uli. cukup sekadar jadikan doh. tidak perlu abiskan air kalau sudah menjadi doh.
3. Rehatkan doh selama 15 minit di dalam peti ais.

inti
1. Campurkan semua bahan kecuali tepung jagung dan masak sehingga epal lembut.
2. Apabila epal sudah lembut masukkan tepung jagung dan masak sehingga pekat.

1. Roll doh sehingga nipis dan letakkan inti. sapukan air sejuk dikeliling dan kelim menggunakan garfu.
2. Goreng dengan minyak banyak sehingga kekuningan.

Selamat mencuba!

Thursday, March 6, 2014

RaiNBow CupCake WitH CreaM CHeeSe FrosTinG

Hye...

Cupcake ini pula adalah untuk seorang guru yang akan meninggalkan sekolah kerana telah menamatkan perkhidmatan nya sebagai guru sementara. mesti seorang guru yang disayangi oleh anak anak murid nye. 

seorang guru ibarat lilin yang sanggup membakar diri demi menerangi kehidupan orang lain. namun sekarang terlalu banyak kes2 yang tidak sedap di dengar di luar sana. diharap ianya tidak menjejas kan kerjaya seorang guru. di kesempatan ini MeLLMeRaH ingin mengucap jutaan terima kasih kepada semua guru guru yang bersusah payah mendidik aku menjadi insan yang berguna. Terima kasih pada Cikgu Cikgu Sekolah Rendah Kebangsaan sulaiman, Bentong Pahang, Sekolah Menengah Kebangsaan Bentong, Pahang, Sekolah Menengah Vokasional (SRT) Setapak, Kuala Lumpur, dan kepada pensyarah pensyarah Uitm Terengganu Dan UiTM Shah Alam, Jasa kalian tidak dapat di balas dan hanya Allah yang akan memberi ganjaran di atas segalanya.












KeK unTuk Si PeManCinG TeGaR

Assalammualaikum...

Hari ni just nak share tempahan yang telah di buat untuk seorang remaja lelaki yang suka memancing. kek yang di buat adalah kek coklat kukus lapis cheese. untuk resepi aku akan post kemudian yea. kek kukus tu aku topping kan dengan coklat ganache dan hiaskan dengan fondant. selamat menjamu mata. pada mereka yang berada sekitar dungun, paka, kerteh atau berhampiran atau sewaktu dengannya kalau ingin membuat tempahan boleh lah hubungi aku di talian 0192757075.



Wednesday, March 5, 2014

HCG DieT PrOgRaM - ProGreSS

Assalammualaikum semua..

Sekejap dah tiba bulan Mac. Pantas sungguh masa berlalu kan sekarang ni.

Dah beberapa hari tidak bersiaran. pencegahan awal yang hendak dilakukan nampaknye tidak berjaya. aku demam jugak yang konon pada asalnye cuma selsema. cuaca yang tidak berapa elok akibat jerebu aku rasa punca pada segalanya. huhuhuhuhu.

Hari ni bukan nak berkongsi resepi. lari siket dari topik biasa Moh Masak. Atas permintaan Dr. Malinda Mohd Ali yang merupakan seorang consultant di Health and Beauty Clinic aku akan kongsikan sedikit pengalaman semasa proses penurunan berat badan agar dapat memberi motivasi kepada yang lain.

Rembau most wanted yawwww!

Seperti yang telah aku maklumkan pada semua, sebelum ini aku telah menjalani HCG diet program, untuk maklumat lebih boleh rujuk disini. Kalau berminat boleh call aku di 0192757075. cheewahhh sempat lagi nih. hehehehe. Macam mana aku boleh terjebak dengan semua ni? disebabkan tumit kaki yang semakin hari semakin sakit dan bila baring nengok TV aku sangat susah nak bangun kerana kesakitan yang amat sangat di bahagian pinggang menyebabkan aku perlu mula menurunkan berat badan. aku tau kaki yang semakin hari semakin sakit ni adalah punca disebabkan berat badan yang semakin menambah. baju dan seluar juga semakin sendat. dah macam sarung nangka. hehehehehe. 

terlihatkan beberapa member di tempat kerja yang sudah susut berat badan, aku pun bertanyakan tips dan rahsia macam mana berat badan mereka boleh turun. dan di situlah aku mengenali Dr. Malinda Mohd Ali. Setelah nekad dan serius untuk menurunkan berat aku pun berjumpa Dr. Malinda. Disitulah segalanya bermula. ewahhhhhh...macam drama TV pulak.

Program ni berlangsung selama 23 hari. selepas 23 hari tersebut program masih diteruskan lagi selama lebih kurang 3 minggu yang dipanggil maintenance phase. Dari hari pertama aku mula berdiet aku ikut segala peraturan. tidak pernah cuba untuk tipu atau ponteng. tidak sekalipun. Mungkin disebabkan ada coach yang menyebabkan aku takut untuk curi curi makan. Kalau sebelum ini aku pernah berdiet, tetapi tidak menjadi sangat kerana tiada orang yang memantau kite. so, tak kesahlah untuk curi makan. tapi tidak pada kali ini. Setiap hari Dr.Malinda akan bertanyakan berat aku. so, sangat risau kalau berat naik. jadi aku akan cuba untuk pastikan setiap hari ada penurunan walaupun hanya 100gm.

Semasa menjalani program, memang ada ketikanya kite teringin untuk makan something yang kite tidak dibenarkan untuk makan. seperti makanan bergoreng, gula dan berkanji. apa yang aku lakukan adalah menggantikan benda tu semua kepada yang aku boleh makan. seperti ayam goreng kepada ayam bakar. gula kepada stevia. dan untuk makanan yang memerlukan tepung, aku menggantikannya kepada tepung kelapa yang tidak mengandungi kanji. supaya tidak bosan semasa berdiet kite perlulah kreatif dalam penyediaan makanan kerana ianya sangat penting untuk menggalakan kite berdiet.

Aturan makan seharian aku , pagi breakfast shake (shaklee), minum pagi cinch tea (shaklee) dan makan sebiji epal, tengah hari makan satu jenis protein (ikan, ayam, daging) dan sayuran, petang minum cinch tea dan buah, malam minum shake. tadaaaaa. kenyang! Betul aku tak tipu...memang kenyang. ingat! jangan skip meal.

dari mula aku berdiet sehinggalah ke hari ini itulah rutih harian yang tidak berubah. sudah berbulan bulan macam tu. exercise pula kalau ada masa baru aku lakukan seperti senam arobik, exercise ball dan bersauna. mudah je. kalau kite control makan tak perlu untuk bersusah payah senam bagai nak gila. tapi kalau nak gila gila jugak senam, lagi bagus, cepat siket kurus. hehehehehehe

Bila aku balik kampung atau kemana2 biasanya aku bawa bekal. pagi pagi lagi dekat umah mak dah kentang kentung masak untuk lunch nak bawa bekal. mak aku pun dah tak tanya aku nak makan apa sebab dia tau aku tengah berdiet. jadi pada aku tak de masalah pun kite ke mana  pun semasa berdiet. atas usaha sendiri untuk berdiet ni. kena kuatkan semangat. 

macam sekarang ni, bila dah ramai orang tegur aku semakin kurus, ianya membakar lagi semangat untuk turunkan berat badan lagi. jangan berat dah turun pastu gi makan macam biasa pulak. sudah semestinya berat akan naik semula. so pada semua dieters di luar sana. teruskan usaha anda untuk menjadi lebih cantik dan lebih sehat. semuanya bergantung kepada usaha gigih anda. u are what u eat!


selamat menjalani hidup lebih sehat dari aku pembuat kek tegar! hahahahahahaha tapi aku tak makan yea!

Wednesday, February 26, 2014

SeRbuK RoTi

Assalammualaikum...

apa khabar semuanya hari ni? hope sihat la ek. aku macam dah ada tanda tanda nak batuk dan selsema ni. mintak mintak tak jadi. nak kena makan vita - C ni. mencegah lebih baik dari mengubati. chewaaah!


Hari ni aku nak share tutorial macam mana nak buat serbuk roti. mudah je. aku memang tak suka beli serbuk roti kat kedai tu pasai warna oren. tapi kalau jumpa warna putih aku beli. tapi kat dungun ni payah nak dapatkan serbuk roti warna putih tu, so aku prefer untuk buat sendiri. Kebetulannya pulak, korek korek peti ais terjumpa lak roti hotdog yang entah berkurun bila..hahahahaha..selagi roti tu tak berkulat, makna nya ok la kan. roti ni kalau kite rasa tak habis nak makan jangan simpan kat luar, letak dalam peti ais boleh tahan lebih lama. macam sekarang ni la, kalau tak nak makan boleh buat serbuk roti. jimat!

Moh Buat Serbuk Roti

Roti secukupnya


1. potong kecil roti. kalau guna roti keping tak perlu buang kulit.
2. susun dalam dulang, dan bakar selama lebih kurang 10 mint pada suhu 150C. bakar sehingga kering.
3. Kemudian kisar serbuk roti sehingga halus. Simpan dalam bekas dan dalam peti ais.

 Selamat mencuba!