Friday, September 21, 2012

NaSi GoRenG uDanG

hye...selamat pagi semua...selamat berhujung minggu bagi penduduk negeri terengganu, kelantan dan kedah....ehhh yer tak aku ni...kedah? ermmmmm hehehe




Ok... yang confirm nye aku di dungun ni sedang bercuti...jumaat dan sabtu...hari ni pagi pagi lagi sudah menguruskan kebun...tajak dan meracun...bila lagi nak buat kan kalau bukan waktu cuti..setelah 3 bulan berpindah kerumah baru ni..baru lah nak bertegur sapa ngan jiran...itu pun jiran aku yang datang menyapa...ishhh apa lah aku ni...x hormat orang tua langsung....apa pun satu ukhwah sudah terjalin....

Berbalik kepada cerita kebun tadi...hari ni jugak aku telah merasmikan pokok daun bawang aku...kerat siket masuk dalam nasi goreng...seronok sungguh nengok pokok yang kite tanam sudah besar panjang dan berbudi pada kite semula....hehehe..ehhh panjang plak ceritanye yea...ok moh masak k...pagi ni aku masak nasi goreng udang..jom!

Moh Masak Nasi Goreng Udang



3 ulas Bawang putih -ditumbuk
2 ulas bawang merah- ditumbuk
2 ulas cili padi-dihiris
1/2 btg Lobak merah- dipotong dadu ( boleh juga kalau nak guna sayur campur)
10 ekor Udang - dipotong kecil
2 mangkuk Nasi
1 sk Minyak bijan
1 sb Kicap cair
1 bj Telur
4 helai Daun bawang- dihiris
garam
serbuk lada sulah

  1. Tumis bawang yang telah ditumbuk dengan sedikit minyak.
  2. Apabila bawang sudah layu boleh lah masukkan cili padi dan lobak merah. masak sehingga lobak merah separuh masak.
  3. Kemudian masukkan udang, goreng sebentar dan perasakan garam.
  4. Masukkan nasi, lada sulah, kicap cair dan minyak bijan. goreng lagi.
  5. Ketepikan nasi ketepi kuali, pecah kan telur. apabila telur mula mengeras hancurkan dan gaul bersama nasi semula.
  6. Masukkan hirisan daun bawang dan goreng sebentar. siap untuk dihidang.
Selamat mencuba!

Wednesday, September 19, 2012

FriTTo MiStO


Fritto misto bermaksud fried mix...ini semua gara gara menonton rancangan giada at home...tu yang buat kecur air liur...terbayang bayang kerangupan bila giada makan fritto misto ni...haishhhhhh... x boleh jadik ni...lantas aku pun membuat la hari ni...hehehehehehe

Kite boleh guna sayuran apa jer yang kite suka...macam giada di menggunakan kobis bunga, fennel, kacang buncis, gabanzo beans dan lemon. tapi aku tukar sedikit mengikut selera aku... fritto misto ni sesuai dijadikan minum petang...boleh gantikan goreng pisang kih kih kih....sesuai juga untuk dijadikan sebagai pembuka selera...


 
 
Moh Masak Fritto Misto
 
 
1/2 btg Lobak merah - dipotong nipis
1/2 biji Fennel - dihiris nipis
1/4 biji Kobis bunga - dipotong kecil
10 btg Asparagus - dipotong panjang
3 bj Cendawan butang- dhiris tebal
1 cwn Tepung Gandum
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Lemon Mayo
Mayonis
Jus lemon
 
  1. cara nak buat sangat mudah. panaskan minyak. bahan bahan yang telah dipotong hendak lah dibasuh dahulu. kemudian masukkan dalam tepung.  barulah tepung akan melekat pada sayuran.
  2. kemudian goreng sehingga benar benar garing.
  3. siap untuk dihidang bersama lemon mayo.


 
 
Selamat mencuba!

Tuesday, September 18, 2012

IkAn tEnGGiRi KiCap BerSaMa uBi kEnTanG

Terima kasih pada en.Azam kerana memancing ikan tenggiri yang comel lote ni.... tapi sayang seribu kali sayang dia tak dapat merasa..hehehe...abis aku ngan azlina samsudin tibai sampai licin....sangat fresh rasanya...ikan segar dari laut la katakan...nanti mancing lagi yea....



Asal asal planning nye nak masak ikan tenggiri taucu...g la keluar beli barang semua... dah sampai umah nak masak baru teringat terlupa nak beli taucu...malas la nak kuar semula... masak je tinggiri kicap...ermmmm sedap gak...

Ikan tenggiri ni memang kecik je...anak lagi...biasa aku jumpa tengiri besar besar bapak...tapi yang ni alaaaa cute jer...hehehehehe



Moh Masak Ikan Tenggiri Kicap Bersama Ubi Kentang



3 ulas Bawang merah- ditumbuk
2 ulas Bawang putih - ditumbuk
5 ulas Cili padi - ditumbuk
1/2 cwn Air
1/4 cwn Kicap manis
1 biji Ubi kentang - dipotong nipis dan digoreng
4 keping Ikan tenggiri- digaul garam dan kunyit dan digoreng
1/2 btg Lobak merah
80 gm Kobis bunga
1/2 bj Bawang besar dihiris
garam dan gula


  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk sehingga garing.
  2. masukkan air. Masukkan kicap. Masak sehingga mendidih. perasakan garam dan gula.
  3. Apabila sudah mendidih masukkan lobak merah dan kobis. masak sehingga sayur empuk.
  4. Kemudian boleh la masukkan ubi kentang dan ikan tenggiri.
  5. Siap untuk dihidang.
Selamat mencuba!

piZZa FrEnZy!


Hye bersua kembali di pagi ini dengan penuh barakah...hari ni aku nak berkongsi resepi pizza. resepi pizza ni mudah jer...cara nak buat pun senang...campur semua bahan dan uli. bagi topping nya pula ikut citarasa masing masing. topping pizza yang aku guna ialah sosej, isi ayam dan tuna dalam tin. roti pizza ni lembut, aku simpan 2 hari pun masih lembut...kalau tak caya cubalah nanti.
Moh Masak Pizza
Doh Pizza
500 gm Tepung berprotein tinggi
4 gm Yis segera
1/2 bj Telur
1/4 sk Garam
65 gm Mentega
1/8 cwn Minyak zaitun
250 ml Air suam
  1. campurkan semua bahan dan uli sehingga sebati dan doh menjadi lembut. rehatkan doh sampai sekali ganda.
  2. Gelek doh mengunakan pengelek sehingga nipis dan bulat. aku wat bentuk 4 segi dan bulat. kalau suka makan pizza yang nipis gelek sampai betul betul nipis.
  3. Rehatkan 10 minit kemudian bakar pada suhu 180 selama 10 minit.
  4. Apabila roti pizza telah sejuk boleh la disapukan rata sos tomato dan letakkan topping. akhiri dengan meletakkan keju.
  5. Bakar pizza sehinnga keju cair.
Sos tomato
3 ulas Bawang putih - dicincang halus
1 helai daun bay
1/8 sk oregano
1 lt Tomato coulis - kalau tak ada boleh guna tomato pes yang dicampur buah tomato dan air.
  1. Tumis bawang putih. masukkan tomato coulis, oregano dan daun bay. perasakan garam.
Topping
1 bj Lada benggala hijau -potong petak
1 tin Nenas - hiris
1/2 tin Zaitun hitam - hiris
1 pkt Sosej - hiris
5 keping dada ayam - dibakar dahulu kemudian potong dadu
1 tin Cendawan butang
2 bj Bawang besar
250 gm Keju mozarella- di parut
1 tin Tuna dalam minyak
  1. bahan bahan topping boleh diletak mengikut citarasa anda.


    Selamat mencuba!

pOkOk tiMun SaYa....

Ini pokok timun aku yang aku tanam sebelah rumah...buat masa ni dah ada 3 biji yang besar...tapi besar yang masih belum boleh dimakan...tunggu sket masa lagi..besar sket lagi...baru boleh makan... nak tanam timun ni mudah jer...cuma masalah yang aku hadapi ialah serangan serangga atau lebih dikenali dengan istilah serangga perosak...habis dia makan daun pokok aku...aku tanam sepuluh benih.. tapi yang hidup sampai ke hari ini hanya 6 pokok...tapi tak pe la...alhamdulillah yang 6 pokok sudah membesar dengan sehat...hehehehehe







Selamat bercucuk tanam...!

Monday, September 17, 2012

mEE HaiLam

Makan malam semalam juz buat mee hailam je...malas nak masak benda lain...2 orang makan sebungkus mee kuning...licin...itu tandanya apa yek? mee hailam nye sedap ke atau lapor...hehehehe




Aku ni kurang siket makan mee...aku lebih suka kuey teow or mihun...tapi sejak kebelakangan ni memang suka plak makan mee...mungkin kalau masak sendiri je kot... kalau makan kat kedai tak...ermmmmm hehehe

Apa beza mee hailam ngan mee goreng? mee hailam berkuah sedikit...tapi mee goreng kering kan...kalau mee goreng mamak lagi kering n ada pecah telur...ermmmm sedapnye... macam nak makan mee goreng mamak plak....kihkihkih

Resepi mee ni aku hentam saja...tapi sebab rasanya boleh tahan sedap (masuk bakul angkat sendiri) maka aku kongsilah di sini..kalau nak tambah bahan lain pun boleh seperi hirisan cili merah, daun bawang, daun sup...dipersilakan..aku tak letak memandangkan tak ada stok kat rumah...guna apa yg ada je....jom la masak....


Moh Masak Mee Hailam



3 ulas Bawang merah- ditumbuk
2 ulas Bawang putih- ditumbuk
3 bj Cili padi- ditumbuk
minyak masak
2 sb Cili kisar
5 ekor Udang -dibuang kulit
1/2 ekor Sotong-di hiris bulat
50 gm Daging- hiris nipis
50 gm Isi ayam -potong dadu
1 cwn Air
3 sb Kicap manis
2 sb Kicap pekat
gula
garam
1 bungkus Mee kuning-basuh dahulu
3 tangkai Sawi - dipotong pendek
80 gm Kobis bulat - dipotong kasar


  1. Mula mula tumis bahan tumbuk hingga layu dan naik bau.
  2. Masukkan cili kisar dan goreng hingga cili garing. masukan udang, sotong, daging dan ayam. masak hingga sebati.
  3. Kemudian masukkan air, kicap, gula dan garam. apabila rasa dan warna dah ok, boleh masukkan sayur dan mee.
  4. Masak sekejap kemudian sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba!

Tuesday, September 11, 2012

ChoCoLatE MoUsSe

Baru baru ni ada wat chocolate mousse...chocolate mousse ni macam ice cream sket sket...tapi bukan ice cream...tekstur nya pekat dan creamy...kalau ice cream kite kena letak dalam freezer kan...tapi kalau chocolate mousse ni memadailah hanya di letakkan di chiller saja...
 
 
 
Tak mau bercerita panjang...moh kite nengok sket macam mana nak buat chocolate mousse ni...
 
 
Moh Masak...ehhhh tak masak la...
 
Moh Buat Chocolate Mousse
 
 
Bahan 1
 
23 gm Gula kastor
2 bj Kuning Telur
60 gm Coklat masakan - cairkan
165 gm Whipping cream - tanpa gula
 
Bahan 2
 
23 gm Gula kastor
2 bj Putih telur
 
  1. Pukul putih telur dan gula sehingga kembang. jika diterbalikkan mangkuk adunan putih telur tidak jatuh - meringue. ketepikan.
  2. Pukul whipping cream sehingga kembang dan keras. ketepikan.
  3. Pukul gula kastor dan kuning telur sehingga kembang. bewarna kuning cair. kemudian masukkan coklat cair kedalam adunan telur. kacau hingga sebati.
  4. tanpa berlengah lagi terus masuk kan whipping cream dan meringue dengan kaedah kaup balik. pastikan adunan sebati.
  5. sejukkan didalam chiller/ peti sejuk.
  6. Apabila adunan telah sejuk ianya akan mengeras sedikit. boleh lah dipaipkan kedalam gelas dan hiaskan dengan buah buahan segar.
Ps: Apabila coklat telah di masukkan ke dalam telur, ianya akan mula mengeras. jadi cepat cepat masukkan whipping cream dan meringue untuk mengelakkan coklat berketul ketul.
 
Selamat mencuba!

SuP BroKoLi bErsaMa KeJu

Pernah makan sup brokoli? cuba la...rasanya sedap...kalau kamu semua tak suka brokoli boleh juga di tukar dengan sayuran lain seperti carrot, kobis bunga, ubi kentang, cendawan dan macam macam lagi... cuma tukar sahaja sayuran tadi, kuantiti tetap sama..bila masak sup ini, kesukarannya adalah untuk mengekalkan warna hijau yang terdapat pada brokoli tersebut. bila kita masak terlalu lama, sup ini akan bertukar warna pucat atau kekuningan. jadi kalau nak buat sup brokoli ni jangan terlebih masak brokoli nya...nanti warna sup tak cantik. walau bagaimanapun, rasa nya tetap sedap..hehehehe.
 
 
 
Dalam sup ini aku menambah keju..nak bagi rasanya dan kesedapannya meletup letup kebaaboom! kih kih kih. keju yang aku gunakan ialah cheddar. ini kerana cheddar mempunyai tekstur yang lembut tetapi tidak hancur di dalam sup dan juga rasanya yang tidak terlalu masin...orang kata sedang sedang elok je...so masa kita makan tu nanti ada lah tergigit gigit cheddar...ermmmm...yummy!
 
Moh Masak Sup Brokoli Bersama Keju
 
 
 
Resepi untuk 4 orang
 
500 gm Brokoli - di potong kecil
50 gm Bawang besar- potong dadu
100 ml Susu segar
100 gm Keju cheddar- di parut
4 sb Mentega
1 lt Stok ayam - aku campur 1 lt air dengan 20 gm Serbuk pati ayam
2 sb Tepung gandum
 
  1. Panaskan mentega dan tumis bawang besar yang telah di dadu.
  2. Apabila bawang telah layu masukkan brokoli. kacau sebentar. kemudian masukkan tepung. kacau sehingga rata.
  3. Masukkan stok ayam dan reneh sehingga brokoli lembut.
  4. Apabila brokoli telah lembut, padamkan api.
  5. Kisar sup sehingga benar benar hancur. tuang kembali kedalam periuk.
  6. Panaskan sup semula, masukkan susu segar dan keju. perasakan garam. ( tapi kalau dah gunakan stok ayam yang serbuk tu tak perlu tambah garam..kerana rasanya memang dah ok)
  7. Siap untuk dihidang.
 
Selamat mencuba!
     

PiNeappLe UpSiDe DowN

 


Kek nenas tungang terbalik...hehehehehhe...aku dah lama giler tak makan kek ni...baru baru ni ada rakan sekerja bagi kat aku...sedap...terus aku minta resepi...kih kih kih...thankz yeay akak kayda beri resepi ni...resepi ni pula diambil dari rakan sekerja yang lain....en.sazali...so minta pula izin dari dia untuk berkongsi resepi yang sedap ni kat blog moh masak...thankz a lot for both of you...

Moh Masak Pineapple Upside Down

150 gm Tepung naik sendiri
2 bj Telur
90 gm Marjerin
1/2 cwn Jus nenas dalam tin
1 sk Vanilla essence
100 gm Gula kastor

hiasan:

7 keping Nenas bulat (ring) dalam tin
7 bj Maraschino ceri


Pukul marjerin dan gula kastor hingga kembang.

kemudian masukkan telur dan esen vanilla.

selepas itu masukkan tepung di selang selikan bersama jus nenas.

Didalam loyang bulat, sapu marjerin dan taburkan gula perang. susun nenas dan letakkan ceri di tengah lubang nenas.

Apabila adunan sudah sebati boleh la dituang kedalam loyang.

Bakar pada suhu 175 selama 35 minit.

 


 
 

Thursday, September 6, 2012

PuDinG KaRameL GuLa HanguS

Sekali sekala makan benda benda manis ni memang menyelerakan. hari ni aku kongsi resepi puding karamel gula hangus. rasa puding ni memang sedap...ditambah pula dengan kemanisan gula hangus...yummy!
 
 
 
saiz puding yang aku buat kecil sahaja...mengunakan ramekin bersaiz kecil...kalau kamu semua nak buat dalam bekas besar pun tak der masalah...cuma waktu membakarnya sahaja yang berubah. setelah dibakar masukkan dalam peti ais...puding ni sangat sedap jika dimakan sejuk...
 
Moh Masak Puding Karamel Gula Hangus
 
 
 
4 biji Telur
1/2 cwn Gula kaster
secubit garam
1 tsp Vanilla essence
2 1/2 cwn Susu segar
 
Gula hangus
 
200 gm Gula Kaster
30 ml Air
 
  1. Campurkan bahan gula hangus. masak sehingga gula cair dan bewarna keperangan. jangan masak sehingga bewarna gelap. nanti rasa gula tersebut pahit.
  2. Tuangkan gula hangus kedalam acuan. lakukan dengan cepat kalau tidak gula akan mengeras.
  3. Campurkan semua bahan puding. kacau sehingga semuanya sebati.
  4. Tapis adunan dan tuangkan ke dalam acuan yang mengandungi gula hangus tadi.
  5. Susun acuan kedalam loyang/ dulang yang mengandungi air (water bath). Bakar pada suhu 175C selama 50 minit atau sehingga masak.
  6. Setelah dibakar biarkan sejuk dahulu kemudian baru masukkan ke dalam peti ais.
     

NaSi LeMak + SamBal TumiS iKan BiLis

Hari ni sarapan nasi lemak...tambah ayam goreng..sambal tumis ikan bilis..bawa bekal g opis...hehehehe
resepi nasi lemak boleh diambil disini...
Itu hari wat sambal telur kan...ini hari aku buat sambal ikan bilis....
Moh Masak Sambal Tumis Ikan Bilis
3 ulas Bawang putih - ditumbuk
1/2 inci Belacan bakar
1 biji Bawang besar-hiris
1 cwn Cili kering kisar
minyak
1/2 sb Asam jawa dibancuh air
1/2 cwn Ikan bilis
Gula dan garam
Mula mula panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga kekuningan. kemudian masukan cili kering kisar dan belacan, masak sehingga garing. Tambahkan bawang besar dan air asam jawa. Masukkan ikan bilis. kemudian perasakan gula dan garam. dah siap...mudah je kan....
Untuk ayam goreng pula...aku sekadar lumurkan ayam dengan serbuk kunyit, garam dan sedikit serbuk kari...kemudian goreng sehingga garing...




Monday, September 3, 2012

GuLai LeMaK tELur iTik

Sebenarnya lama dah buat lauk ni....baru la nak letak kat entri...hehehehehe...basi sudah... telur ni adik ipar yang bagi...dia ada pelihara itik...jadi banyak lah telur itik tu kat rumah dia...bila dah bagi kat aku ni plak...dalam kepala tak ada lain dah...gulai lemak telur itik lah...kalau nak buat kuih...macam malas la plak...actually banyak jugak kuih kuih tradisional kite yang guna telur itik.. macam bahulu, kuih akok...lagi apa yek...hehehehehehehe...ehhh tadi kata banyak kan....
 
 
 
dah ignore je semua benda yang aku merapu tu....now focus macam mana nak gulai lemak telur itik ni...
 
 
Moh Masak Gulai Lemak Telur Itik
 
 
 
15 bj Cili api - mengikut tahap kepedasan masing2 - dikisar
1/2 inci Kunyit hidup - dikisar
1 bj Kelapa diambil santan
1 helai Daun kunyit
1 kpg Asam keping
4 bj Telur itik
serbuk kunyit
garam
 
Campur bahan kisar, santan, daun kunyit dan asam keping. Kacau sehingga mendidih. kalau kurang warna kuning boleh la tambahkan serbuk kunyit.  Apabila santan mula mendidih boleh pecah kan telur sebiji demi sebiji. jangan dikacau nanti telur pecah. perasakan garam. sedia untuk dihidang.
 

NaSi gOrEnG Tom Tom Bak...ehhhh Tom Yam...

Dulu ada sekali tu aku g kedai makan...aku order nasi goreng tom yam... pergghhhh memang sedap...lepas tu aku pun start diet carbs...setahun je aku diet carbs... kemudian aku pun kembali ke alam nyata...then aku g la kedai tu semula... order nasi goreng tom yam... tapi sayang seribu kali sayang....dah x sama rasanya....and dah kureng sedap...

 

Baru baru ni plak...tekak ni tetiba teringat semula nasi goreng tom yam...ermmmm apa lagi..masak sendiri je...x tau la sedap ke tak...dah siap masak....rasa nk melompat... sedap la hai....ehhhh macam masuk bakul angkat sendiri yek...hehehe..tapi sungguh...sangat sedap..klu x caya try la buat...ermmmmm cuma warna nye je kot macam tak menarik... but its ok..dont judge a book by its cover....

Moh Masak Nasi Goreng Tom Yam

 
2 ulas bawang putih - ditumbuk
3 bj bawang merah - di tumbuk
5 bj cili api - ditumbuk
1 paket Pes tomyam
5 ekor udang
1 ekor sotong- dipotong bulat
sedikit daging
sedikit isi ayam
2 urat kacang panjang - dipotong pendek
1/4 btg lobak merah- dipotong julienne
20 gm bunga kobis - di potong kecil
1 btg serai- di potong 1 inci
3 helai daun limau purut- di koyakan
1 bj Telur
3 cwn nasi
minyak
garam

  1. Tumis bawang putih, bawang merah dan cili api sehingga garing.
  2. Masukkan pes tomyam, serai dan daun limau purut. 
  3. Kemudian, masukkan udang, sotong, daging dan isi ayam.
  4. Tambahkan sedikit air dan masukkan sayur sayuran yang telah di potong.
  5. Apabila sayuran hampir lembut, boleh lah perisakan garam dan masukkan nasi.
  6. Masukkan telur dan goreng hingga kering.


selamat mencuba!