Friday, September 12, 2014

CaRRoT OaT CaKe

Assalammualaikum...

Hye semua...tu dia MeLLMeRaH ke udara lagi...hehehehehe...dah dapat tempo la tu...semangat dah ada untuk menulis lagi...hari ni nak share sket resepi yang di ambil dari dapur kak ita kite..iaitu carrot oat cake...ada 2 version aku buat nih...satu versi cupcake satu lagi whole cake. untuk whole cake aku buat yang macam kak ita buat iaitu cheesy crunchy carrot oat cake.


Dalam banyak banyak resepi carrot cake yang aku guna, aku paling suka resepi yang ni sebab kek nye agak ringan berbanding resepi lain yang agak padat. ditambah pulak ada oat, bagus untuk jantung...kihkihkih...




Resepi untuk frosting nye pulak aku olah sedikit dari yang asal, sebab aku lebih suka guna cheese frosting resepi yang aku ada nih. Resepi asal bagi frosting nye nih adalah resepi krim cheese bagi kek Black & White Russian Chocolate Cake yang aku penah wat itu hari. memag suka ngan tekstur dan rasanya.

Bagi whole cake nye ni aku tabur gak cheese kat atas tu, cheese yang aku guna kan ada lah cheddar cheese.

Moh la, tunggu apa lagi...

Moh Masak Carrot Oat Cake



Resepi Kek
200 gm tepung gandum atau tepung kek
1/2 sudu besar soda
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
~ Kesemua bahan ini di satukan kemudian di ayak.  Serbuk kayu manis tu kalau tak nak kuat sangat bau dia boleh kurangkan.

250 gm lobak merah yang telah di parut dan telah di perah.
 ~ Lobak ni kita parut halus, kemudian kita perah dan buang airnaya. Lepas tu baru timbang untuk dapatkan 250 gm tadi

150 gm nenas dalam tin
~ airnya jangan buang sebab kita akan gunakan juga nanti. Nenas ni potong kecil atau cincang kecil, perah sikit arinya dan timbang untuk dapatkan 150 gm adunan tadi.

100 gm almond nibs
~ pangang selama 5 minit dalam oven pada suhu 160 C

40 gm kelapa kering 
80 ml jus nenas dalam tin

240 gm gula halus
180 gm minyak jagung
2 biji telur A saiz

Kaedah Penyediaan


Putar gula dan telur hingga kembang
Masukkan minyak jagung dan putar lagi hingga sebati dengan kelajuan sederhana
Masukkan campuran tepung yang telah di ayak tadi dan kaup balik sempurna
Di dalam bekas lain, satukan lobak merah, nenas, almond dan kelapa kering
Gaul sebati
Masukjkan campuran lobak, almond, nenas dan kelapa kering, kaup balik sebati
Tambahkan jus nenas dan kaup balik sempurna

Sediakan loyang ukuran 8 


Lapik loyang dengan kertas pembakar dan oleskan sedikit buter pada loyang
Tuangkan adunan
Bakar adunan di dalam ketuhar pada suhu 170C yang telah di panaskan dahulu selama 15 minit
Bakar kek selama 1 1/2 jam.
Bila dah masak, biar sebentar dalam loyang dan kemudian terbalikan atas redai

Sementara kita tunggu kek kita masak, bolehlah kita sediakan krimnya dan Caramel almond nib


Krim Keju 

Bahan A
12 gm halal gelatin
60 gm air

Bahan B
400 gm krim keju
2 sudu teh jus lemon
60 gm gula icing

Bahan C
300 gm Krim Putar bukan tenusu

Mula-mula kita cairkan gelatin dahulu.
Satukan gelatin dalam air
Kemudian cairkan secara kukusan 

Satukan bahan B
Pukul hingga lembut
Campurkan gelatin dan pukul hingga licin
Dalam bekas lain, pukul krim putar bukan tenusu hingga kental
Kaup balik krim putar dalam krim keju hingga bergaul sempurna

Resepi Caramel Almond nib

100 gm badam cincang
100 gm gula
20 gm butter
Masukkan gula dan badam dalam kuali dan panaskan dengan api sederhana hingga berkaramel. Kacau hingga karamel tersalut pada keseluruhhan badam dan nampak kuning keemasan
Tutup api dan masukkan mentega
Kacau hingga rata dan berderai

Bila kek kita dah masak, potong bahagian atas yang keras
Kemudian kita potong kek kepada 2 bahagian
Letak kek atas lapik kek atau pinggan
Letakkan 1 keping kek, letak krim keju dan ratakan
Tutup selapis kek lagi dan salutkan keseluruhan kek dengan krim keju
Salutkan kek dengan parutan keju cedar (kraft, embrog)
Akhir sekali hiaskan dengan taburan croqant


hehehehe...ni cuppies untuk en.azam...

Selamat mencuba!

Sunday, September 7, 2014

KeK MinYaK

Assalammualaikum...

Hai lama kan aku menyepi...ermmmm nak wat cam mana ngalahkan perdana menteri bz nye..

dah hampir 2 bulan menyepi diri, nasib blog ni x bersawang lagi.

ok lah hari ni nak share resepi kek minyak. kek ni aku buat masa raya itu hari. haaa punya la lama dah sebulan resepi ni di peram..kihkihkih.



Resepi di ambil dari azie kitchen, kek minyak ni ala ala kek marble tapi menggunakan minyak. hasilnya kek yang gebu, lembut dan yang penting sekali sedap. nak buat nye pun mudah saja. tunggu apa lagi moh kite nengok resepinye...

Moh Masak Kek Minyak



5 biji telur
1/2 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum 
1 sk baking powder
1 cawan susu pekat 
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak jagung
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit perisa yang disukai - tak letak
Sedikit pewarna kuning, merah dan biru


1. Ayak tepung gandum bersama baking powder. Ketepikan. Lenser loyang kek dengan mentega. Alaskan dengan baking paper.

2. Pukul telur bersama gula dan ovallate sehingga kembang. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap. Masukkan minyak dan perisa sambil dipukul sekadar untuk adunan bergaul rata.

3. Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit sedikit. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan kepada 3 adunan lebih kurang 320 gram setiap warna. Tuangkan ke dalam loyang saiz 8 atau 9" dan corakkan warna ikut kreativiti masing masing.
4. Bakar pada suhu 175C selama 40 minit atau sehingga masak. 
Selamat mencuba!

Sunday, June 22, 2014

KeK OreO

Assalammualaikum

Lama giler kan MeLLMeRaH x bersiaran. Apa la nk jadi ni. Mana hilangnya semangat tahun baru itu hari. Haaaaishhh hangat hangat tahi upssss jijik taw...blog blog makan sebut najis najis ni..hehehe

Hari ni sedang aku bakar kek ni. Aku rajinkan sket diri ni kongsi resepi. Kat dalam oven tu sedang berbau harum adalah kek oreo. Memandangkan aku nak buat 3 lapis, so aku akan bakar 3 kali. X mau potong potong.
berbukit lak kek aku tu...haishhh kena la potong gak...


Resepi ni aku amik dari sifu kek, siapa lg kalau bukan kak azlita. Mohon share di sini plak kak yea...
Resepi nya sangat la senang, nengok ni buktinya...tengah baking boleh update blog. Moh kite nengok resepinye ek.

Moh Masak Kek Oreo



250 gm Mentega
1 cwn Gula
2 cwn tepung naik sendiri
1 sk serbuk penaik
1 sk esen vanila
4 biji telur
7-8 kpg biskut oreo yg telah dihancurkan.
1. Campurkan semua bahan. Kecuali biskut oreo.
2. Pukul selama 2 minit.
3. Menggunakan senduk kayu campurkan oreo dan kacau sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Dan bakar pada suhu 170 selama 20-25 minit. Atau sehingga masak.

Untuk resepi ni aku menggunakan loyang kek saiz 6 inci.
Selamat mencuba!

Monday, May 19, 2014

Menu Diet: SeSaMe SuPer BaR

Assalammualaikum....

Hari ni nak share resepi untuk orang yang sedang berdiet. kadang kadang kite ni bukan lah makan banyak sangat kan. tapi suka ngup ngap ngup ngap. so, untuk menyelamatkan diri kite dari makan benda yang tinggi kandungan gula, karbohidat dan cholestrol...makanya hari ni aku nak share sesame super bar. bahan utama dalam resepi ni sudah tentunya sesame seed atau bijan. bijan ni banyak khasiatnya antaranya ialah boleh mencegah kanser, diabetes, untuk kecantikan kulit, menguatkan tulang dan macam macam lagi.


haaa baguskan. resepi asal di ambil dari sini. Blog Green kitchen stories ni banyak berkongsikan menu sihat dan makanan vegetarian. boleh la jengah jengah ke sana untuk dapatkan lebih banyak resepi untuk kesihatan. Resepi dibawah telah aku olah mengikut bahan yang ada di dungun...hehehehehe

Moh Masak Sesame Super Bar
 

1 1/2 cawan walnut
 1 cawan  bijan
1/3 cawan Kranberi kering, potong kecil
1/2 cawan kismis, potong kecil
4 sb Madu asli
1/2 cawan kelapa kering (tidak manis)
1 sk Garam

1. Panggang kacang walnut. kemudian kisar sehingga halus.
2. Masukkan bijan dalam kuali dan goreng tanpa minyak sehingga kekuningan.
3. Campurkan kesemua bahan dan kacau sehingga sebati.
4. tuangkan dalam loyang berukuran 8 inci. tekan sehingga padat.
5. sejukkan dalam peti ais dan simpan semalaman sebelum potong.

Selamat mencuba!



Friday, May 16, 2014

FareWeLL CaKe

hye..

jus nak share kek yang di tempah baru baru ni. moh cuci mata..

Kek di dalam adalah Russian Black & White Chocolate Cake. Untuk resepi boleh amik disini. Kek ini ditempah untuk oleh seorang rakan untuk rakannya yang akan berpindah dan akan bersama keluarga setelah lama terpisah kerana berlainan tempat kerja. begitulah hidupkan. penuh dengan dugaan dan cabaran. namun akhirnya kesabaran telah membuahkan hasil.





Kek dibawah ini pula ialah Kek coklat Moist Lapis Cheese. Untuk kek ini...nanti aku akan kongsikan resepinya k.


Ok. Yang ini pula Carrot Oat Cake. kek ni rasanya memang sedap. Nak resepi? hehehehehe... nanti aku akan kongsikan.

auntuk tempahan boleh hubungi 0192757075

RuSSiaN BLaCK & WhiTe ChoCoLaTE CaKe

Hye...

ini kek yang sangat sangat sedap. Kaya dengan rasa coklat dan cheese. aduhhhh ni kalau makan banyak mau naik berat badan. Kek ini ditempah oleh seorang isteri untuk suaminya. Jadi aku mengambil kesempatan membuat figurine ibu mengandung memandangkan mereka sedang menunggu kelahiran anak sulung mereka. didoakan agar semuanya selamat.



Moh Masak Russian Black & White Chocolate Cake

Kek Coklat Lembab

Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
Satukan semua bahan
Kemudian ayak
Ketepikan

Bahan B
3 biji telur A saiz
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung

Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, bolehah tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis.


Bahan D
250 ml air panas

Satukan semua bahan B
Pukul hingga putih
Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis
Pukul hingga sebati
Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula.
Tambahkan air panas dan gaul rata
Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak

Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C
Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.
Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih.
Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna.
Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.
Sejukkan kek atas redai setelah masak



Krim Keju Moca

Bahan A
12 gm halal gelatin
60 gm air

Bahan B
400 gm krim keju
2 sudu teh Nescafe segera ~ boleh juga letakkan pes Moca
60 gm gula icing

Bahan C
300 gm Krim Putar bukan tenusu

Mula-mula kita cairkan gelatin dahulu.
Satukan gelatin dalam air
Kemudian cairkan secara kukusan

Satukan bahan B
Pukul hingga lembut
Campurkan gelatin dan pukul hingga licin
Dalam bekas lain, pukul krim putar bukan tenusu hingga kental
Kaup balik krim putar dalam krim keju hingga bergaul sempurna
Masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais



Chocolate Ganache

Bahan A
250 ml krim tenusu
40 gm sirap glukos

Bahan B
400 gm coklat masakan gelap
30 gm mentega


Satukan krim tenusu dan sirap glukos, didihkan sehingga timbul buih-buih kecil di tepi periuk
Coklat masakan gelap di cincang halus
Tuangkan krim panas dalam bekas coklat dan biarkan coklat mencair, gaul rata
Masukkan mentega dan gaul sempurna
Sejukkan
Masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais






Sirap Nescafe

1 sudu besar Nescafe segera
1/4 cawan air suam

Satukan semua bahan dan kacau rata 

Kaedah Penyediaan
Kek yang telah sejuk dipotong kepada 4 kepingan 
Letakkan 1 keping kek atas lapik kek
Sapukan sirap Nescafe di atas permukaan kek rata. 
Boleh juga masukkan sirap dalam botol spray dan spraykan atas kek
Ini bertujuan untuk melembabkan kek
Paipkan di tengah-tengah kek secara menyerong, garnache coklat diikuti krim keju moca
Lakukan berselang seli sehingga habis
Letakkan pula sekeping lagi kek dan seperti yang pertama sapukan juga sirap Nescafe.
Kemudian paipkan pula krim keju moca pula di tengah kek secara menyerong
Ulang proses yang sama hingga habis semua lapisan kek
Kemaskan tepi kek
Simpan sebentar dalam peti ais
Kemudian salutkan atau lempa kek dengan baki krim keju moca pada keseluruhan kek
Simpan semula dalam peti ais hingga krim keju mengeras
Ambil lebihan Garnache dan cairkan dengan kaedah kukusan Double boiler
Alihkan kek atas redai
Alas redai dengan loyang supaya lebihan garnache tumpah ke dalamnya
Tuangkan garnache atas di tengah kek, kemudian di tepi hingga ganache meleleh turun dan menyaluti keseluruhan kek
Sendengkan ke kiri dan ke kanan loyang supaya ia rata
Biarkan sebentar
Simpan kek dalam peti ais hingga ganache mengeras
Hias kek mengikut kreativiti.
Untuk Black and White Russian Square Cake, seeloknya potong sekeliling kek untuk menampakkan corak sesuai dengan nama yang diberikan padanya.
 
 Selamat Mencuba!
 
Bagi mereka yang berada di sekitar dungun boleh lah membuat tempahan dengan MeLLMeRaH... hehehehehe boleh hubungi 0192757075...

AbsoLutE ChoCoLatE CaKe

Assalammualaikum...

Hari ni sekadar nak kongsikan kek yang ditempah beberapa hari/ minggu lalu. Resepi kek di ambil dari sifu Azlita Masam Manis. Sedap kek ni. menggunakan coklat mousse sebagai lapisan didalam. kepada penggemar coklat, kek ini juga merupakan pilihan yang tepat. 


Kek yang aku buat ni ditempah untuk birthday girl bella.

Mula mula kena sediakan kek coklat dahulu.

Moh Masak Absolute Chocolate Cake



Kek Coklat Lembap

Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
Satukan semua bahan
Kemudian ayak
Ketepikan

Bahan B
3 biji telur A saiz
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung

Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, bolehah tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis.

Bahan D
250 ml air panas

Satukan semua bahan B
Pukul hingga putih
Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis
Pukul hingga sebati
Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula.
Tambahkan air panas dan gaul rata
Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak

Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C
Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.
Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih.
Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna.
Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.
Sejukkan kek atas redai setelah masak
Potong kek kepada 3 atau 4 kepingan



Chocolate Mousse

3 biji kuning telur
100 gm coklat masakan gelap
8 gm gelatin
30 ml air
250 gm Krim bukan tenusu
1 sudu teh esen vanilla
50 gm coklat masakan gelap di cincang kasar

Cairkan gelatin.
Cairkan 100 gm coklat masakan kaedah kukusan (double boiler)
Masak telur kuning dengan kaedah kukusan sambil sentiasa dikacau hingga berkrim
Tuangkan gelatin dalam kuning telur dan gaul rata
Tuangkan pula coklat cair dan kacau rata, ketepikan
Dalam bekas lain putar krim bukan tenusu hingga kental
Tuangkan 1/3 adunan dalam adunan coklat dan kaup balik rata
Tuangkan baki adunan dan esen vanilla dan kaup balik sempurna

Ganache Coklat Krim

125 ml krim tenusu
20 gm sirap glukos
200 gm coklat masakan gelap
15 gm mentega

Panaskan krim dan sirap glukos hingga berbuih kecil tepi periuk
Tuangkan dalam coklat yang di cincang terlebih dahulu
Kacau rata
Tambahkan mentega dan gaul sempurna
Sejukkan
Kemudian pukul hingga berkrim

Kaedah penyediaan

Letakkan sekeping kek atas lapik kek
Basahkan permukaan kek dengan sedikit air nescafe ( sedikit sahaja untuk melembabkan kek)
Kemudian ratakan Coklat Mousse atas lapisan kek
Taburkan pula dengan coklat masakan yang dah di cincang kasar
lapikkan pula dengan sekeping lagi kek coklat
Ulang proses yang sama hingga habis
Akhir salutkan keseluruhan kek dengan mousse coklat
Simpan sebentar dalam peti ais paling kurang 4 jam

Salutkan pula kek dengan Ganash Coklat Krim
Deko kek anda mengikut kreativiti
Simpan dalam peti ais hingga ganache mengeras
Ayak serbuk koko atas kek sebelum dihidangkan jika suka






Selamat Mencuba!

Kalau rasa payah sangat nak membuat nye..apalagi tempah jer dengan MeLLMeRah 0192757075
 

Sunday, April 13, 2014

SoTonG GoRenG TepuNg VeRsi 2

Assalammualaikum...

ooooohhhh...cuaca pagi tadi sangat tidak menyehatkan..jerebu sungguh...bila lah keadaan ni nak pulih..nampak gaya makin ke teruk plak..Tempat lain dah hujan...sini jer tak hujan hujan...kalau mintak hujan nanti banjir pulak..hehehehehe...anyway...aku tak payah dedahkan diri dengan cuaca yang tidak baik so, dok dalam umah jer...

Semalam aku ada kasi tau yang en.azam g mancingkan...ermmm ni la hasil nya...itu pun dah jual separuh...rezeki allah dari laut. 
Senyum semua...nak masuk blog nih!

Maka gembira lah ibu mertuanya...menantu kirim ikan dan sotong segar dari dungun. Minggu lepas dikirimkan ikan tenggiri. besarkan ikan tenggirinya. 7 kg. dibahagikan dua dengan kawan nya, masih lagi besar. aku lak bahagi dua ngan mak aku. aku amik bahagian ekor ke hujung so kecik la sket. yang mak aku pulak aku bagi bahagian badan. ermmm besar peha. gembira sungguh orang tua tu dapat ikan tenggiri. kalau beli kat pasar tu brapa hinggit plak kan.Yang aku nye baru berjaya masak berlada 2 keping. ermmmm nampak gayanya, bertapa la ikan tenggiri aku dalam freezer. tak abih lagi yang tu, ni dah sampai lagi.

Kaki Pancing Tegar


ooooo jangan lupa...watak utama untuk hari ni...encik squid.


Musim sotong di dungun sudah kembali. kepada sesiapa yang ingin mencandat..tunggu apa lagi. mai la ke terengganu. pasti tidak mengcewakan.

Ok la berbalik kepada resepi hari ni, dah siap siap simpan semua ikan, aku pun nak masak simple jer memandangkan aku memang malas nak masak. so aku hanya nak goreng je sotong tu. aku pernah kongsikan resepi sotong goreng tepung yang rangup disini. Tapi sebab nak cincai cincai jer aku pun try buat resepi baru. dan hasilnye tidak mengecewakan. tapi mesti makan panas panas tau!

Moh Masak Sotong Goreng Tepung Versi 2

Sotong secukupnya
1 biji Telur
1/4 cawan Tepung gandum
1/4 cawan Tepung Beras
1 sk Serbuk penaik
2 sb Serbuk paprika
2 sb Dried Oregano
garam
serbuk pati ayam
minyak menggoreng

1. Bersihkan sotong dan tos sehingga kering air. campurkan bersama telur.
2. didalam bekas yang lain, campurkan ke semua bahan kering.
3. Panaskan minyak, ambil sotong yang telah bersalut telur tadi  satu persatu kemudian di golek golekkan ke dalam bekas tepung. apabila tepung sudah bersalut keseluruh sotong boleh lah di goreng sehingga perang keemasan.
4. Makan bersama sos cili thai. sedap!


Selamat Mencuba!

Saturday, April 12, 2014

KeK OpeRa

Assalammualaikum..

Selamat hari sabtu. best dok kat umah hujung2 minggu ni kan...Memandangkan en.azam ke laut dari semalam pergi mencari sotong, so ada la masa untuk aku nak berbloging ni. aku skip masak tengahari disebabkan aku ingat nak g tapau je. malas nak masak, makan sorang sorang. hehehehehe. 


Hari ni aku nak share resepi kek opera. Kek ni ditempah oleh dua orang rakan aku yang nak buat suprise birthday. So, tema kek ni adalah sarung tangan goal keeper. tuan badan tu seorang penjaga gol bagi team bola sepak UiTM Terengganu. Memandangkan order nya sangat last minute, aku cuba yang termampu. Alhamdulillah mereka suka dengan kek dan perhiasannya.

Resepi kek diambil dari blog masam manis. Kak azlita yang langsung tidak lokek untuk berkongsi resepi resepi yang bagus, sedap dan semestinya gerenti menjadi. Terima kasih kak azlita, mohon izin share di blog Moh Masak pula.

Moh Masak Kek Opera

Bahan A
200 gm serbuk almond
100 gm gula caster
6 biji telur
Bahan B
50 gm butter - di cairkan
Bahan C
60 gm tepung gandum - diayak
Bahan D
115 gm putih telur - anggaran dalam 3 biji
55 gm gula castor

Panaskan oven pada suhu 200 C. Bila nak masukkan kek turunkan suhu pada 175C.
Sediakan 2 loyang kek 4 segi berukuran 20 x 20 cm.
Sapu loyang dengan sedikit butter dan alas dasar loyang dengan kertas minyak atau baking paper.
Ketepikan

Bahan A
Dalam mangkuk stand mixer, satukan serbuk badam, caster sugar (100 gm), dan 3 biji telur.
Pukul dengan kelajuan maxima selama 10 minit.
Kacau sekali sekala dengan spatula supaya bahagian dasar dan tepi bergaul sempurna.
Tambahkan telur yang lagi 3 biji tadi sebutir demi sebutir dan terus memukul selama 10 minit lagi.


Ambil 4 sudu besar adunan almond ( Bahan A) tadi dan campurkan dalam butter yang telah di cairkan.
Ketepikan

Tambahkan pula tepung yang telah diayak ke dalam baki adunan almond (bahan A)
Kacau adunan dengan kaedah kaup balik sehingga adunan bergaul sempurna.
Ketepikan

Dalam bekas lain, putar putih telur hingga berbuih.
Tambahkan gula castor (50 gm) dan terus putar dengan kelajuan maxima sehingga adunan kaku.
Ambil 1/3 dari adunan putih telur, dan campurkan ke dalam adunan almond (bahan A)
Kacau rata menggunakan spatula dengan kaedah kaup balik sehingga adunan rata.
Masukkan baki adunan putih telur, dan kacau lagi dengan kaedah yang sama sehingga adunan sekata.
Tambahkan pula adunan butter yang di campur dengan 4 sudu besar almond ke dalam adunan.
Kacau rata juga dengan kaedah kaup balik sehingga adunan rata.
Jangan kacau kuat-kuat kerana kek akan mendap selepas di bakar, jika  aduanan terlebih kacau.

Bahagikan adunan kepada 2 adunan yang sama banyak.
Tuang adunan dalam 2 loyang yang telah di sediakan tadi
Bakar kek dengan suhu 175 C, selama 20 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya.

Sekarang kita sediakan pula Moca Buttercream

Mocha Buttercream
100 gm  putih telur - anggaran 3 biji
200 gm gula caster
300 gm unsalted butter - potong kiub
1/2 sudu besar mocha paste
1 sudu teh coffee oil - kalau tak de boleh guna coffee esen atau coffee paste

Satukan putih telur dan gula dalam satu bekas besar.
Sediakan satu periuk kecil dan panaskan air didalamnya.
Dengan kaedah double boiler letakkan mangkuk berisi telur di atas periuk air panas. Pastikan air panas dalam mangkuk tidak kena dasar mangkuk telur.
Panaskan telur dan gula hingga gula larut anggaran suhu (65C) aku panaskan anggaran suhu badan 36-38C kalau tak de jangka suhu agak2 aje bila gula dah larut. Jangan sampai telur tu masak pulak ye!
Alihkan dari periuk panas tadi dan terus pukul adunan putih telur dengan mixer berkelajuan maxima sehingga adunan jadi berkilat dan kental.

Pukul butter sampai lembut , tambahkan mocha paste dan coffee oil dan putar hingga ia bergaul rata.
Kemudian masukkan adunan telur ke dalam adunan mocha dan kacau rata dengan kaedah kaup balik sehingga ia bergaul sempurna.
Ketepikan

Sekarang kita sediakan pula Chocolate Ganache.

Chocolate Ganache
200 gm coklat gelap kompaun - di didadu kecil
200 gm coklat susu kompaun - di dadu
75 gm butter tanpa garam
250 gm fresh cream

Coklat di potong kecil atau di hiris.
Panaskan fresh cream hingga hangat atau suam-suam. Tutup api
Masukkan coklat dan kacau biar coklat melarut.
Masukkan butter dan kacau hingga adunan bergaul sempurna dan berkilat.
Biarkan ia sejuk dan sedikit likat
Ketepikan

Sekarang kita sediakan coffee syrup.
Coffie syrup yang di cadangkan dalam resepi adalah espresso. Kalau tak de boleh gunakan coffee segera atau nescafe segera pun ok!

Coffee Syrup
100 ml espresso panas - nescafe segera pun ok
100 gm gula - kalau guna nescafe segera tak payah letak gula.
 
Kaedah melapis kek
 
Bila kek dah masak keluarkan dari loyang.
Letakkan atas redai dan biarkan kek sejuk.

Kek yang telah masak tadi kita biarkan betul-betul sejuk sebelum di potong.
Bila kek dah sejuk, potong kek kepada 2 bahagian setiap satu kek. 
Ini bermakna kita akan dapat 4 keping kek yang nipis.
Hati-hati semasa memotong kerana kek ni nipis, mungkin proses memotong agak sukar bagi mereka yang kurang mahir.

Ambil sekeping kek.
Bahagian atas atau bawah kek tadi kita letak di sebelah bawah.
Bahagian yang di potong letak di sebelah atas.
Sapukan permukaan kek dengan coffee syrup tadi.
Sapu sikit-sikit aje jangan sampai basah lencun pulak kek tu ye! nanti kek tu lembik pulak!
Proses ini untuk melembabkan kek di samping memberian aroma dan rasa coffee pada kek.

Kemudian kita letakkan Mocha buttercream di atas kek yang telah kita sapukan coffee tadi.
Ratakan.
aku masukkan butter cream tadi dalam piping bag dan paipkan atas kek.
Selepas itu kita lapikkan lagi sekeping kek atasnya.
Tekan-tekan sikit bagi rata dan padat.
Kemudia kita sapukan lagi coffee syrup atas kek.

Selepas tu kita tuangkan  1/2 daripada Chocolate Ganache.
Ratakan.
Kemudian letakkan selapis lagi kek.
Sapukan coffee syrup
Tuangkan Mocha Buttercream atasnya dan ratakan.
Kemudia letak lapisan kek yang terakhir.
Sapukan juga coffee syrup

Aku masukkan dahulu kek ni dalam peti ais supaya  Mocha Buttercream dan Chocolate Ganache keras.
Anggaran 1 jam.
Keluarka dari peti ais.
Letak kek atas redai dan alas bawahnya dgn tray.
Baki Chocolate Ganache tadi kita panaskan sekejap bagi Chocolate Ganache tu cair.
Tuang atas kek
Kalau ada ring 4 segi yang ukuran 20 x 20 cm lagi bagus.
Masukkan kek dalam ring tu dan tuang chocolate ganache atasnya. 
Jadi lapisan ganache yang terakhir tu akan sama tebal dengan lapisan tengah.
Kemudian simpan kek dalam peti ais dalam 2 atau 3 jam atau sehingga Chocolate Canache keras.
Bila kek dah keras potong dan kemaskan tepi kek.

Selamat mencuba!






Wednesday, April 2, 2014

KeK BaDMinToN & KeK RaY BaN

Assalammualaikum...

Selamat pagi semua..

Hari ni aku nak share kek yang telah di tempah oleh rakan sekerja aku. Kek yang di mintak adalah healthy cake. so, apa yang aku boleh buat adalah carrot oat cake dan chocolate cake. kedua dua kek ini aku guna gluten free flour dan kurang kandungan gula.

tema nya pula adalah badminton, kerana kawan nya ni orang yang sangat sangat suka main badminton. so aku menggunakan fondant untuk bola tangkis dan raket badminton. manakala talinya tu pula aku menggunakan piping jelly.


Bagi satu kek lagi, aku membuat sun glasses jenama ray ban bersama beg nya. Alhamdulillah mereka suka rasa dan hiasan kek ini. Kepada sesiapa yang berada di sekitar dungun, jika berminta nak tempah boleh hubungi aku 0192757075.