Wednesday, January 30, 2013

SeDapnYeee KanGkunG GoreNG niH!

heLLooooo...



MeLLMeRaH kan...kangkung goreng pun boleh post kat sini...ehhhhh jangan cakap tau. ada gak orang yang tak reti nak goreng sayur. atau pun saja nak ubah ubah selera goreng sayur. so boleh lah kongsi kongsi kat sini. yer tak? Resepi ni simple jer. tak de lain dari yang lain pun. tapi sedap. sebab apa? ini tips nya...jangan goreng sampai lunyai lembik. goreng sekadar sayur itu masak. sooo fresh and look very tempting... chewahhhhh! 

Moh Masak Kangkung Goreng


2 bj Bawang merah, di tumbuk
3 ulas Bawang putih, di tumbuk
8 ulas Cili padi, di tumbuk
1 ikat Kangkung, di siang
minyak
garam

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga garing.
  2. Kemudian masukkan kangkung dan masak sehingga sayur lembut. perasakan garam.
  3. Jangan masukkan air kerana kangkung akan mengeluarkan airnya sendiri. 
  4. Goreng api yang besar dan cepat jangan terlalu lama menyebabkan sayur terlalu layu. ini akan menyebabkan sayur hilang nutrient.
  5. siap untuk di hidang.

Selamat mencuba!

KeRabu IkaN MaSin

Assalammualaikum...




Ini resepi zaman bila pun aku dah tak ingat. hahahahaha..tu la pasel. orang buat blog kite pun nak buat gak. tapi nak menghupdate blog nye tak de masa. ermmmm. tak pe la kite letak je la yang mana sempat. ye tak? kerabu ikan masin ni aku guna ikan masin yang En.Azam buat masa dia kat laut tempohari. besar betul ikan nya. kalau aku makan sorang memang tak habis. nak nak aku ni bukan nya kaki ikan masin. tapi ikan masin tu masih ada ngah dok posing dalam peti ais. En.Azam sudah bising. bila lagi nak masak. huhuhuhuhu.


Kerabu ikan masin ni sedap kalau guna tenggiri masin. tapi aku cuba jugak guna ikan masin yang di buat sendiri ni jugak. sedap aje! aku rasa tak kesah kot ikan masin jenis apa pun boleh nak di buat kerabu ni. kite yang buat kan, bedal saje la...

Moh Masak Kerabu Ikan Masin


Secukupnya Ikan masin, di potong dan di goreng
1 bj Bawang besar, di potong dadu
1 bj Tomato, di potong dadu
1 kuntum Bunga Kantan, di hiris nipis
1 bj Limau nipis, di ambil jusnya
5 bj Cili Padi, di potong

Campurkan semua bahan dan gaul sebati. perasakan jika perlu.

Tadaaa! dah siap. sonang je kan..


Selamat mencuba!

AyaM PaNdaN..Bau wangi, rasa ada ummmpphhhh!

hyeee...

Uishhh..lama betul x bersua..lama ek aku ni cuti..pergi ke KL seminggu..balik ke dungun semula banyak kerja tertangguh...menyiapkan kerja yang berlambak lambak tu menyebabkan aku berehat dari berblogging. banyak resepi resepi yang dah bersawang tak di share kan di sini. jadi aku pun kononnya membuat keputusan untuk marathon resepi...hikhikhik..tak tau la menjadi ke tak ni...
Permulaanya aku nak share resepi ayam pandan. Resepi ni diambil dari Dapur Tanpa Sempadan. Sedap ayam ni. lagi lama di perap lagi sedap. cukup rasanya. Terima kasih yea Che Mat Gebu kerana sudi berkongsi resepi ayam yang lazat ni. Aku buat ayam pandan ni makan bersama nasi ayam. memandangkan pokok pandan belakang rumah elok merimbun jadi aku tak der masalah dengan bekalan daun pandan. Tapi pastikan diri tu rajin nak buat yea...kalau malas nanti ayam pandan nye jadi ayam pandang je la...



Disini aku sediakan tutorial macam mana nak balut ayam ni dengan daun pandan. nengok gambar tu betul betul mesti korang boleh buat nanti. Aku menggunakan bahagian paha ayam tanpa tulang dan di campur dengan dada ayam. kalau guna dada ayam saja, muak pula rasanya. Apabila ayam ni goreng, aroma daun pandan tu semerbak harumnye, wangi sungguh. Ayam pandan ni boleh di goreng dan boleh juga di bakar dalam oven. aku buat ke dua- dua versi. hari pertama goreng, esok nye di bakar. 2 hari makan ayam pandan...hikhikhik...kecian kat en.azam. tapi abih jugak walaupun 2 hari makan ayam pandan, itu menunjukkan ayam pandan ni sedap..yeay!

Moh Masak Ayam Pandan
400 gm Dada ayam dan paha ayam yang di potong kiub
1 sb Bawang putih, dicincang halus
1/2 sb Halia. dicincang halus
2 sb Santan
2 sb Sos cili
1 sb Sos tiram
1 sb Kicap pekat
1 sk Minyak bijan
2 sk Gula
2 sk Serbuk lada sulah
Daun pandan
Lidi
Minyak masak
  1. Bersihkan ayam dan potong kiub 1 inci x 1 inci. kemudian letak kan didalam penapis untuk toskan air nya.
  2. Kemudian campurkan semua bahan bahan dan gaul sehingga rata bersama ayam. Perap selama 1 jam. Tapi kalau lagi lama lagi sedap.
  3. Sediakan daun pandan dan balut ayam tadi dengan menggunakan daun pandan tadi. panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak. jangan terlalu lama nanti ayam jadi kering. tidak perlu mengoreng lama kerana isi ayam kecil.
Selamat Mencuba!

Sunday, January 13, 2013

SoTonG maSaK kiCaP SeDap

Sunday blues...

Orang lain monday blues. Aku kat dungun ni sunday blues la. Malas sangat nak pergi kerja tadi. Kerja petang plak tu. Layu je nak gi. keje start pukul 3 tu yang sempat masak lunch. Sotong masak kicap dan sayur kobis goreng. goreng bodoh bodoh jer so tak yah la share kat sini. nanti bila aku goreng kobis yang cerdik siket baru aku post.
Harga sotong di pasar dungun ( cehhhh aku ni dah macam pengulas harga bahan mentah di pasaran plak, hehehehe). ok sambung balik cerita tadi, harga sotong di pasar dungun sekilo RM20. Mahal kan. tapi cuba kite ni sendiri pegi tangkap sotong tu. hujan lebat dengan laut yang bergelora, terumbang ambing. tak kesian ke? jadi pada aku boleh la RM20 dalam keadaan cuaca sekarang ni. aku pun beli 1/2 kilo jer dapat lah 5 ekor. Habis semua aku masak kicap.

Moh Masak Sotong Masak Kicap Sedap
5 ekor Sotong - dipotong bulat
1 biji Bawang besar - dihiris
2 ulas Bawang putih - dihiris
1/2 inci Halia - diketuk
1/4 cwn Kicap manis
1/2 sk Cuka makan
1/8 cwn Air
Garam
Gula
Minyak

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan. masukkan halia dan bawang besar.
  2. Goreng sehingga semua bahan tadi layu. kemudian masukkan kicap dan air.
  3. Masukkan sotong dan biarkan sehingga sotong masak dan kuah kicap pekat sedikit. perasakan garam dan gula.
  4. Siap untuk dihidang.
Selamat mencuba!

CeMpeDaK GoRenG RanGup!

Selamat pagi...

Musim cempedak sudah tiba. merata rata bau cempedak. ermmmmmm wangi dan sedap betul baunya. Kalau boleh letak bau nye kat sini, pasti korang semua terliur. hehehehehe. semalam aku ke kuantan untuk servis kereta. so, on the way dari kuantan nak balik dungun nampak satu gerai yang penuh ngan cempedak. singgah lah beli. baunya tok sah cakap la..uishhhhhhhh semerbak harum. 


Pagi tadi aku ngan en.azam breakfast cempedak goreng lah. Nak goreng petang semalam dah tak sempat coz sampai dungun pun dah pukul 7. Manis sungguh buahnya. Aku beli 2 biji, satu isinya putih dan lagi satu katanya bewarna oren. tak tau la iye ke tidak. sebab aku tak potong lagi yang sebiji tu.


Cempedak ni kan bergetah. jadi kalau kita nak potong buah cempedak ni pastikan pisau yang hendak digunakan di lumur dahulu dengan minyak. supaya getahnya tidak melekat di pisau nanti. puas plak nak mencucinya. Potong kulitnya kemudian di siat saja ke dua dua belah. kedua dua tangan aku , aku sarungkan plastik. atas kes tak mo terkena getah nanti.

Moh Masak Cempedak Goreng Rangup

Cempedak secukupnya
1 cwn Tepung beras
3 sb Tepung Gandum
1 cwn Air - Kalau pekat tambahkan air lagi. jangan terlalu cair nanti adunan tak melekat pada cempedak.
1/2 sk Kapur makan
Garam
Serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng

  1. Campurkan tepung. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan tepung tidak berketul ketul.
  2. Tambahkan kapur makan, garam dan kunyit.
  3. Panaskan minyak dan boleh lah menggoreng cempedak. jangan terlalu banyak menggoreng pada satu satu masa.




Selamat Mencuba!





Wednesday, January 9, 2013

PuFF PasTrY

Salam ceria, salam 1 Malaysia....

Cewahhhhh patriotik sangat kan?...eh mestilah kite kan warganegara malaysia...siapa yang tak cintakan Malaysia?...semua warganegara Malaysia pasti cintakan negara ini..negara yang aman tenteram serta banyak kemudahan yang selesa di sediakan. tapi biasalah kan dalam setandan pisang tu bukan semua pisang nya elok. Masih ada lagi kekurangan yang dapat kite lihat namun begitu biar lah seteruk mana atau seburuk mana negara kita, kita harus ingat ini lah negara tempat tumpahnya darah kita.

 Aku ni bukan selalu ke luar negara, tempat yang aku pernah pergi ialah Hong Kong, Singapore dan baru baru ni Vietnam, bila ke luar negara aku pasti tak sabar nak balik Malaysia. Bila sudah balik ke Malaysia, aku pasti akan lebih menghargai negara ini. Banyak kebaikan yang pasti teserlah bila kite cuba bandingkan negara kita dengan negara luar (maksud aku tempat tempat yang aku pernah pergi). betul lah kata pepatah, 'hujan emas dinegara orang, hujan batu di negara sendiri', lebih baik hujan batu. Satu kelegaan apabila menjejak kan kaki di bumi Malaysia. Pelikkan...tu la nak sangat konon konon nya pergi melancong, tapi selak nak balik Malaysia...hahahahahaha..itu aku la tu.

Biarpun sebesar ini hujan batu nya...Malaysia tetap di hati ku...
Lagi satu perangai aku bila ke luar negara ni, ngada ngada siket. kalau dok kat sini tak der nye plak nak minum teh tarik tapi hari tu masa pergi Hong Kong ehhh tekak ni tergedik gedik nak teh tarik...amik kau rm20 melayang...tak der la sedap mana pun...haissshhhhhh..ikut hati mati ikut rasa binasa...jangan ikut perangai macam tu...bukan nya dok 10 tahun...dok 10 hari je kot....
Ok la...bercerita panjang plak aku ni...hari ni aku nak share resepi buat puff pastry. sekarang ni orang tak buat dah puff pastry. beli yang ready made jer senang. tapi kebetulannya aku baru buat semalam so aku nak share la ngan kamu semua, mana la tau yang ready made out of stock..at least boleh la buat sendiri. Dalam resepi ni aku menggunakan pastry margarine. pastry margarine ni tak mudah cair sebab tu sesuai sangat nak buat puff pastry. kalau nak guna mentega bagi menggantikan pastry margarine pun boleh cuma doh perlu direhatkan lama untuk mengelakkan mentega cair.  Ini gambar pastry margarine yang aku guna.



hah tunggu apa lagi...
Moh Masak Puff Pastry

500 gm Tepung gandum
60 gm Mentega - dicairkan
8 gm Garam
282 gm Air
150 gm Pastry margerine

  1. Campurkan tepung dan garam. tuangkan tepung diatas meja dan lubangkan di tengah seperti gunung berapi.
  2. Campurkan mentega cair bersama air kemudian di tuang sedikit demi sedikit di tengah tengah tepung.
  3. Uli adunan hingga menjadi doh. rehatkan doh di dalam peti sejuk selama 15 minit sebelum meletakkan pastry margarine.
  4.  
  1. Canaikan pastry margarine menjadi nipis dan panjang.
  2. selepas doh telah direhatkan selama 15 minit atau lebih, keluarkan dan canaikan doh memanjang dan nipis.
  3. Pastikan pastry margarine berada 2/3 daripada panjang doh.
  4. Letakkan pastry margarine ke atas doh dan lipat doh.
  5. Lipat dahulu bahagian doh yang tiada pastry margarine dan diikuti sebelah lagi. (sila rujuk gambar untuk lebih faham)
  6. Kemudian dalam keadaan memanjang (setelah di lipat), canai doh lagi sekali.
  7. Lipat single fold kemudian rehatkan doh selama 30 minit.
 Terdapat  dua cara untuk melipat doh iaitu single fold dan booklet fold. aku menggunakan kedua dua cara secara berselang seli sehingga 6 kali lipatan. dan setiap kali lipatan doh mestilah direhatkan selama 30 minit.

Single fold



Booklet fold
Pastikan doh dibersihkan daripada tepung semasa melipat untuk memastikan puff pastry yang dibakar menjadi tinggi dan banyak lapisan. Untuk kali terakhir rehatkan doh selama 30 minit sebelum di gunakan untuk di buat produk.

Selamat mencuba!

Tuesday, January 8, 2013

iKan MaSin

Assalammualaikum...

Alhamdulillah masih lagi bernafas dan mampu lagi untuk berkongsi ilmu dalam blog ini.



Kejadian sonamu yang dijangka melanda dungun semalam harapnya sudah berakhir. Lewat semalam aku mendapat beberapa panggilan telefon bertanyakan pasal ribut taufan ini. Jelas kedengaran kerisauan di dalam nada suara mereka. Apa yang mampu aku lakukan hanyalah memberikan kata kata positif untuk melegakan kerisauan itu. tapi dalam masa yang sama aku juga tidak dapat melelapkan mata.
Apabila subuh menjelang, perkara pertama yang aku lakukan ialah google BH melihat kalau kalau ada berita mengenai sonamu di dungun. Alangkah leganya hati ni bila cerita sonamu di dungun tidak langsung kelihatan. On the way ke tempat kerja aku lalu di tepi pantai dan keadaan nya masih sama seperti semalam. apa yang aku doakan, agar ribut taufan ini tidak akan kembali ke sini lagi.


En. azam telah pulang. Akibat dari berita ribut ini mereka harus pulang ke darat atas sebab sebab keselamatan. dia tidak pulang dengan tangan kosong, dia bawa balik ikan masin yang dibuat sendiri di sana. Kalau dah 'die hard fan' memancing ni, tak kira tempat sebuk nak memancing. baru baru ni dia berjaya menangkap ikan ebek, tapi nak simpan untuk di bawa balik buat mak mertua nya. jadi dia merancang untuk membuat ikan masin. Dia call aku bertanyakan cara cara nak buat ikan masin. Aku? buat ikan masin? mana aku reti. tak pernah seumur hidup aku membuatnya. terima kasih pada junegenie kerana berkongsi ilmu cara cara nak buat ikan masin/ ikan kering.



Ikan yang en.azam dapat ni memang besar. yang satu tu lebih kurang 80cm..aku ukur tau. yang satu lagi tu dia kata lagi besar mungkin lebih semeter tapi telah di potong dua. jadi tak dapatlah aku nak mengukurnya.
Moh Buat Ikan Masin
Ikan
Garam
  1. Caranya mudah saja. Ikan di siang dari belakang supaya tercerai dari tulang tengah.
  2. Buang semua isi perut dan insang.
  3. Basuh ikan.
  4. Kemudian letakkan garam di dalam bekas, letak kan ikan, kemudian letakkan garam semula. sekiranya ikan banyak buat selapis demi selapis dan akhiri dengan garam. jangan lupa letakkan garam di dalam kepala ikan.
  5. tutup dengan kertas dan tekan dengan pemberat. biarkan ikan di luar jangan simpan di dalam peti sejuk.
  6. Selepas 2 hari bolehlah dikeluarkan ikan itu, di basuh dan di jemur sehingga kering.
Selamat mencuba!

Monday, January 7, 2013

SoNamU - SeMoGa DuNguN SeLaMaT

Petikan dari BH 7 Jan

Sonamu adalah nama tiga siklon tropika di kawasan utara lautan pasifik barat yang di ambil dari perkataan korea merujuk kepada pokok pine (sampai abis baca paper pun aku tak paham kenapa dia namakan ribut tu pokok pine). Siklon tropika ini adalah ribut ganas yang berputar dan mempunyai ukur lilit mencapai ratusan kilometer yang terbentuk di perairan tropika.

jabatan meteorologi malaysia melaporkan ribut tropika sonamu dikesan sekitar jam 2 petang semalam sejauh 756 km ke Timur laut dungun, Terengganu. Siklon tropika terbentuk di kawasan lautan mempunyai suhu permukaan sekitar 26c atau lebih, di rantau asia ia lebih dikenali sebagai taufan.

Kesan ribut tropika sonamu mengakibatkan angin kencang dan laut bergelora dengan ombak setinggi 5.5 meter di perairan laut china selatan.

ok, itu serba sedikit tentang sonamu.Dungun juga telah mendapat perintah untuk bersiap sedia menghadapi sonamu ni. semua penduduk tidak di benarkan berada di kawasan pantai. Apa yang aku dengar, ianya dijangka melanda dungun pada pukul 2 pagi nanti. waallahualam. apa yang aku harap ianya tidak berlaku dan semoga Allah lindungi kami disini.

Ini gambar yang sempat aku snap on the way nak balik dari ofis tadi. Angin agak kuat dan air nampak lebih tinggi dari biasa. dan sesekali bila ombak menghempas pantai kelihatan seakan kabus di tengah jalan.





Semoga dungun selamat!

Sunday, January 6, 2013

KuPanG GoReNg CiLi aPi

Selamat bertemu kembali,



Hari ni aku nak share resepi kupang goreng cili api. sebenarnya ini menu minggu lepas. terlupa plak nak masukkan dalam blog. tengah nengok nengok gambar baru perasan ada yang tertinggal. Harga kupang dipasar dungun masa aku beli hari tu sekilo RM12. Mahal siket kalau nak dibandingkan di tempat lain tapi boleh lah disebabkan susah jugak nak dapat kupang disini. itu pun ada seorang peniaga jer yang menjual kupang. mana tah dia dapat kupang ni pun tak tau.selain daripada tu dia juga ada menjual mas cotek yang  setau aku itu ialah remis. aku punya pelik la sebab mas cotek ni nama tumbuhan. tapi kalu duduk kat dungun tak ada yang mustahil. apa apa pun boleh terjadi.

Aku tak beli mas cotek (remis) tu, sebab kecik sangat...leceh plak nak memakan nya..halus sangat. lagi kecik dari lala. Mintak izin dari blog alamsetia kerana amik gambar dari blog kamu. puas aku google nak cari gambar remis, nasib la jumpa di blog alamsetia. gambar remis yang lain tu banyak tapi tak sama yang dijual di pasar tempohari.


hah dah nengok macam mana rupa remis tu? kecik kan...jenuh nak makan. so baik aku beli kupang yang besar senang nak makan. Kupang ni aku telah bersihkan beberapa kali sebab aku nak masak sekali ngan kulitnya. bukan aku tak nak buang kulitnya tapi lagi menjimatkan masa buat macam ni. siapa nak makan buang la sendiri..hehehehe..jahatkan? nak bersihkan kupang ni senang saja, cuma bersihkan kulitnya dan pasti kan bulu atau rambut didalam kupang dicabut. Terima kasih buat telusuri Terengganu kerana sudi berkongsi gambar kupang.


Gambar remis pun dah nengok, kupang pun dah kenal. hah tunggu apalagi. moh lah masak.

Moh Masak Kupang Goreng Cili Api


 
1 kg Kupang, dibersihkan
15 biji cili api, ditumbuk- kurangkan kalau tak tahan pedas
1 biji Bawang besar - ditumbuk
3 ulas Bawang putih - ditumbuk
1 btg Serai - diketuk
20 gm Halia - diketuk
minyak
garam
air
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga garing
  2. Masukkan serai dan halia. Perasakan garam
  3. Masukkan kupang dan tambahkan air.
  4. Tutup kuali dengan penutup dan biarkan sehingga kupang masak.
  5. Apabila kupang sudah ternganga itu menunjukkan yang kupang sudah masak.
  6. Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba!

TaMBaH TraFiK TamBaH FoLLowEr 2013



Blog NazimHassan adalah merupakan blog gaya hidup, catatan kisah sejarah, kekeluargaan, pelancongan dan perkongsian fakta menarik untuk mengisi ruang masa dalam kehidupan sebagai seorang lelaki bergelar suami, ayah dan anak. Menjadikan blog www.hasrulhassan.com sebagai blog pendidikan buat blogger, blog ini menampilkan cerita yang berinformasi untuk semua.
 
Ingin sama sama memeriahkan dunia masakan anda juga? Seperti blog moh masak ini dimana kite boleh berkongsi ilmu pengetahuan tentang masakan dan makanan. so jangan ketinggalan untuk menyertai tambah trafik tambah follower di http://www.hasrulhassan.com/2013/01/segmen-2013-tambah-trafik-tambah.html
 
Blog Pendidikan Buat Blogger

Saturday, January 5, 2013

Shepherd's Pie

Assalammualaikum....

Alhamdulillah hari ni cuaca sangat baik. Matahari muncul kembali. Esok lusa belum tentu. Hanya berserah kepadaNya..



Cuti hujung minggu ni sangat membosankan. Tak buat apa apa aktiviti pun. hidup sorang macam ni la kan. En.Azam masih lagi tak dapat balik, katanya bot tak ada. sudah menjadi perkara biasa bagi aku, dia serta kawan kawan sekerjanya tu mendapat berita ketiadaan bot pada hari yang mereka ingin pulang. Mungkin esok atau lusa baru bot akan ada. Khabarnya lautan masih bergelora, mungkin itu lah puncanya mengapa bot tak boleh amik mereka. Dulu aku sering memikirkan bagaimana kehidupan seorang isteri yang berjauhan dengan suaminya. Kalau aku mesti aku tak mampu. tapi aku silap,  tak sangka aku boleh menghadapinya. Benar, Allah hanya kan menduga hambanya pada tahap kemampuan hambanya saja.

Bila berseorangan dirumah macam ni, aku tak rajin nak masak. kalau aku masak pun benda yang simple jer. memandangkan aku masih lagi dalam mood diet, iye aku diet! tak percaya? berat aku dah turun 9 kg dalam masa 2 bulan...iyeeee 9 kg...yeayyy! seronok kan...jeans yang lama dah boleh pakai semula. jeans yang baru plak, simpan dulu wat sementara waktu...jangan nak ngada ngada g antar kedai kecikkan...tak pasal gemuk semula nanti..dah rugi..hehehehehe...so memandangkan aku diet nasi...aku lebih suka makan roti dan makanan yang agak ringan daripada nasi...bukan kapas ok...nanti bila en.azam balik...baru lah masak nasi dan lauk pauk yang lain....


Makanya hari ni aku nak share resepi shepherd's pie..pie ni bukan macam apple pie yang aku buat itu hari. Pie ni menggunakan daging sebagai inti dan ubi kentang menutupi bahagian atas pie. tak menggunakan kulit pastri pun. so apa tunggu lagi...moh masak!

Moh Masak Shepherd's Pie


  1. Mula mula rebus ubi kentang yang dipotong empat. apabila ubi kentang sudah lembut bolehlah dilenyek. 
  2. Masukkan mentega, garam, lada hitam dan susu. gaul sehingga semuanya sebati dan ubi entang menjadi sangat lembut. 
  3. Tambahkan parutan keju parmesan dan gaul rata.
  4. Untuk isi daging pula, panaskan minyak dan tumis bawang putih yang telah dicincang halus.
  5. Kemudian masukkan daging yang dicincang. biarkan seketika sehingga daging masak. masukkan bawang besar yang didadu kecil dan lobak merah yang di parut kasar. Masak sehingga lobak merah lembut.
  6. Tambahkan oregano dan tepung. kemudian masukkan tomato paste. Kalau inti daging terlalu kering bolehlah tambahkan sedikit air.
  7. Perasakan garam dan lada hitam. siap.
  8. Masukkan inti daging kedalam bekas/ ramekin kemudian paipkan ubi kentang dibahagian atas daging dengan menggunakan piping bag sehingga menutupi semua bahagian. Aku tak menggunakan piping bag, aku hanya ratakan saja ubi kentang dibahagian atas menggunakan spatula.
  9. Taburkan parutan halus keju parmesan dan bakar pada suhu 170c selama 15 minit atau sehingga keju cair dan beawrna perang.

Selamat Mencuba!

Friday, January 4, 2013

BruScheTTa LaDa BenGGaLa

YummY!

Pepper/ Bell pepper/ Capsicum atau nama melayu nye ialah lada benggala...aku sebenarnya tak berapa suka rasa lada benggala ni...biasanya kalau dalam resepi masakan aku ada lada benggala ni aku akan buang dan digantikan dengan benda lain...bukan aku tak makan cuma tak berapa suka. tapi semalam tak boleh tidur..tetiba teringat nak buat bruschetta lada benggala...tak tau dari mana datang ideanya...tapi tak sabar sabar nak buat...terliur liur aku dibuatnya...ehhh pelik jugak...



Jadi, pagi tadi terus ke supermarket, ramai nye lah orang...pening kepala aku..tak boleh nak jalan...bersesak sesak orang...terlanggar langar semasa memilih barang...tu belum lagi kesahnye dengan orang yang tak reti nak beratur semasa menimbang barang...rasa nak bagi pelempang jer....tak berbaloi langsung beratur menimbang sebiji lada benggala,sebiji tomato dan sebiji lobak merah..lobak merah untuk shepherd's pie...haaaaaahhhhh wat penat jer!

then, terus grab roti perancis tiruan, ye la wei mana aku nak dapat kat dungun ni roti perancis delifrance... dalam mimpi pun belum tentu...tu nasib yang tiruan ada...kalau tak der roti hot dog pun aku sapu...hehehehe....terus ke kaunter dan bayar...settle!

Balik rumah, dah tak dan dan lagi dah ni...terus bakar lada benggala di atas dapur sehingga hitam sepenuhnya dan bungkus dalam plastik. bawang putih dan tomato di bakar dalam oven. parut halus keju dan cincang halus daun parsley. potong roti perancis dan goreng didalam minyak zaitun...yup..goreng dalam sedikit minyak zaitun. jangan bakar kerana ianya akan jadi terlalu kering. waaahhhhh memang lazat. nak tau step by step? moh masak!




Moh Masak Bruschetta Lada Benggala

Resepi sesuai untuk 5 keping roti

  1. potong roti perancis menjadi kepingan nipis, tapi jangan terlalu nipis. 
  2. di dalam kuali leper, panaskan sedikit minyak zaitun. apabila minyak telah panas masukkan roti. masak sehingga keperangan. kemudian terbalikkan dan tambah lagi minyak zaitun. 
  3. apabila kedua dua bahagian roti sudah keperangan boleh lah diangkat.
  4. untuk membuat inti di bahagian atas roti, bakar lada benggal di atas api dapur sehingga hitam. kemudian bungkus dengan plastik. biarkan sehingga sejuk.
  5. Kemudian keluarkan dari plastik dan kikis kulit hitam tadi sehingga bersih. potong lada benggala menjadi dadu kecil.
  6. Bakar bawang putih di dalam oven dengan sedikit minyak hingga keperangan. keluarkan dan cincang halus. ianya akan menjadi seperti pes. campurkan ke dalam lada benggala.
  7. Potong nipis tomato dan bakar seketika. kemudian cincang dan campurkan kedalam lada benggala.
  8. Gaul semua bahan sebati dan perasakan garam dan lada hitam
  9. letak isian ke atas roti tadi dan boleh la taburkan parutan keju serta daun parsley.
  10. siap untuk dihidang.

Selamat mencuba!

StRawbeRRy BavaRian

Hye bertemu lagi....

Daripada petang semalam hingga ke petang ni hujan masih lagi turun tak berhenti henti membasahi bumi dungun. kerisauan mula terpancar di wajah penduduk dungun yang rumah nye berada di kawasan rendah. Mungkin banjir kali kedua akan berlaku lagi sekiranya hujan tak berhenti. diharap semuanya baik baik saja dan penduduk dungun terselamat dari banjir. Walau apa pun, kite mesti bersiap sedia menghadapi nya... kemas semua barang, pastikan dokumen penting berada di tempat yang selamat..

Bila cerita pasal banjir ni, teringat pula pengalaman aku dan kawan2 menghadapi banjir. rumah sewa aku dulu sistem peparitan nye tak berapa molek. air tak mengalir. jadi bila musim monsun macam ni tiba, kemungkinan kawasan rumah naik air memang ada. aku dan kawan kawan dok lepak dalam rumah sambil melihat air yang semakin naik. masih lagi teragak agak untuk pack barang...sengal giler kan? kami semua hanya memandang di luar dan masih lagi berbincang untuk berkemas ataupun tak. kami meletak ukuran, sikiranya air naik hingga ke paras pintu rumah baru kami nak pack. tengah nonton tv, nengok nengok air dah paras pintu rumah, terus semua kelam kabut bangun dan mengemas. apa....tak sampai lima minit air dah masuk ke rumah separas buku lali. barang masih lagi tak diangkat ke tempat tinggi...kelam kabut..huru hara dalam rumah...tengah kami semua berkemas pihak bomba pun tiba untuk membantu penduduk di kawasan sekitar rumah kami...so funny balik bila memikirkan kesengalan kami yang teragak agak tu,,,konon konon nye confident air tak naik...len kali tak moh dah wat cenggitu k...
Cuaca sejuk macam ni buat perut pun berlagu lagu...cepat betul lapar...boleh gemuk kalau diikutkan sangat kata perut ni...ermmmm...perut boleh berkata kata ke? upssss... kalau pekena kopi panas panas...dapat lak ubi kayu rebus cicah ngan gula kelapa...yummy!  berangan je la...mana plak nak di cari ubi kayu hujan hujan macam gini...dok umah je senyap senyap sambil berbloging ni haa....tak yah nak ngarut..ye tak...?

hari ni nak share satu resepi yang langsung tak de kena mengena ngan air kopi mahupun ubi kayu...hehehehe.. dessert omputih katanye...hahahahaha...


Moh Masak Strawberry Bavarian


125 gm Stawberry - dipotong dadu
45 gm Gula
11 gm Serbuk gelatin
75 gm Air sejuk
63 gm Gula
63 gm Telur kuning
250 ml Milk
500 ml Krim putar

  1. Masak strawberry dengan 45 gm gula sehingga gula cair dan strawberry lembut.
  2. Taburkan gelatin kedalam sir sejuk. biarkan ianya kembang atau 'bloom'.
  3. Campurkan susu, gula dan telur kuning. pukul sehingga sebati. kemudian panaskan bancuhan tadi. kacau sentiasa. masukkan gelatin ke dalam krim panas. kacau sehingga gelatin cair. jangan masak terlalu lama.
  4. sejukan bancuhan susu tadi dan campurkan strawberry yang dikisar.
  5. Masukkan krim yang telah diputar kedalam adunan strawberry. gaul rata. tuang kedalam bekas dan sejukkan.
  6. Boleh tambahkan perasa strawberry dan pewarna merah jika perlu.


Selamat mencuba!


Wednesday, January 2, 2013

AppLe Pie

Assalammualaikum....

Sudah 2 hari hujan. berhenti sekejap sekejap je. penduduk dungun kembali risau akan banjir lagi sekali setelah bertungkus lumus membersihkan rumah akibat banjir pertama hari tu. rumah aku buat masa ni selamat lagi, mungkin kawasan tinggi ataupun longkang besar so air mengalir dengan baik nye. Tidur malam pula memang syok...liat sungguh nak bangun pagi dengan cuaca yang sejuk dan damai..kalau dah subuh...tarik lagi selimut tu alamatnye memang terbabas la...hehehehe
Laut pula bergelora kuat, airnye cik ina kata macam teh ais...kenapa kena ada ais yek? teh jer kan dah cukup...tapi jawabnya sebab nampak sejuk...ada ada je la dia tu... laporan dari en. azam yang duduk kat tengah laut tu katanya ombak setinggi 7 meter. kalau orang yang tak tahan gelora boleh mabuk jadiknya. kepada mereka yang bekerja ditengah laut tu, jaga diri memolek deh....



Hari aku nak kongsikan resepi apple pie...yang ini berbeza dari apple pie McD tu...yang tu digoreng tapi yang ini di bakar. rasa lebih kurang sama tapi rupa berbeza...uishhhhh sedap sangat la kalau dapat makan ujan ujan ni...heaven! yeah!


Moh Masak Apple Pie

Kulit pai
250 gm Tepung
125 gm Mentega
65 gm Air - sejuk
5 gm Garam
5 gm Gula
  1. untuk membuat kulit pie. campurkan tepung dan mentega. gaul sehingga sebati dan menyerupai serbuk roti.
  2. kemudian masukkan garam dan gula. tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
  3. ingat! untuk membuat kulit pastri, jangan terlalu menguli doh, nanti ianya akan liat.
  4. Apabila sudah menjadi doh, rehatkan selama 10 minit di dalam peti ais.
  5. ambil separuh doh dan canai sehingga nipis dan masukkan ke dalam acuan pie. pastikan kemas. jangan lupa cucuk dengan garfu sebelum masukkan inti.
  6. kemudian masukkan inti dan tutup semula pie dengan doh yang di canai nipis atau macam yang aku buat. di anyam. alaa macam anyam tikar je.
  7. sebelum bakar, sapu sedikit dengan susu segar dan taburkan gula halus di bahagian atas.
  8. Bakar pada suhu 180 c selama 50 minit. bergantung juga kepada saiz pai.



Apple filling
7 bj Epal hijau, di kupas kulit, dipotong wedge.
150 gm Gula perang, boleh juga kalau nak ditukar keada gula pasir
1 tsp Serbuk kulit kayu manis
100 gm Kismis kuning
50 gm Tepung jagung
  1. Masak epal bersama gula. Apabila epal sudah lembut boleh lah masukkan serbuk kulit kayu manis dan kismis. akhir sekali masukkan tepung jagung yang telah dibancuh bersama air. masak sehingga pekat.
  2. Siap untuk digunakan.
Selamat Mencuba!