Thursday, December 12, 2013

MeNu DiEt: mEE IkaN sUp BerSaMa SayuRan

Assalammualaikum...

Update Cuaca:

Sudah masuk dua hari nampak gaya nye cuaca cerah di daerah dungun. satu kelegaan bagi penduduk dungun apabila semalam dijangka hujan lebat tahap jingga diakhiri dengan cuaca yang sangat baik. Alhamdulillah. Air air dijalan dan dikawasan kawasan rumah mulai surut dan ada yang sudah kering. diharap cuaca seperti ini berpanjangan.

Update resepi:


Semalam tetiba ada satu perasaan dalam diri nak makan mee. hehehehe. nafsu! nafsu! berfikir sejenak, memikirkan mee apa yang mengandungi kalori yang rendah. 

per 100 gm

mee kuning - 200 kalori
mihun - 364 kalori
kuew teow - 107 kalori

adoiiii..lagi satu mee kuning dan kuew teow plak ada minyak. ermmmm nampak gaya nye aku kena lakukan sesuatu supaya tak kempunan makan mee. jeng jeng jeng! dapat satu idea iaitu buat mee daripada isi ikan. google resepi, nahhh jumpa pun. terus melancarkan operasi membuat mee ikan. seperti biasa resepi diolah agar kandungan kalori menjadi rendah. mee ikan ni aku buat dari isi ikan tenggiri.

per 100 gm

Ikan tenggiri - 95 kalori
Tepung ubi - 15 kalori

Kalau ditotalkan memang melebihi kalori kuew teow tetapi ingat mee ikan ni tak ada minyak. Kulit ikan di buang. betul betul isi je.

nak tau macam mana nak buat mee ikan?

Moh Masak Mee Ikan Sup Bersama Sayuran


1. Kisar halus isi ikan tenggiri. guna je Blender kecik yang kat rumah tu. 
2. Kemudian tambahkan garam dan tepung ubi. kacau sehingga semuanya sebati. 
4. Didalam periuk, masakkan air. 
5. Masukkan isi ikan kisar ke dalam plastik. gunting hujung plastik. jangan terlalu besar. ikut saiz mee yang di kehendaki. 
6. Apabila air sudah mengelegak, bolehlah paipkan isi ikan tadi kedalam periuk. sekejap saja mee ikan sudah masak.
7. Angkat dan toskan.
8. Didalam periuk yang lain, rebus tulang ikan tenggiri. memang kecik je tulang ikan tu. memadailah untuk menambah perisa.
9. Apabila air sudah mengelegak, keluarkan tulang. dengan mengunakan lebih kurang 250 ml stok ikan tadi, masukkan bawang putih yang diketuk.
10. Kemudian masukkan sayur- sayuran yang telah dipotong. perasakan dengan garam. apabila sayuran telah lembut boleh lah tuangkan sup keatas mee tadi.
11. siap untuk dihidang. selamat menjamu selera.

Selamat mencuba!

Ok. dibawah ni disediakan kandungan kalori bagi setiap bahan. mungkin tidak tepat tetapi lebih kurang.


Tuesday, December 10, 2013

Menu Diet: ChiCkeN BuLgoGi @ BuLGoGi aYaM - FeeLing KoReaN

Assalammualaikum...

Baca tak tajuk tu? haaaa kalau nengok cerita korea sometimes terliur liur nengok diorang ni makan. hidangan nye banyak dan menarik. kalau tengah berdiet ni eiiiiiiii tak tahan dengan godaan macam tu. Kalau yang paling glamer tu ialah kimchee. dan yang nombor dua pulak yang agak glamer dikalangan korean ni ialah beef bulgogi. Bulgogi ni merujuk kepada daging yang diperap dan di panggang. Daging yang dipanggang ini akan dimakan bersama daun salad atau bersama sayuran yang lain, yang bersesuaian. Cara makan bulgogi ni mudah je, apabila daging siap di panggang, letak kan di atas daun salad kemudian bunjut kan dan makan.

Jadi aku yang nak feeling feeling korean ni meneruskan operasi nak membuat bulgogi. aku mengubah sedikit resepi agar ianya bersesuaian dengan orang yang tengah berdiet. tiada minyak, gula dan daging lembu dalam resepi ini.

Bersediakah Anda? hehehehehehe

Moh Masak Bulgogi Ayam


100 gm Dada Ayam
1 sb Kicap cair
1 sb Jus lemon
1 sk Bawang putih - dicincang halus
1/2 sk Halia- di parut halus
secubit lada hitam - yang ditumbuk

100 gm Daun salad

1. Potong dada ayam kecil dan nipis.
2. campurkan bersama bahan bahan yang lain. gaul sebati. perapkan selama 1/2 jam.
3. Basuh daun salad dan keringkan.
4. dengan menggunakan kuali tidak lekat, letak kan ayam satu persatu. tujuan menggunakan kuali tidak lekat adalah untuk mengelakkan menggunakan minyak ketika masak.


4. Apabila ayam sudah masak letakkan diatas daun salad dan bunjutkan. terus ngap.


hehehehe yummy.

Selamat mencuba!

KaTak o KataK..BakPe mU PanggiL HuJanG...

Assalammualaikum...

Selamat hari Selasa...

Hari ni ujan lebat lagi.

Sumber: http://the-silent-rain.tumblr.com/

























Turun dari kreta nak masuk opis berkaki ayam je. pasal air naik sampai buku lali.

Sumber: http://udtahaathi.wordpress.com/2009/06/25/mumbai-monsoon/


Dapat call tadi rumah kawan2 sekerja dah banjir. semoga semuanya selamat.



Insyaallah.

Saturday, December 7, 2013

Menu Diet: VeGeTaBLes RoLL aLa SuShi

Assalammualaikum...

Salam ceria buat semua.

Hari ni pula nak share resepi vegetables roll ala ala sushi. pada siapa yang kepingin macam aku nih nak makan sushi, iye ini la penyelamat kepada semua dieters. Sangat berkhasiat dan kandungan kalori yang rendah. 

Untuk vegetables roll ni aku menggunakan lobak merah, sengkuang, daun salad dan timun. sekiranya korang ingin menukar jenis sayuran, terpulang la, ikut kreativiti dan kegemaran masing masing. dan aku juga menambah tofu yang di bakar. selain daripada tofu korang boleh pelbagaikan dengan menambah dada ayam, udang mahupun sotong. Selama aku berdiet aku tidak mengambil daging lembu, walaupun tanpa lemak kandungan kalori juga tinggi. so aku elakkan dari mengambil daging. 


Untuk menambah kan lagi kesedapan vegetables roll ni, aku makan bersama kikoman. Kikoman adalah kicap cair yang kurang masin. rasanya sedikit berbeza dari kicap cair biasa. kikoman ni mengandungi 10 kalori dalam setiap 1 sudu besar. cukup lah satu sudu nak wat cicah cicah. 

so, tunggu apa lagi

Moh Masak Vegetables Roll ala Sushi

1. Potong julienne (panjang dan halus seperti batang mancis) lobak merah, sengkuang dan timun.
2. Bakar kosong tofu yang dipotong panjang.
3. Ambil 1 keping nori seaweed, bentangkan di atas bambo mat.
4. Letakkan daun salad dan susun sayuran yang dipotong jullienne. susunkan tofu di atasnya.
5. Basah kan hujung seaweed supaya ianya melekat ketika digulung nanti.
6. Gulung kemas dan potong 4 bahagian.
7. siap untuk di hidang.

Selamat Mencuba!

Disini aku sediakan kandungan kalori dalam setiap kandungan bahan. mungkin tidak tepat tetapi lebih kurang. 




Friday, December 6, 2013

MeNu DieT: IkaN SiaKaP KuKus BerSamA CeNdaWaN & BroKoLi

Assalammualaikum,

Diharap semuanya berada dalam keadaan yang sentiasa di rahmati Allah.


Seperti yang dijanjikan, aku akan start post menu atau resepi yang sesuai untuk dimakan ketika berdiet. kalau tak diet pun tak de masalah untuk mencuba resepi ini kerana ianya bagus untuk kesihatan. Tapi jangan salah faham yea, resepi untuk makanan yang orang tidak berdiet masih juga diteruskan. Maklum la kat rumah ni aku je yang berdiet nye, so tugasan untuk memasak macam biasa masih diteruskan. 

Hari ni aku nak share resepi ikan siakap kukus, kaedah mengukus sangat bagus bagi mengelakan kite menggunakan minyak dalam masakan. dan ianya juga bagus bagi menyimpan nutrient yang terkandung dalam makanan tersebut. Jika dibandingkan kukus dan rebus, jelaslah bahawa kukus lebih bagus kerana nutrient dalam makan tidak hilang dalam air sepertimana rebus. Manakala sekiranya kite merebus makanan kemungkinan lebih kurang 35% nutrient akan hilang didalam air rebusan. hah! jangan nak diminum plak air tu. hehehehehe.

Selain daripada brokoli dan cendawan, korang boleh juga menukarkan sayuran ini kepada jenis yang korang gemari. tapi ketahuilah bahawa brokoli mengandungi khasiat yang banyak, ianya mengandungi kadar fiber yang tinggi serta kaya dengan vitamin C. banyak lagi khasiatnye. korang rajin rajinkan diri google ek. Manakala bagi Cendawan shitake pula menguatkan sistem pertahan tubuh terhadap penyakit.

Ok kite pun dah tau serba sedikit dengan bahan2 yang kite gunakan dalam masakan, so tunggu apalagi

Moh Masak Ikan Siakap Kukus Bersama Cendawan dan Brokoli

1. Mula mula panaskan air dalam pengukus, biarkan sehingga mendidih.
2. Mayang halus halia dan bawang kecil. Hiris nipis cendawan dan potong kecil brokoli.
3. Ambil ikan dan ratakan halia yang dimayang tadi.
4. Letakkan didalam bekas dan masukkan kedalam pengukus. Kukus selama lebih kurang 8 minit. 
5. Setelah 8 minit, masukkan cendawan, brokoli dan bawang kecil. kukus lagi 5 minit,
6. Apabila ikan dan sayuran telah masak, curahkan kicap cair.
7. Siap untuk dihidang

Selamat Mencuba!

Dibawah ni pula aku serta kan sekali kandungan kalori yang terkandung dalam setiap bahan. mungkin tidak tepat. tetapi lebih kurang.


Thursday, December 5, 2013

HCG DieT PLaN

Assalammualaikum,

Seperti yang diketahui semua, daerah pantai timur mula ditenggelami air. hujan berterusan dan hanya berhenti sekejap2 telah membuatkan paras air mula meningkat. Alhamdulillah kawasan rumah aku masih selamat. di harap semua sentiasa berjaga jaga menghadapi bencana banjir ini.

Hari ni aku bukan nak share resepi tapi nak share siket info berkenaan HCG diet. Kite ni manusia memang suka makan. kalau macam aku ni lagi la suka masak masak then makan. kalau pergi berjalan jalan tu ishhhh lagi la tak lepaskan peluang makan jeee. perut dah kenyang pun still nak jugak makan sikit2.  tapi kalau rutin yang sama kite lakukan setiap hari dan malas bersenam mau badan boleh jadi gemuk gedempul. untung bagi mereka yang kurus, makan la banyak mana pun tetap tak gemuk. cuma di khuatiri walaupun kurus tetap ada penyakit. kite sekarang ni kalau boleh nak kurus dan sihat, iye tak? Pada mereka yang telah banyak telan ubat diet tu tapi masih tak kurus2, jangan nak salahkan ubat tu. se 'power' mana pun ubat kurus, kalau kite masih lagi makan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi, serta malas bersenam, jangan harap nak kurus.

Menyedari berat aku semakin hari semakin meningkat, pinggang dan tapak kaki mula rasa sakit aku mula risau. aku nekad mau berdiet. tapi hanya 2 3 hari saja aku bertahan, kemudian kembali kepada aturan makan yang sama semula. bila baju dan seluar mula tidak muat, aku nekad sekali lagi. aku bertanyakan rakan sekerja yang dulu nye berisi tetapi kini telah kurus. apa rahsianya. dan dia memperkenalkan aku dengan Dr. Malinda Mohd Ali yang merupakan Consultant di Future Wellness dan Dr.Malinda Health & Beauty Clinic. Masuk hari ni aku sudah 17 hari menjalani diet ni. dan total berat badan yang turun adalah 5 kg. Semasa menjalani diet ni, kite hanya dibenarkan makan 500 kalori satu hari, namun begitu aku tidak berasa lapar sepanjang hari. Kadang kadang memadai aku hanya makan buah pada waktu lunch.

Apa itu HCG diet? Boleh Baca di bawah ni. Sumber diambil dari HCG Slimming Group with Dr. Malinda.


Sekiranya kite berusaha untuk kurus dan sihat, HCG diet plan ni membantu kite. tapi macam aku cakap tadi mesti diringi dengan cara makan dan senaman yang betul. 

Didalam blog Moh Masak ni, aku akan share kan resepi resepi yang aku pernah buat semasa dalam program diet ini dan bagus untuk mereka yang ingin cuba mempelbagaikan masakan secara sihat. Siapa kata menu diet tidak menarik. Kadang kadang tu, orang yang tak berdiet dalam rumah tu pun dok sebuk ngendeng orang diet punye makanan. hehehehehe.

Jumpa lagi nanti dengan menu yang lebih sihat. Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti HCG Diet Plan ini boleh PM or SMS aku. 

Hidup Lebih sihat dan Cergas!

Monday, November 25, 2013

RoTi PraTha aLa HoTs & RoLLs

Assalammualaikum...


Korang semua suka makan hots & rolls? aku suka..tapi selalu beli yang crispy. pernah sekali dua je beli yang pratha. memandangkan duduk kat dungun ni sumber makanan macam tu terhad, bila dah teringin nak makan terpaksalah aku buat sendiri.

So, aku pun membuat sendiri pratha ala ala hots&rolls. Roti pratha yang aku beli jenama kawan. dan untuk inti nya pula aku guna sosej dan cheese. Moh nengok resepi.


Moh Masak Roti Pratha Ala Hots & Rolls

1 kpg Pratha
1 btg sosej - dipotong dua kemudian dipotong nipis 4 keping
sedikit sos cili
sedikit mayonis

 
1. Panaskan kuali leper. letak pratha dan biarkan sedikit garing. kemudian terbalikkan.
2. Sapukan sos cili di atas pratha. susun kan cheese dan sosej. letakkan juga sedikit mayonis. apabila bahagian bawah sudah garing boleh lah dilipat.
 3. Siap untuk dihadangkan.

Sedap!

Selamat mencuba!



Thursday, November 7, 2013

PiN WhEeL

Selamat petang,

hari ni panas sangat setelah semalam sehari suntuk hujan. tapi ini malam pasti hujan...

Resepi nak share hari ni ialah pin wheel. pin wheel ni nama puff pastry yang telah kite bentukkan menjadi seperti bentuk pin wheel. macam itulah dia mendapat nama. hari tu aku ada kongsikan resepi macam mana nak buat puff pastry di sini. tapi lagi senang beli je puff pastry ready made.

Bahan bahan yang di perlukan untuk pin wheel ni tak banyak pun. cuma menggunakan puff pastry, peach dalam tin, sedikit gula dan pastry krim atau kastard. resepi kastard boleh di ambil disini. hah tu dia..senang update blog hari ni kan. semua main ambik ambik dari post sebelum ni je..hehehehehehe

ok apa tunggu lagi

Moh Masak Pin Wheel

Puff pastry - secukupnya
peach dalam tin , di potong
syrup dalam tin dari peach tadi
sedikit gula kastor
pastry cream 

cara cara nya mudah saja.

sila rujuk gambar untuk lipatan.
1. mula mula canaikan puff pastry sehingga 1/2 cm ketebalan. potong 4 segi. potong disetiap penjuru seperti dalam gambar.
2. lipatkan disetiap hujung ke tengah puff pastry.
3. paip kan pastry cream dan letakkan peach.
4. apabila pin wheel sudah siap, rehatkan dulu di dalam peti sejuk selama 15 minit. keluarkan pin wheel dan sapukan syrup peach dan taburkan gula kastor. 
5. kemudian bakar dalam oven pada suhu 200 c selama 30 25 minit atau sehingga kuning keemasan.

selamat mencuba!

Tuesday, November 5, 2013

RoTi PanDan KeLapa

Selamat Tahun Baru

Maaf lama tak bersiaran, kerja terlalu lalu lalu banyak menyebabkan aku tak de masa langsung nak update blog ni. dah berabuk abuk dah.

Hari ni curi siket masa nak kongsikan resepi roti pandan kelapa yang sangat lembut. sedap ni kalau pekena musim musim hujan . minum lak air kopi ...ermmm terangkat...oh ye kat dungun sekarang dah masuk musim winter...hihihihihi

Roti Kelapa Pandan



Sumber: http://dapurkakyah.blogspot.com/2012/10/roti-pandan-kelapa.html

500gm tepung roti
240ml air daun pandan di tambah sedikit perisa pandan
2 sudu besar madu
2 sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula
1 biji telur - tinggalkan sedikit untuk sapuan
4 sudu besar shortening
3 sudu kecil yis
1 sudu kecil garam
4 sudu besar water roux
(cara buat water roux= 50gm tepung gandum dicampur 250ml air dimasak hingga pekat dan sedikit mendidih angkat dan sejukkan dan dapat 8 sudu besar)



Inti Kelapa

Kelapa muda parut, air gula merah, daun pandan - dimasak sehingga kering



Cara Membuat adunan roti

1.Masuk semua bahan tersebut dan kalau guna BM ikut mengikut aturan BM(bread Maker).
2. Kalau guna BM tekan On untuk dough. apabila dough dah naik boleh terus ke langkah nombor 4.
 
3. Kaedah tangan. Uli semua bahan tersebut hingga tak lekat ditangan(masa menguli tak sampai pun 5 minit).  Selepas itu masukkan ke dalam plastik adunan tersebut dan digolek-golek atas permukaan meja contohnya sehingga lebih kurang 5 minit atau adunan nampak elastik. Keluarkan adunan itu dari plastik dan ulilah semula  dan biar jadi bulat. Simpan adunan dalam bekas tertutup atau tutup dengan plastik wrap selama 40 minit.  Biarkan naik 2 kali ganda dari saiz asal.
 
4.Keluarkan adunan dan ditumbuk-tumbuk adunan yang kembang tadi dan diuli biar jadi bulat semula dan bagikan kepada beberapa ketulan kecil dan bulatkan. adunan.dan biarkan selama 10 minit.


5. Masukkan inti kelapa manis pada setiap adunan tersebut dan susun dalam bekas yang telah disapu margerin. jarakkan sedikit kerana roti akan kembang.  Biarkan seketika selama 20 minit.

5. Panaskan oven 180 - 200C dan sebelum dimasukkan kedalam  oven sapukan permukaan roti dengan lebihan telur tadi yang telah dicampur dengan sedikit susu segar/susu cair dan ditabur dengan biji bijan.  Bakar selama 20 minit atau sehingga masak.  Sapu permukaan atas roti dengan margerin dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas tertutup atau masa panas-panas tu bolehlah dimakan.
Selamat mencuba!

Sunday, September 8, 2013

OreO BroWnieS

Assalammualaikum


selamat pagi semua

Hari ni aku nak kongsikan resepi brownies. Dah lama sangat terperap. Brownies ni aku buat masa nak raya hari tu. sedap dan sangat coklat. ada ke ayat 'sangat coklat' tu. hehehehehe. tak pe la yek. nak menunjukkan bertapa rich in chocolate brownies ni. haaaaa gitu! Cuma next time kalau aku buat lagi aku akan kurangkan gula. sebab ianya sangat manis di tambah pula dengan krim yang ada pada oreo. boleh potong kaki woooo.

Resepi di ambil dari HANA. minta izin share resepi yang sedap disini plak.


Moh Masak Oreo Brownies

225g Mentega
240g Coklat masakan
3 biji telur - size A
200g gula halus
1sk serbuk coffee
1sk ese
n vanila
*60g tepung gandum
*40g serbuk koko
*1/2 sk baking powder
*secubit garam - (bahan * ayak)
1/2 pack oreo - patah2kan 

Cairkan coklat masakan kemudian masukkan butter. Kacau sebati dan ketepikan.
Pukul telur menggunakan handwhisk. Masukkan sekali gula dan esen. kacau sehingga gula larut.
Masukkan coklat masakan. Kacau.
Masukkan bahan ayak. Gaul sebati hingga tidak berketul.
Akhir sekali masukkan oreo. Alaskan loyang dengan kertas minyak
Tuang adunan dan bakar suhu 170 selama 45minit atau sehingga masak.

Selamat Mencuba!

Thursday, September 5, 2013

RoTi LaPis DagiNg - Tempahan

Assalammualaikum

selamat pagi.


Hari ni ada kawan kerja tempah roti lapis daging untuk di bawa ke jamuan hari raya taska anaknya. satu besar dan satu lagi yang kecil untuk makan sendiri. harap beliau berpuas hati dengan roti lapis daging ni. 

Bagi resepi roti lapis daging boleh la di ambil disini kerana aku pernah kongsikan resepi ini.  


Pada mereka yang masih belum mencuba roti lapis daging ni, tak rugi mencuba sebab ianya memang sedap. boleh la buat hidangan minum petang nanti. ok babai. selamat mencuba!

Wednesday, September 4, 2013

KeK BlueBeRRy - TeMa HaRi RaYa

Assalammualaikum

Lagi berapa hari kite akan meninggalkan syawal. Ini adalah kek terakhir untuk syawal ini. 


Order daripada aisyatul untuk majlis hari raya di sekolah. Aisya mahukan kek cream blueberry. sebenarnya ini adalah kek pertama yang aku buat menggunakan fondant sebagai hiasan. 


Harap aisya berpuas hati dengan kek dan hiasannya. Kek yang digunakan adalah vanilla sponge cake dan didalamnya diletakkan fresh cream serta blueberry filling.





Thursday, August 29, 2013

SoTonG MaSak MeRah

Selamat pagi

haaaaaa jangan marah...resepi sotong lagi...jangan jeles sebab masih lagi sotong segar yang di pancing oleh en.azam di parairan terengganu ni. Kali ni sotong yang ditangkap adalah jenis sotong torak. di mana sotong torak ni bersaiz besar dan lebih panjang. Macam dalam gambar tu. panjangkan. sepanjang sinki tau. Kalau di pasaran, harga sotong torak ni boleh mencecah sehingga RM24 sekilo. Tapi kalau pada musim sotong harganya boleh dapat dalam RM18 sekilo.


Aku masak sekor pun sudah cukup untuk makan berdua. itu pun berlebih lebih lagi. Diatas permintaanya aku masakan lah sotong masak merah. sedap! segar dari laut! untung laaaa...hehehehe

Moh Masak Sotong Masak Merah


1 ekor Sotong Torak
Garam
serbuk kunyit
Minyak masak
4 bj Bawang merah, ditumbuk
3 ulas Bawang putih, Ditumbuk
1 inci Halia. ditumbuk
4 sb Cili kisar
2 sb Sos tomato
Garam
Gula

1. Bersihkan sotong dan potong bulat. Lumurkan garam dan kunyit. Goreng sotong sehingga masak.
2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk sehingga kekuningan.
3. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili masak.
4. Masukkan sos tomato dan perasakan gula dan garam.
5. Masukkan sotong dan gaul sehingga rata.
6. siap untuk dihidang.


Selamat mencuba!

Tuesday, August 27, 2013

SnoW CheeSe CaKe @ KeK KeJu BeRsaLji

Assalammualaikum...


Terlaksana gak impian...cehhhhh impian tuuu..hahahahaha...ok terlaksana jugak nak wat snow cheese cake ni setelah asik order dari kawan aku je. Malas nak buat, bukan nak makan banyak pun. so order lagi senang. goyang goyang kaki jer dah dapat makan kek. Tapi hari tu ada orang nak mai kat umah. pikir punya pikir nak buat kek apa, teringatlah akan si snow cheese cake ni. sebab tak penah buat aku ambil kesempatan mencubanya kali ini. terus buat kek yang meletups ni. snow cheese cake ni bukan lah cheese cake yang biasa kite jumpa tu. Kek ni hanya menggunakan kek sponge yang gebu. Kemudian kek ini dilitupi dengan topping cream cheese dan parutan cheddar cheese. Gila...memang sedap dan menggemukkan...hehehehehe. Bagi resepi kek sponge, kalau tak nak guna resepi yang ini boleh juga guna resepi kek span vanilla yang pernah aku kongsi kan di blog ini.

Moh Masak Snow Cheese Cake


Resepi di di ambil dari kak nor secubit garam

Bahan untuk kek

6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100 gram gula halus
100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga)
60 gram tepung jagung (maizena)
50 gram air sejuk (dr peti ais)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovelet
75 gram mentega (dicairkan)

Bahan untuk krim
 
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis

Bahan untuk topping

1/2 kotak kraft cheddar cheese (diparut)

1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 165C.
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi tiga atau dua bahagian.
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.

Selamat mencuba!

Monday, August 26, 2013

AyAm PeRcik PemanGGanG AjaiB!

Selamat pagi

Orang lain dah berzaman to kadok guna pemanggang ajaib. aku ni hah baru la terhegeh hegeh nak guna. serius senang guna pemanggang ajaib ni. Kalau takat nak buat ayam bakar, ayam percik, ikan bakar... ermmmm petik jari jer. tak yah lagi dah nak bakar bakar arang nih. sempoi.

Mula mula ari tu macam tak caye je, macam mana nak dapat kan kesan hitam kat ayam tu macam kite bakar guna arang. ye la kan sebab pemanggang nye di tutup. kalau kite tutup bukan ke di steam ke kat dalam tu. mesti la banyak air nanti. itu lah yang aku terpikir. so aku rasa macam tak logik. Then first time aku wat ikan bakar aku biarkan je pemanggang nye terbuka. konon konon nye nnt jadik ikan steam plak kalau tertutup. so kaedah yang aku gunakan berjaya la. tapi bila fikir balik buat apa beli pemanggang ajaib. guna pemanggang biasa pun boleh. 

Bila kali kedua nak wat ayam percik, aku tutup pemanggang. tawakal je. jadik ke idak aku tak kesah. lagi satu senang nak terbalik kan ayam tu. pusing kan jer pemanggang ajaib, tak perlu nak terbalikkan ayam satu persatu. mudah kan! 

then bila aku buka jer pemanggang ajaib tu.... taaaddaaaaaaa...kesan effect kat ayam tu sama macam kite bakar guna arang. ada kesan hitam. cuma bau arang je la tak ada. tapi memang puas hati. buat masa ni baru guna untuk buat lauk, kalau untuk buat kek ke pai ke, tak pernah cuba lagi. siapa yang tak de pemanggang ajaib ni tunggu apa lagi. gi la beli satu. hehehehehehe. macam dealer plak.


Moh Masak Ayam Percik Pemanggang Ajaib

1 ekor Ayam, terpulang nak potong berapa

Bahan kisar
2 bj Bawang besar
2 inci Kunyit hidup
2 btg Serai
2 inci Halia
4 ulas Bawang putih
Sedikit air untuk kisar


200 ml Santan
2 btg Serai, diketuk
2 keping Asam keping
Gula secukupnya
Garam

1. Campurkan bahan kisar dan ayam di dalam kuali.
2. Masukkan santan. serai, asam keping dan masak sehingga ayam separuh masak.
3. Perasakan gula dan garam. biar manis siket baru sedap.
4. Susunkan ayam dalam pemanggang ajaib dan tuangkan sedikit kuah tadi.

5. Bakar lagi sehingga ayam masak sepenuhnya.

6. Apabila ayam sudah masak angkat dan tuangkan lebihan kuah tadi.

7. Siap untuk dihidang

Selamat mencuba!






Sunday, August 25, 2013

BinGka uBi

Assalammualaikum





Selamat hari ahad. selamat bekerja pada mereka yang berada di terengganu, kelantan, kedah dan perlis. semoga hari ini membawa seribu satu kebaikan kepada anda semua. selamat berhujung minggu dan berehat kepada mereka yang bercuti pada hari ni. best nye dok lepak kat umah.  jangan la dok saja, apa kata masak memasak siket buat orang tersayang tu. kalau tak pun masak la untuk perut tersayang kite tu. hehehehe.

hari ni aku nak kongsi resepi yang di ambil dari dapur che mat gebu iaitu Bingka ubi di mana resepi asal diambil dari my resepi. bingka ubi ni sedap dan tidak terlalu manis. sedang molek kata orang terengganu. tak rugilah mencuba. moh kite nengok resepinya.

Moh Masak Bingka Ubi


1 kg ubi parut
650 ml santan kelapa
100 g gula melaka, hiris halus
2/3 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
1/2 camca teh garam
1 camca besar minyak

  1. Satukan santan, gula melaka, gula pasir, garam dan daun pandan. Kacau rata dan masak atas api, kacau hingga gula larut, masukkan minyak dan kacau hingga sebati. Angkat dan biar sejuk. Ubi dimasukkan ke dalam kain kasa dan perah, tadah air perahan tadi. Buat sikit2, hingga siap. Masukkan ubi tadi ke dalam bekas lain. Biarkan air perahan 20 minit hingga sagunya mendak.
  2. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin dengan sedikit mentega dan alas dasar tin dengan aluminium foil, lebihkan aluminum tadi di kiri dan kanan tin, tujuannya senang nak tarik keluar kuih bila masak nanti. Ketepikan.
  3. Buang air perahan tadi perlahan2 sehingga tinggal sagunya yang mendak. Gaul dengan ubi tadi. Tapis santan tadi yang di masak tadi dan masukkan ke dalam ubi, gaul rata2 hingga rata dan mesra.
  4. Tuang dalam tin yang telah siap tadi dan bakar selama 1 jam 30 minit, hingga permukaannya kelihatan garing. Keluarkan dari oven, biar suam dan keluarkan dari acuan. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong.
Selamat mencuba!

RoTi PeRanCis

Bonjour!


Chewahhhhh mentang la buat roti perancis terus cakap perancis... itu pun je yang aku tau. hehehehehe. Tau tak apa itu roti perancis? Roti perancis ialah roti yang berbentuk panjang, mempunyai kulit luar yang keras atau garing yang berasal dari perancis. Biasanya, roti perancis berdiameter 5 - 6 cm dan lebih kurang 65 cm panjangnye. hehehehehehe. tapi yang aku nye versi ketot. Roti ni sedap sangat di makan bersama sup. boleh juga kalau nak buat benda lain. seperti contoh aku ada buat bruschetta menggunakan roti perancis ni. Boleh nengok disini. Resepi roti perancis ni aku ambil dari buku roti, kek dan pastri oleh puan Noraini Sidek. Minta izin share disini.

Ok lah. tunggu apa lagi moh masak roti perancis

Moh Masak Roti Perancis

500 gm Tepung roti
15 gm Yis
300 ml Air
1/2 sk Garam

untuk glis
1/2 cwn Air
1/2 sk Garam

1. Ayak tepung bersama garam.
2. Campurkan yis ke dalam tepung dan masukkan air.
3. Uli hingga sebati lebih kurang 15 - 20 minit.
4. Rehatkan doh dan biarkan ianya kembang 2 kali ganda.
5. Bentukkan doh memanjang dan letakkan ke atas dulang pembakar yang telah di taburkan tepung. kelar roti menyerong dan glis dengan air garam.
6. Biarkan roti naik semula 2 kali ganda. Sebelum di bakar sapukan roti sekali lagi dengan air garam.
7. Bakar roti pada suhu 220c selama 15 minit dan turun kan suhu ke 180c selama 20 minit lagi.

kat sini aku ada tunjukkan macam mana nak bentukkan doh memanjang dan kemas. Gambar ni diambil dari America's test kitchen feed.  Aku share di sini pula.

Bentukkan doh menjadi 4 segi tepat lebih kurang 6-8 inci.

http://www.americastestkitchenfeed.com/bake-it-better/2012/08/secrets-to-french-baguettes/

lipatkan bahagian bawah sekali ke tengah doh. dan tekan sehingga kemas.

http://www.americastestkitchenfeed.com/bake-it-better/2012/08/secrets-to-french-baguettes/

Kemudian lipatkan lagi sekali dari bahagian pertama tadi ke atas dan tekan sehingga kemas.

http://www.americastestkitchenfeed.com/bake-it-better/2012/08/secrets-to-french-baguettes/

Tepungkan tangan dan tekan ditengah tengah doh membuat garisan dalam.

http://www.americastestkitchenfeed.com/bake-it-better/2012/08/secrets-to-french-baguettes/

Cantumkan ke dua dua bahagian tadi dan cubitkan supaya kemas dan bercantum

http://www.americastestkitchenfeed.com/bake-it-better/2012/08/secrets-to-french-baguettes/


Roll kan doh ke depan dan belakang sehingga doh mencapai panjang 15 inci dan berdeameter 2 1/2 inci. 

http://www.americastestkitchenfeed.com/bake-it-better/2012/08/secrets-to-french-baguettes/

Kelar roti menyerong.

http://www.americastestkitchenfeed.com/bake-it-better/2012/08/secrets-to-french-baguettes/

Selamat Mencuba!