Thursday, April 30, 2015

NaSi MinYaK + AyaM MaSaK MeRaH

Assalammualaikum...

Dah pun tiba hari yang di nanti nantikan..hari khamis...esok cuti..hari ni aku balik kampung.. makanya blog ini pun akan bercuti sama. jumpa nanti semula bulan may..hehehehehehe...

Semalam teringin lak tekak ni nak makan nasi minyak..tapi x der la beria sangat masak...nak makan dua orang je kan..kite buat la ala kadar..janji sedap...tapi iye sungguh memang sedap... hahahahaha masuk bakul angkat sendiri la ek...



Resepi nasi minyak ni sebenarnya mudah je nak sediakan..sekali sekala tukar selera..hari hari makan nasi putih..iye dak? 

Lauk sampingan pun aku buat yang simple..ayam masak merah bersama acar timun. Kebetulan memang dah ada beras basmathi parboiled so on je la. aku memang suka guna beras parboiled atau pusa gold keluaran jasmine ni. sebab berasnye memang panjang. lagi pulak x mudah hancur. seeloknye untuk mendapatkan hasil yang cantik..bila masak nasi memang akan panjang giler..beras hendaklah direndam paling kurang setengah jam. biar dia serap dulu air..nanti bila kite masak memang akan panjanggggggg...

Moh Masak Nasi Minyak + Ayam Masak Merah

Nasi Minyak



1 1/2 Cawan Beras Basmathi - aku guna parboiled (rendam selama setengah jam)
1/2 biji Bawang besar, hiris nipis
1 ulas Bawang putih, hiris nipis
1/2 btg Kulit kayu manis
1/2 kuntum Bunga lawang
1 biji Buah pelaga
2 sb Mentega
1 sb Minyak Jagung
1 cwn susu cair
1 cwn air
Garam
Pewarna kuning
1 helai Daun pandan

1. Panaskan mentega bersama minyak jagung.
2. Tumis bawang besar, bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. masak sehingga bawang layu.
3. Masukkan beras dan kacau seketika.
4. Masukkan air dan susu cair. perasakan garam.
5. Masukkan sedikit pewarna kuning untuk mendapat warna nasi nanti.
6. Masukkan daun pandan. Biarkan sehingga nasi masak.

* semasa menumis periuk nasi boleh lah diletakkan diatas dapur bagi mempercepatkan proses memasak. apa bila semua bahan telah dimasukkan, bolehlah pindahkan periuk kedalam rice cooker.

Ayam Masak Merah



4 ketul Ayam
serbuk kunyit
garam
minyak

1. Peraskan ayam dengan garam dan serbuk kunit.
2. panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak.

1/2 biji Bawang besar, ditumbuk
2 ulas Bawang putih, ditumbuk
1/2 inci halia, ditumbuk
3 sb Cili kisar
1 sb Sos tomato
Garam
Gula
Minyak

1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk sehingga kekuningan.
2. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili garing dan masak.
3. masukkan sos tomato, perasakan garam dan gula.
4. Masukkan ayam yang telah di goreng.
5. Siap untuk dihidang



Selamat Mencuba!



No comments:

Post a Comment