Monday, May 21, 2012

Kek CokLat LeMbuT KuKus


Assalammualaikum...semalam membelek belek buku resepi...teringin plak nak buat kek..so cari la resepi kek yang mudah nak di buat..terpandang la resepi kek coklat lembut kukus yang di ambil dari dapur Hasue..bila menjengah ke dapur orang lain...ermmmm positive jer komen nya...so tak salah kan aku mencuba...cuma...hehehehehe...aku tak kukus..aku bakar sebab pengukus nye tak muat nak masukkan loyang kek...nnt la nak g beli pengukus yang besar sket...

Kek ini walaupun di bakar memang sangat lembab, lembut dan sedap. kalau lah di kukus ishhhhh x dapat nak bayang kan...mesti lagi lembut dan lembab...

Tapi ada member yang bagi tau kek ni kurang manis...insyaallah kalau lagi sekali aku buat kek nye... aku akan tambah lagi sedikit gula...kalau x manis x sedap jugak kan...

Moh Masak Kek Coklat Lembut Kukus/ Bakar


100 gm Serbuk koko
1 tin Susu cair
200 gm minyak masak - aku guna minyak jagung
250 gm Susu pekat
200 gm Gula kastor - kalau nak tambah boleh tambah lagi 50 gm
4 biji Telur, di pukul hingga berbuih
150 gm Tepung gandum
1 sk Serbuk penaik
1 sk Soda bicarbonat

  1. Campurkan serbuk koko, susu cair, minyak masak, susu pekat dan gula kastor. Masak dengan api perlahan dan masak sehingga licin. Tidak perlu sampai mengelegak.
  2. Satukan dengan telur yang di pukul tadi dengan mixer. Gaulkan bahan bahan kering dan capurkan sedikit demi sedikit sehingga semuanya sebati.
  3. Masukkan dalam tin pembakar yang dilapik kertas dan di lenserkan marjerin. Kukus selama 1 jam dengan api sederhana. Pastikan air telah mengelegak sebelum dikukus. kalau di bakar gunakan suhu 170 c selama 40 -45 minit.
  4. Sejukkan dahulu sebelum diletakkan ganache.

Aku guna loyang 10 x 10 inci.

Coklat Ganache mudah dan sedap

1 cwn Susu pekat
1 cwn Serbuk koko
1 sb Butter

 
Campurkan semua bahan dan masak atas api sehingga likat dan larut sepenuhnya.

6 comments:

  1. Cik Mellmerah.. Nak tanya, apa beza serbuk penaik ngan soda bikarbonat n cream of tar tar.. TQ..

    ReplyDelete
  2. serbuk penaik (baking powder) biasanya digunakan untuk menaikan kek. ianya mengandungi acid dan alkali yang berguna untuk neutral kan kandungan bahan dalam kek.

    soda bicarbonat ialah sejenis alkali yang bertindak untuk neutral kan kandungan bahan dalam kek yang mengandungi acid contohnya yogurt, coklat, buttermilk and honey...juga untuk menaikan kek..

    cream of tartar pula bertujuan untuk stable kan telur putih ketika dipukul..kalau kite wat kek yang based nye ialah telur...maksudnye kite perlu pukul telur dulu...biasanya kite akan letak cream of tartar ni dulu nak bagi dia maintain foam nye.

    ok tak nillyz?

    ReplyDelete
  3. owhh.. selama ni igt serbuk penaik n soda bikarbonat tu sama je fungsi dia.. ok cik mellmerah 4 da info.. TQ..

    ReplyDelete
  4. Arini nak try wat ni la. Mntx2 la mjadi coz dh lm xmsk kek. Klu xpki soda bicarbonat boleh ke?

    ReplyDelete
  5. waa..mnarik!tp dh letak susu pekat n gula kastor pun still xcukup mnis kew??

    ReplyDelete
  6. sedang elok jer rasanya..tidak terlalu manis pun..cuba lah!

    ReplyDelete