Saturday, August 18, 2012

RenDaNg CaMpuR

Assalammualaikum..hari ni dh ada di kampung...dah pun start memasak...tapi confirm ke ni esok raya...semalam x de plak pengumuman..tapi kalau ikut pengiraan confirm esok raya...


Tahun ni lagi sekali aku tak ada baju raya...x sempat..terlalu sebuk nak mencari kain dan nak g menempah...nampak gayanya pakai baju lama je la jawabnya...its ok la..beraya tu x semestinya berbaju baru, perabot baru..langsir baru kan...cukuplah sekadar kite meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa..



so pagi pagi lagi tadi dah mula merendang..rumah aku ni kalau beraya x sah kalau x de lemang, ketupat dan rendang...tu yang pagi tadi buat rendang campur..campur apa? moh kite nengok resepinya...




Moh Masak Rendang Campur



1/2 kg Daging 
1/2 kg Paru
1/2 kg Perut lembu
50 gm Halia
4 btg Serai
8 ulas Bawang putih
1 bj Bawang besar
50 gm Lengkuas
cili api mengikut kepedasan
4 bj kelapa diambil santan
kerisik mengikut warna
garam dan gula

kisar semua bahan. masukkan dalam kuali dan campur santan. biarkan mendidih.



apabila hampir kering boleh lah dimasukkan kerisik, garam dan gula.


mudah je kan.

ni jap lagi nak buat rendang ayam pula...nanti kalau sempat aku update..

No comments:

Post a Comment