Wednesday, May 8, 2013

RoTi JaLa + KaRi AyaM + SeRaWa DuRiaN

Lega rasanya bila sudah selesai pilihanraya yang 13 ni. Sunyi la siket suasana dari keriuhan orang berceramah politik sana sini. Aku bukan anti politik. bukan anti kerajaan. bukan juga anti pembangkang. bukan juga orang yang dok atas pagar. aku tetap balik mengundi untuk menjalankan kewajiban sebagai rakyat Malaysia.Undi aku rahsia. siapa yang aku undi pun rahsia. hehehehehe.  Setiap parti mempunyai kelebihan dan kekurangan. namun begitu, sebagai melayu dan islam, aku berdoa kite sesama islam ini bersatu. Tak bolehkah? haissshhhhhh.


Asal asal wat entri ni tadi rasanya nak share resepi roti jala. bak pe pulok aku ni merepek ke cerita politik. bosan bosan bosan sungguh.


Dah la baik kite layan roti jala lagi banyak paedahnye, perut kenyang senang hati. kali ini aku menyediakan juadah roti jala dirumah. pagi makan roti jala bersama kari ayam manakala waktu petang pulak aku sediakan bersama serawa durian. En.Azam makan hingga menjilat kuali tau. kihkihkih.

Moh Masak Roti Jala

1 1/2 cwn Air
2 cwn Tepung gandum
4 bj Telur
1/2 sk Pewarna kuning
1 1/2 sk Garam
2 sb Minyak
6 helai Daun pandan - diikat
acuan roti jala

1. Masukkan telur dan air didalam mangkuk adunan dan kacau sebati mengunakan whisk.
2. Campurkan garam dan tepung. dan masukkan kedalam bekas adunan telur tadi.
3. Masukkan pewarna kuning mengikut citaras kepekatan warnanya.
4. Panaskan kuali leper. dan dengan menggunakan acuan roti jala, kiraikan ke atas kuali secara membulat.
5. Goreng disebelah bahagian saja kemudian angkat dan gulung. 
Moh Masak Kari Ayam
500 gm Daging ayam - dipotong kecil
*4 ulas Bawang merah - dimayang halus
*2 ulas Bawang putih- dimayang halus
*1.5 cm Halia - dimayang halus
*1 btg Daun kari
*1 btg Kulit Kayu manis
*2 bj Bunga cengkih
*1 bj Buah pelaga
*1 bj Bunga lawang
3 sb Rempah kari daging/ayam
2 kpg Asam Keping
500 ml Santan cair
1 lt Santan pekat
250 gm Ubi kentang
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
1. Panaskan minyak dan tumis bahan * sehingga kekuningan dan naik bau.
2. Kemudian masukkan pes rempah dan tumis sehingga garing.
3. Selepas itu masukkan ayam, ubi kentang dan santan cair beserta asam keping.
4. Apabila ubi kentang empuk, masukkan santan pekat. kacau sentiasa.
5. perasakan dan siap untuk dihidang.
Moh Masak Serawa Durian


10-15 ulas durian
1 ketul gula melaka - potong kecil
1/2 cawan gula pasir
3 cawan santan segar
1/2 cawan air atau secukupnya
sehelai daun pandan simpul
sedikit garam

1. Campurkan gula pasir dan gula melaka bersama air dan masak sehingga larut. tapis.
2. Dalam periuk, masukkan durian, santan, daun pandan dan sedikit garam. Kacau selalu sehingga mendidih.

No comments:

Post a Comment