Thursday, May 2, 2013

SumPahaN PaVLova

Selamat menyambut hari pekerja semalam.

Selamat bekerja pada hari ini. aku pulak lemau je nak masuk opis. sunyi sepi tak der orang. aku je yang terhegeh hegeh kerja. knapa la tak cuti je kan...haishhhh...
 
Semalam banyak menerima tempahan kek karamel. cuti kan...orang dok kat umah sambil makan makan kek. aku je yang bersilat di dapur dari pagi sampai petang. nampak gayanya macam kena beli oven besar ni, supaya memudahkan dan mempercepatkan  kerja aku. kelmarin (sehari sebelum semalam) konon konon nye nak g berkelah ngan en.azam kat pantai. romantik gitu. baru je plan dapat call orang nak tempah kek. lepas satu call masuk satu call lagi. jadi plan nak g berkelah terus di batalkan. hehehehehe. nasib orang tua tu tak merajuk (en.azam memang tua okey).
 
Lepas siap semua kek, aku pun mula membuat pavlova. entah apa yang tak kenanya, pavlova aku tak jadi. bukan sebab ada minyak ke apa ke. Semasa memukul putih telur ok tapi bila dah masuk tepung jagung dengan apa bagai segala tu dia jadik sangat keras dan tak cantik. bila di bakar tak mau jadi crispy. aishhhhhh buat hal sungguh. 3 kali aku buat pavlova. di ulangi 3 kali. tong sampah sendawa pun dekat sepuluh kali. en. azam geleng kepala jer. haishhhhh. apa yang tak kena ni. tak sabar nak balik umah. nak cuba buat lagi sekali.
 
Aku dah terkena sumpahan pavlova ker?
 
Tak ada gambar untuk entri kali ini.
 
Mood: penat!

1 comment: