Monday, November 19, 2012

RoTi nAAn daN SaMbaL saRdiN

Hai...hari ni nak share resepi roti naan...tapi roti naan ni aku makan ngan sambal sardin...sedap woooo....hehehehehe...tak mau kari...tukar selera sekali sekala kan...Resepi ni untuk 2 orang makan.. boleh dapat roti naan saiz sederhana 4 keping...dan sardin yang aku gunakan sardin ayam brand saiz paling kecik...


Moh Masak Roti Naan dan Sambal Sardin

Roti Naan

150 gm Tepung gandum
50 gm Tepung naik sendiri
1 sb Minyak zaiton - kalau nak guna minyak lain pun boleh
secubit garam
1 sk Gula
1/4 cwn Air
1/2 sk Yis segera
50 ml Plain yogurt - boleh juga menggunakan 50 ml susu segar+ 1 sk Jus limau nipis

  1. Mula - mula campurkan air, gula dan yis.
  2. Dalam bekas lain campurkan tepung gandum, tepung naik sendiri dan garam. kemudian boleh la masukkan air rendaman yis tadi. uli sehingga rata. Masukkan yogurt dan kemudian masukkan minyak. Uli sehingga menjadi doh.
  3. Rehat kan doh selama 1 jam atau doh naik sekali gand
  4. setelah doh kembang, tumbuk doh tadi untuk membuang udara di dalamnya. Bahagikan doh kepada 4 bebola. rehatkan sehingga doh kembang semula.
  5. Apabila bebola tadi sudah kembang semula, boleh lah canaikan leper. jangan lupa tabur tepung semasa mencanai untuk mengelakan ianya melekat.
  6. Bolehlah mengoreng tanpa mengunakan minyak.

Sambal sardin

2 sb Minyak masak
2 ulas Bawang putih - cincang halus
1 bj Bawang besar - dadu kecil
2 sb Cili kering kisar
1 tin sardin bersama sos - dihancurkan
garam
gula
sedikit air asam jawa


  1. Tumis bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan bawang besar.
  2. Apabila telah layu bolehlah masukkan cili kisar. masak sehingga garing.
  3. Masukkan sardin, kemudian air asam jawa dan perasakan garam, gula.
  4. Tadaaa! siap.
Selamat Mencuba!



No comments:

Post a Comment