Maaf lama tak bersiaran, kerja terlalu lalu lalu banyak menyebabkan aku tak de masa langsung nak update blog ni. dah berabuk abuk dah.
Hari ni curi siket masa nak kongsikan resepi roti pandan kelapa yang sangat lembut. sedap ni kalau pekena musim musim hujan . minum lak air kopi ...ermmm terangkat...oh ye kat dungun sekarang dah masuk musim winter...hihihihihi
Roti Kelapa Pandan
Sumber: http://dapurkakyah.blogspot.com/2012/10/roti-pandan-kelapa.html
500gm tepung roti
240ml air daun pandan di tambah sedikit perisa pandan
2 sudu besar madu
2 sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula
1 biji telur - tinggalkan sedikit untuk sapuan
4 sudu besar shortening
3 sudu kecil yis
1 sudu kecil garam
4 sudu besar water roux
(cara buat water roux= 50gm tepung gandum dicampur 250ml air dimasak hingga pekat dan sedikit mendidih angkat dan sejukkan dan dapat 8 sudu besar)
Kelapa muda parut, air gula merah, daun pandan - dimasak sehingga kering
Cara Membuat adunan roti
1.Masuk semua bahan tersebut dan kalau guna BM ikut mengikut aturan BM(bread Maker).
2. Kalau guna BM tekan On untuk dough. apabila dough dah naik boleh terus ke langkah nombor 4.
2. Kalau guna BM tekan On untuk dough. apabila dough dah naik boleh terus ke langkah nombor 4.
3. Kaedah tangan. Uli semua bahan tersebut hingga tak lekat ditangan(masa menguli tak sampai pun 5 minit). Selepas itu masukkan ke dalam plastik adunan tersebut dan digolek-golek atas permukaan meja contohnya sehingga lebih kurang 5 minit atau adunan nampak elastik. Keluarkan adunan itu dari plastik dan ulilah semula dan biar jadi bulat. Simpan adunan dalam bekas tertutup atau tutup dengan plastik wrap selama 40 minit. Biarkan naik 2 kali ganda dari saiz asal.
4.Keluarkan adunan dan ditumbuk-tumbuk adunan yang kembang tadi dan diuli biar jadi bulat semula dan bagikan kepada beberapa ketulan kecil dan bulatkan. adunan.dan biarkan selama 10 minit.
5.
Masukkan inti kelapa manis pada setiap adunan tersebut dan susun dalam
bekas yang telah disapu margerin. jarakkan sedikit kerana roti akan kembang. Biarkan seketika selama 20 minit.
5.
Panaskan oven 180 - 200C dan sebelum dimasukkan kedalam oven sapukan
permukaan roti dengan lebihan telur tadi yang telah dicampur dengan
sedikit susu segar/susu cair dan ditabur dengan biji bijan. Bakar
selama 20 minit atau sehingga masak. Sapu permukaan atas roti dengan
margerin dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas tertutup atau
masa panas-panas tu bolehlah dimakan.
Selamat mencuba!
Nmpk sedap tu.
ReplyDeletecuba la
ReplyDelete