Ok..ni dia sambungan choux pastry. resepi untuk adunan choux pastry boleh ambil di sini. setelah siap adunan tadi, bolehlah masukkan adunan ke dalam piping bag. Gunakan nozzle berbentuk star.
Untuk membuat cream puff, paip kan membulat dan tinggi.
Bagi eclairs pula, paip kan memanjang.
Untuk Paris brest, paip kan seperti bentuk donut.
Yang ini pula bagi menghasilkan swan. paipkan besar di bahagian belakang dan tirus di bahagian depan.
Untuk menghasilkan kepala swan, paip kan seperti di bawah. gunakan kon yang diperbuat daripada kertas untuk paipkan adunan. boleh juga menggunakan piping bag pakai buang dan potong kecil di bahagian hujung.
Paipkan seperti nombor dua. mulakan di bahagian paruh swan, berhenti dan paip kan lebih banyak untuk menghasilkan kepala, kemudian teruskan dengan membuat nombor dua.
Bakar adunan pada suhu 200 C selama 25 minit. bagi kepala swan bakar sehingga mendapat warna keperangan lebih kurang 5 - 8 minit. Apabila choux pastry telah masak, biarkan seketika di dalam oven untuk pastikan ianya benar benar sudah kering di bahagian dalam. setelah itu boleh lah di keluarkan untuk di potong dan di isikan krim kastard. Untuk resepi krim kastard boleh lah di ambil disini.
Jangan lupa nengok episod 3 choux pastry ni yea...
Selamat mencuba!
Pakai mejerin je yea? Xpayah pakai buttercup?
ReplyDeleteYup marjerin je pun boleh. Tapi kalau nak guna buttercup x masalah..
Delete