resepi kali ini untuk orang yang tengah berdiet plak. aku ni memang suka pelbagai kan menu. supaya waktu aku berdiet aku tak boring. Resepi ni pada aku agak menarik juga. seakan akan popia. tapi tanpa karbohidrat. Makanya untuk menjadikan resepi ni lebih sehat aku menggunakan telur sebagai kulit luar nya. Telur tu aku masak menggunakan acuan roti jala. tapi jangan di buat halus halus seperti roti jala tu, nanti koyak rabak jadik nye. buat tebal sket atau untuk lebih selamat boleh jer buat seperti kulit kuih ketayap. buat nipis sahaja untuk senang gulung.
Untuk isinya pula, korang boleh pelbagaikan untuk meletak udang, isi ayam atau sotong. aku lebih suka menggunakan tauhu yang digoreng tanpa minyak dan dipotong nipis. aku juga menggunakan daun salad seperti butter lettuce, lola rossa dan green head lettuce. ini semua aku beli kat giant yang dah ready pack tu. selain tu korang jugak boleh meletakam timun, carrot, sengkuang dan macam macam lagi. terpulang mengikut kreativiti. aku jugak tambahkan tomato, sebab tomato pun ada dalam pack tu. hehehehehe.
Aku makan egg roll ni bersama sos Thousand island lady choice tu. kalau nak kurangkan kalori boleh makan dengan sos cili jer.
Moh Masak Telur Gulung / Egg Rolls
2 biji Telur
2 sb air
sedikit garam
Daun salad
tomato
1 kpg Tauhu, goreng tanpa minyak
Sos Thousand Island
1. Pukul telur bersama air dan garam. masak di atas kuali leper tidak lekat sehingga kekuningan atau masak.
2.Susun sayuran dan tauhu di atas telur tadi dan gulung kemas.
3. Hidangkan bersama sos.
Selamat Mencuba!
No comments:
Post a Comment