Friday, May 16, 2014

AbsoLutE ChoCoLatE CaKe

Assalammualaikum...

Hari ni sekadar nak kongsikan kek yang ditempah beberapa hari/ minggu lalu. Resepi kek di ambil dari sifu Azlita Masam Manis. Sedap kek ni. menggunakan coklat mousse sebagai lapisan didalam. kepada penggemar coklat, kek ini juga merupakan pilihan yang tepat. 


Kek yang aku buat ni ditempah untuk birthday girl bella.

Mula mula kena sediakan kek coklat dahulu.

Moh Masak Absolute Chocolate Cake



Kek Coklat Lembap

Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
Satukan semua bahan
Kemudian ayak
Ketepikan

Bahan B
3 biji telur A saiz
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung

Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, bolehah tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis.

Bahan D
250 ml air panas

Satukan semua bahan B
Pukul hingga putih
Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis
Pukul hingga sebati
Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula.
Tambahkan air panas dan gaul rata
Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak

Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C
Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.
Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih.
Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna.
Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.
Sejukkan kek atas redai setelah masak
Potong kek kepada 3 atau 4 kepingan



Chocolate Mousse

3 biji kuning telur
100 gm coklat masakan gelap
8 gm gelatin
30 ml air
250 gm Krim bukan tenusu
1 sudu teh esen vanilla
50 gm coklat masakan gelap di cincang kasar

Cairkan gelatin.
Cairkan 100 gm coklat masakan kaedah kukusan (double boiler)
Masak telur kuning dengan kaedah kukusan sambil sentiasa dikacau hingga berkrim
Tuangkan gelatin dalam kuning telur dan gaul rata
Tuangkan pula coklat cair dan kacau rata, ketepikan
Dalam bekas lain putar krim bukan tenusu hingga kental
Tuangkan 1/3 adunan dalam adunan coklat dan kaup balik rata
Tuangkan baki adunan dan esen vanilla dan kaup balik sempurna

Ganache Coklat Krim

125 ml krim tenusu
20 gm sirap glukos
200 gm coklat masakan gelap
15 gm mentega

Panaskan krim dan sirap glukos hingga berbuih kecil tepi periuk
Tuangkan dalam coklat yang di cincang terlebih dahulu
Kacau rata
Tambahkan mentega dan gaul sempurna
Sejukkan
Kemudian pukul hingga berkrim

Kaedah penyediaan

Letakkan sekeping kek atas lapik kek
Basahkan permukaan kek dengan sedikit air nescafe ( sedikit sahaja untuk melembabkan kek)
Kemudian ratakan Coklat Mousse atas lapisan kek
Taburkan pula dengan coklat masakan yang dah di cincang kasar
lapikkan pula dengan sekeping lagi kek coklat
Ulang proses yang sama hingga habis
Akhir salutkan keseluruhan kek dengan mousse coklat
Simpan sebentar dalam peti ais paling kurang 4 jam

Salutkan pula kek dengan Ganash Coklat Krim
Deko kek anda mengikut kreativiti
Simpan dalam peti ais hingga ganache mengeras
Ayak serbuk koko atas kek sebelum dihidangkan jika suka






Selamat Mencuba!

Kalau rasa payah sangat nak membuat nye..apalagi tempah jer dengan MeLLMeRah 0192757075
 

1 comment: