Thursday, January 30, 2014

deViL's FooD ChoCoLatE CakE

Assalammualaikum...

Selamat pagi...

Resepi kek lagi....amboi menjadi jadi MeLLMeRaH ni ek buat kek..bukan apa kekadang tu nak gak cuba resepi yang baru kan. memahirkan diri. tapi dun worry aku tak makan. buat dan bagi orang lain makan. diet tetap diet woooiiiiii.


Resepi diambil dari kak azlita aziz yang hebat dengan skill membuat keknya. so, aku share disini pulak. apa salahnya berkongsi ilmu kan.


Sempena Tahun Baru Cina yang bakal menjelang, aku membuat keputusan membuat kek ni untuk di beri kepada bos En.Azam yang berbangsa cina. bodek la tu...hehehehehe..mana la tau dapat ang pow nanti.  Dan selebih nya macam biasa..misi menggemukkan rakan rakan ofis. kihkihkih.

Hiasan yang aku guna kan adalah daripada fondant. Masih lagi belajar untuk bermain ngan fondant. tak berapa nak reti sangat nak membuat bentuk bentuk nya. mula mula aku berangan nak buat bentuk kuda sempena tahun kuda. nampak nye memang berangan je la.hehehehehe. so itu je la hasil nye. boleh la kan asal nampak gak tema tema tahun baru cina. Gong Xi Fa Cai.

Moh Masak Devil's Food Chocolate Cake


Bahan Kek Coklat

2 cawan tepung gandum
1 / 2 cawan serbuk koko
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 / 2 sudu kecil garam
1 / 2 cawan gula pasir
1 / 2 brown sugar
125 gm mentega
2 biji telur gred A
2 sudu kecil vanila ekstrak
1/2 cawan buttermilk-(buat sendiri guna 1/2 cawan susu ditambah dengan 1 sudu kecil cuka dan rehatkan selama 10 minit).
1 cawan air suam


1. Panaskan oven pada suhu 170C
2. Sediakan loyang ukuran 9 inc. Alas dengan kertas minyak dan sapu butter di sekelilingnya.
3. Ayak tepung, serbuk koko, soda bikarbonat, garam, dan ketepikan.
4. Pukul mentega dengan gula sampai ringan dan mengembang, tambah telur.
5. Bila semuanya sudah sebati masukkan bahan-bahan  kering(tepung, serbuk koko) bergantian dengan bahan2 cecair (buttermilk+air suam).
6. Akhir sekali masukkan vanila estract.
7. Bakar selama 30 minit atau hingga masak.

Cream Cheese Frosting

125gm Philadelphia cream cheese
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sdt vanila ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon
1 sudu kecil paste lemon

1. Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising dan jus lemon.

Chocolate Ganache
100ml double cream/ whipping cream
250gm coklat gelap dicincang halus
sedikit garam ~ ita tak letak
1 sudu besar golden syrup
1 sudu teh paste vanila


1. Double boil cream jangan sampai mendidih,tambah coklat & sedikit garam, kacau rata. Bila semua sudah cair angkat dan sejukkan

Melapis Kek
Tunggu kek benar-benar sejuk
tuangkan cream cheese frosting atas kek dan ratakan.
Simpan dalam peti ais sebentar hingga cream cheese mengeras dalam 20 ~ 30 minit
Tuangkan ganache coklat atasnya
Hiaskan kek mengikut kreativiti.
Simpan semula kek dalam peti ais hingga ganache mengeras

Untuk memotong kek yang menggunakan cream cheese.
Celupkan mata pisau dalam air panas atau boleh juga panaskan mata pisau atas  dapur.
Lap mata pisau dan potong.


Selamat Mencuba!






No comments:

Post a Comment